BOM MASJID ANTARA SYIAH DAN SALAFIYYAH



Beberapa tahun kebelakangan ini muncul keganasan bom masjid dan bom orang yang sedang sembahyang di rumah Allah itu di negara-negara Teluk secara khas dan negara-negara Arab lain secara amnya. Ada banyak alasan kenapa dijadikan masjid sebagai sasaran. Pertama,  dianggap masjid itu adalah masjid dhirar. Ini kedua-dua pihak, iaitu Syiah dan Salafi menggunakan sebagai hujah. Kedua, kerana masjid-masjid adalah kuil puak syirik dan kafir. Ini hujah yang digunakan oleh Salafi kerana Syiah pada ulama Salafi adalah syirik dan kafir seperti berpendapat Ibn Tamimiyyah dan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab serta ulama-ulama Salafi zaman ini seperti Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

Sebenarnya jika meneliti dalam sejarah keganasan melibatkan masjid ini bukan perkara baru. Tetapi saya dalam kupasan ringkas ini mahu mulakan dengan kekuasaan Syiah di Iraq selepas tiada lagi Presiden Saddam Hussein. Lebih 190 buah masjid Sunnah di Iraq dimusnah dan runtuh oleh militia Syiah seperti Tentera Imam Mahdi, Aso-Eb Ahl Al-Haq dan lain-lain.


Puak Houthi, iaitu puak Syiah di Yaman pula meletupkan masjid-masjid Sunnah di negara yang
dilancar serangan udara oleh Saudi kini.

Kemudian puak Al-Qaedah daripada Ahli Sunnah pula melakukan perkara yang sama dengan mengebomkan masjid-masjid dan makam-makam Syiah di Iraq.

Selepas Osama bin Laden meninggal dunia, Al-Qaedah hilang taring dan muncul Puak Negara Islam di Iraq dan Syam (ISIS) yang kini dipanggil kini Negara Islam (IS) sahaja melakukan perkara yang sama dengan cara yang lebih dahsyat melibatkan masjid-masjid Syiah di Iraq, Arab Saudi, Kuwait, Yaman dan lain-lain.

Perang bom masjid masih berterusan dan terbaru sekali masjid Syiah di Pakistan pula jadi sasaran.

Ulasan