Keramat Tok Guru?



Pada hari pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa telah berlaku beberapa perkara yang dianggap kiamat seperti burung-burung warna putih berterbangan berhampiran rumah beliau, tumpukan awan di langit membentuk nama Allah dan awan mendung mengiringi mayat beliau.


 Sehari selepas itu muncul pula berita masyarakat pergi mengambil tanah kubur Tok Guru Nik Aziz untuk tujuan mendapat berkat. Pada hari yang sama muncul pula tulisan di laman beberapa web penyokong Parti Islam Se-Malaysia (Pas) beberapa perkara yang didakwa luar biasa dan kebetulan pada kematian beliau.

Akhbar dalam talian Pas, Harakahdaily pada 15 Februari 2015 turut mengulangsiarkan tulisan bertajuk [PENCERAHAN] Beberapa "Kebetulan" Yang Allah Susun Pada Kematian TG Nik Aziz. Harakah Daily mengutip tulisan Kelab Green Boc yang berbunyi:

Ada beberapa kejadian luar biasa berlaku pada ketika kematian TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kita bukan taksub, kita bukan mendewakan makhluk, tetapi ada beberapa beberapa hal dan kejadian berkaitan pemergian Allahyarham TG Nik Abdul Aziz menghadap Rabbul-Jalil.

Pertama, Allahyarham kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah penghulu bagi segala hari.

Memanglah kematian hari apa pun tidak menjadi hal asalkan saat penghujungnya baik atau dinamakan "khusnul khatimah" sebagaimana dalam hadis yang sahih :
إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَـوَاتِيْمُ رواه البخاري وغَيْرُهُ.
"Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya". [HR Bukhari dan selainnya]

Tetapi bagi TG NIk Abd Aziz, ia dilengkapi dan diindahkan dengan terpilihnya Allahyarham menghadap Allah pada hari Jumaat.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَuةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jum`at atau malam Jum`at, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]
* Hadis di atas dikatakan hadis daif (lemah sanadnya) tetapi bukan hadis maudhu (rekaan). Pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi’i, juga Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan boleh beramal dengan hadis dhaif secara mutlak.

Kedua, semasa jenazahnya diangkat, awan mendung berarak persis memayungi keranda yang diusung. Memberi keselesaan untuk semua hadirin yang hadir memberi penghormatan terakhir untuk Tok Guru. Persekitaran yang turut menjadi dingin dengan angin kencang itu disambut dengan laungan ‘Allahuakbar’ berkali-kali oleh orang ramai beragama Islam di tanah perkuburan yang menganggapnya sebagai satu kejadian luar biasa.

Ketiga, tarikh kematian beliau sama dengan tarikh kematian Imam Hassan Al Banna, Mujadid Islam abad ke 19.
Keempat, pemergian Tok Guru Nik Aziz juga "berkebetulan" sama dengan pemergian Allahyarham TG Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu ketika Anwar berada di penjara.

Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2002, yang mana pada tahun itu Anwar berada di penjara setelah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Sementara TG Nik Abdul Aziz meninggal dunia selang beberapa hari Anwar dibawa ke penjara Sungai Buloh di atas tuduhan liwat. Ketiga-tiganya adalah pemimpin kesayangan dan harapan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Di dalam Islam, sebenarnya tiada apa yang dikatakan fenomena "kebetulan",  kerana bagi orang yang beriman, semua hal dan keadaan adalah ditetapkan oleh Allah s.w.t.”

Ini baru hari pertama dan hari kedua selepas pengebumian Tok Guru Nik Aziz. Jika bertahun-tahun berpuluh tahun mungkin ada perkara-perkara lain yang dikaitan dengan kematian dan kubur beliau seperi banyak kubur ulama zaman silam yang dipuja oleh orang awam yang jahil untuk ambil berkat dan minta pertolongan kerana menganggap sebagai keramat.

Bagaimanapun, bukan sahaja dengan kemunculan beberapa perkara pada hari pengubumian Tok Guru Nik Aziz dianggap beliau kiamat. Malah ketika Tok Guru Nik Aziz masih hidup muncul dakwaan beliau keramat. Sebagai contoh bajir besar yang melanda Kelatan tahun lalu dianggap para pengikut yang taksub bahawa bumi sedih kerana beliau uzur terlantar di hospital.

Tidak tahulah macam mana para pengikut boleh mendakwa begitu sebab ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran, hadis, fiqah, tafsir dan lain-lain tidak pernah menyatakan Allah kena turun bala besar ke atas penduduk sesebuah kampung, sebuah daerah dan sesebuah negeri untuk menyatakan sedih dengan kesakitan yang dihadapi oleh seorang ulama.

Malah didakwa Tok Guru Nik Aziz juga kerana gambarnya yang disangkut rumah seorang penduduk di Kelantan yang dilanda banjir tidak terjejas dan tidak kotor seperti gambar-gambar lain. Banyak lagi cerita keramat Tok Guru Nik Aziz semasa hidup, tetapi memadai dengan yang disebut di atas.


Bagaimanapun, cubalah renung jawapan anak Tok Guru Nik Aziz, Nik Muhamad Abduh ini.

"Jangan, mengambil tanah kubur kerja khurafat. Antara tanah suci yang disebutkan Allah ialah Tanah Haram (Mekah dan Madinah), tanah lain adalah biasa.

"Kalimah awan itu kalau benar berlaku, itu kuasa Allah SWT dan Dia nak tunjuk apa yang nak ditunjuk. Semoga orang yang lihat bertambah keimanannya. Peristiwa banjir pun kuasa Allah SWT, alam tak akan menangis, banjir tak akan berlaku kalau bukan dengan kuasa-Nya.

"Untuk saya bercakap tentang 'keramat' itu tak payahlah. Orang ramai pun tidak perlu kaitkan apa-apa," katanya. See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/hentikan-perkara-khurafat-1.59585#sthash.Z6OZOZOp.dpuf

Ulasan