Hukum rakaman video sebagai bukti sabit zina

 



Hukum-hakam agama di Malaysia selalu berhadapan dengan masalah kerana banyak sebab, salah satu yang paling ketara ialah kerap dicemari dengan manipulasi politik pelbagai pihak. Ramai orang Muslim di Malaysia pula menjadi keliru kerana isu agama atau berkaitan agama yang dibangkitkan telah dimanipulasi dan dipolitikkan secara halus atas nama hukum-hakam agama.
Maklumlah bila orang yang main peranan dalam mengeluarkan hukum agama secara manipulasi politik bukan calang-calang orang.

Tetapi mereka adalah orang yang berpendidikan agama tinggi yang bergelar ustaz dan ulama. Justeru ramai kalangan orang awam terpedaya dan percaya tanpa menyedari mereka itu bermain politik dan melaksanakan manipulasi politik ketika mengeluarkan hukum agama.

Dalam perkembangan terbaru adalah contoh manipulasi politik dalam hukum agama yang dikeluarkan oleh pihak yang membela seorang pemimpin kanan pembangkang yang didakwa pelaku aksi seks dalam rakaman video.

Golongan agama itu menerusi hukum agama yang bersifat selektif dan tidak lengkap mendakwa bahawa pertuduhan zina hanya wajib dibuktikan dengan empat saksi sahaja. Perkara ini tidak tepat kerana ada pandangan kedua daripada ulama-ulama lain mengatakan pertuduhan zina boleh dibuktikan melalui qarinah, iaitu bukti bandingan yang kuat boleh digunakan bila tidak mempunyai empat saksi.

Malah jika ditolak qarinah sebagai bukti sekali pun seseorang pelaku seks jika disabit kesalahannya tidak akan terlepas daripada hukuman kerana mesti dilaksanakan ke atasnya juga hukuman takzir yang terserah kepada pertimbangan hakim atau mahkamah.


Selain itu tidak tepat juga golongan agama tersebut menggambarkan ajaran Islam menuntut orang Muslim supaya menutup aib orang Muslim yang lain tanpa pengecualian. Mereka membuat gambaran begitu kerana membawa sebahagian sahaja ajaran Islam dengan menyembunyikan sebahagian yang lain bagi membela pemimpin pembangkang berkenaan.


ajaran

Memang benar ajaran Islam menuntut orang Muslim menutup aib orang Muslim yang lain. Tetapi tidak secara mutlak. Kerana penutupan aib orang Muslim itu adalah bersyarat seperti dijelaskan dalam kitab-kitab fiqah, iaitu mesti orang Muslim yang wajib ditutup aibnya itu bukan yang terkenal sebagai zalim, jahat, rosak, fasik, rasuah, tidak bermaruah, tidak bermoral dan sebagainya.

Sedangkan jika orang Muslim terkenal sebagai zalim, jahat, rosak, fasik, rasuah, tidak bermaruah, tidak bermoral dan sebagainya, maka wajib atau harus didedahkan kejahatan serta hukuman pula perlu dilaksanakan ke atasnya.

Jika begitulah ajaran Islam memperlakukan ke atas orang Muslim di kalangan orang awam yang terlibat dalam kejahatan dan jenayah, maka sudah tentu lebih serius lagi tuntutan pendedahan dan hukuman yang perlu diperlakukan kepada para pemimpin yang terlibat dan kejahatan dan jenayah yang sama.

Begitu juga tidak tepat menganggap orang yang mendedahkan kejahatan dan jenayah orang lain tanpa saksi yang memadai seperti empat saksi dalam kes zina wajib dikenakan hukuman qazaf secara mutlak, iaitu hukuman 80 sebatan. Ini kerana hakikatnya hukuman qazaf dikenakan hanya ke atas pendedah atau penuduh yang tidak mengemukakan sebarang bukti.

Sebaliknya jika pendedah atau penuduh itu mengemukakan bukti yang kukuh walaupun tanpa empat saksi, iaitu bukti berupa qarinah, dia tidak dikenakan hukuman qazaf. Sebaliknya orang yang didedah dan dituduh pula yang dikenakan hukuman menurut prosedur takzir.

Hakikatnya isu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang itu bukan sahaja mendapat perhatian di Malaysia, tetapi turut mendapat perhatian juga di tempat saya di selatan Thailand dan seluruh negara Islam. Ini kerana pemimpin kanan pembangkang itu terkenal di seluruh negara Islam sebagai pemimpin pergerakan Islam berwibawa sebelum beliau didakwa terlibat dalam liwat kali pertama dan kedua.


Ramai di kalangan orang Muslim di Thailand dan seluruh dunia melihat pemimpin kanan pembangkang berkenaan sebagai mangsa politik dalam kes liwatnya. Bagaimana pun pandangan masyarakat Muslim sedikit berubah kebelakangan ini dengan pendedahan media berbanding masa lalu terutama selepas muncul pendedahan Wikileaks. Mungkin lebih ramai masyarakat Muslim akan berubah pandangan pula selepas video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang berkenaan dimuat naik ke Youtube.

Berdasarkan perbincangan dengan beberapa orang guru agama di selatan Thailand yang menonton mukadimah zina dalam video seks itu, saya mendapati ada di kalangan mereka berkata, ini tidak perlu lagi kepada empat saksi.


Malah ada juga yang berkata, ini lebih kuat daripada empat saksi, bukan dalam konteks hukum hudud yang tidak pernah dilaksana pada zaman awal Islam kecuali melalui pengakuan itu, tetapi dalam konteks hukum sains dan teknologi yang meyakinkan.

pemimpin


Sesetengah guru agama berhujah, sukar untuk percaya jika ada lebih empat orang hamba Allah mendedah tentang skandal seks seorang pemimpin termasuk mereka yang menjadi objek pemimpin berkenaan, sama ada wanita mahupun lelaki (yang kena liwat). Tetapi sebaliknya bila menonton rakaman video yang mengandungi adegan-adegan seks perzinaan sesuatu pasangan kerana meyakinkan.

Pandangan beberapa guru agama selatan Thailand ini tepat dan sejajar dengan beberapa pandangan ulama yang menganggap qarinah boleh meyakinkan dan boleh mensabitkan hukuman sekurang-kurangnya hukuman takzir. Rakaman video, rakaman audia, rakaman gambar, asid deoksiribonukleik (DNA) dan sebagainya adalah qarinah belaka.


Dalam pada itu meneliti reaksi para pembaca di pelbagai laman web dan blog Arab yang turut menyiarkan videoa mukadimah zina pemimpin kanan pembangang itu tidak berbeza dengan pandangan para ustaz di selatan Thailand itu. Kerana ramai yang percaya. Ini amat berbeza sekali dengan pendedahan dibuat dalam kes liwat pertama dan kedua kerana ramai yang menganggap itu konspirasi politik. Belum pasti apa pandangan terbaru Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Jabilr al-Ulwani dan lain-lain ulama Arab yang sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa menyokong pemimpin kanan pembangkang berkenaan dalam kes liwat pertama dan kedua. Mungkin mereka atau pembantu-pembantu mereka sudah menonton video berkenaan di Youtube, tetapi terpaksa diam dan membisu. Mungkin juga mereka belum lagi menonton.


Paling malang ada cerdik pandai agama dan ulama golongan lain turut terikut-ikut dan terperangkap dengan manipulasi politik pihak itu. Dengan itu mereka turut membuat kenyataan bahawa rakaman video tidak boleh dijadikan bahan pembuktian dalam kes zina.


Ingin dijelaskan di sini sebagai sambungan kepada penjelasan bahawa zina dan lain-lain jenayah hudud boleh disabitkan dengan qarinah, bagi sesetengah ulama seperti dalam kes wanita hamil dan kes wanita kena rogol. Dalam kes wanita hamil kerana perzinaan, lelaki dan wanita yang melakukan perbuatan keji itu boleh dikena hukuman jika tidak segera berkahwin untuk mengesah kedudukan mereka dan menutup aid mereka. Dalam kes rogol atau hamil kerana rogol pula, pesalah lelaki boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman, manakala mangsa wanita terlepas dan wajib disembunyi identitinya.


Sebenarnya qarinah merupakan bukti terkuat selepas empat saksi dan pengakuan dalam kes zina; dan dua saksi dalam kes-kes bukan zina. Bagaimanapun, qarinah hanya bukti adalah ijtihad. Dengan itu ulama berbeza pandangan mengenainya.


* Mingguan Malaysia

Ulasan

Unknown berkata…
Salam Sdr Astora,

Tahniah ! akhirnya muncul kembali di media arus perdana, medium bacaan popular rakyat, terutama sekali bangsa cina.

Ini adalah antara pendekatan yang paling berkesan dan seharusnya Sdr tidak undur diri atau "berehat" seketika.

Sebagai seorang penulis yang berani serta konsisten dalam mengupas dan memberi idea, peluang kembali semula ke media cetak tidak harus dilepaskan.

Selamat berjuang !
Tanpa Nama berkata…
Salam

Bagus tulisan incik astora nih, apa yg menghairankan sy seorang wanita biasa yang didapati salah minum arak telah bertaubat beria-ria mereka nak sebat dan di-aib-kan (satu Malaysia tahu), tetapi dlm kes video seks nih ada double standard, qazaf la, saksi la, aib orang la... inilah yg sy SUNGGUH MENG-HAIRAN-KAN NIH.... hairannyer...
Astora Jabat berkata…
Salam kembali Jebon dan Baderul,

Saya hanya kesian kepada rakyat Malaysia. Lalu tulislah sikit apa yang saya tahu.

Ada masa, saya akan menulis lagi. Saya masih banyak menulis, tetapi bukan untuk Utusan termasuk dalam bahasa Thai. Saya akan terus menulis sampai ke akhir hayat...
mi berkata…
saya ada kemusykilan...salah seorang trio mengakui dia adalah orang yang berada dalam video itu bersama anwar... jelas dalam video itu dialah yang berbual dengan penzina dan membetulkan kedudukan kamera itu...apakah pendapat tuan tentang orang itu? bukankah dia bersubahat dengan pelaku zina , membuat dosa dengan merakamkan perlakuan zina itu dan seterusnya menayangkan kepada orang ramai? adakah tedapat dalil yang membolehkan kita merakam adegan zina kemudian menayangkan adegan zina itu kepada orang ramai kemuadian bolehkah kita menontonnya? harap dapat beri saya tunjuk ajar... terima kasih
Astora Jabat berkata…
Salam Mi

Yang Mi sebut adalah betul. Saya sendiri ingin bertanya kepada Datuk Eskey tentang kedudukannya di situ, apakah dia menjadi perantara yang membawa pelacur itu kepada Anwar atau macam mana?

Nanti kalau saya ke KL, saya akan berusaha jumpa dengan dia. Dia ada juga berkata, tolong tanya Anwar siapa yang bawa Anwar ke Bangkok beberapa kali dan siapa yang membiayainya.

Mungkin dia ada agenda dan mengumpan Anwar dengan membawa perempuan-perempuan. Saya tak tahu.

Wallahula'lam.


Bagaimanapun, jikalah Anwar berkawan dengan Datuk Eskey and bergangtung kepada dia untuk mendapat wanita atau pelacur, bererti Anwar super bodoh. Datuk Eskey adalah orang Mahathir. Beliau baik dengan Mahathir dan beliau pernah menjadi duta kehormat Thailand. Dan blah blahhh.....Nak cerita banyak tak boleh...

Benda macam tu Anwar pun tak terhidu, beretri Anwar super bodoh. Saya berani kata begitu. Nak wanita, siapa saja boleh bawa kepada dia dam orang itu boleh jadi kawan dia dan boleh tidur dalam perat dia. Bahaya orang politik macam tu. Malaysia akan lingkup jika dia jadi PM.

Nak perempuan carilah sendiri secara senyap2 dan ini barulah tertup aib dia. Ini tidak suruh cari dan orang pula orang itu pula pasang kamera. Gila kerja punya?
Tanpa Nama berkata…
Rakyat Malaysia agak musykil tentang apa yg dipaparkan kay TV di Malaysia. Ketika ada pihak DS Najib kena tuduh bunuh altantuya, wartawan tak pulak serbu tanya itu dan ini terhadap DS Najib mcm serbu DS Anwar. Kenapa? Adakah ini ada usaha-usaha berterusan dari bukan melayu dalam politik untuk menjatuhkan melayu. Atau ketam melayu.
Ali berkata…
Apa yg jelas di sini eskay adalah musang berbulu ayam...
dia membawa anwar untuk melanggan pelacur dan merakam perbuatan melacur utk tujuan memerangkap mungkin telah dirancang lama bersama org2 che det dan najib bersama musuh lamanya rahim tambi dll...
eskay bukan seorang manusia yg baik dan beriman beliaupun kaki maksiat dan arak,layak kah org begini di jadikan hero untuk bersumpah?
Majoriti pemimpin umno juga melakukan maksiat dan minum arak,cuma bezanya tak di rakam dan diperangkap.
saya rasa saudara sendiri maklum perkara ini kan?...
Astora Jabat berkata…
Salam Ali,

Itu yang menyebabkan saya anggap Datuk Seri Anwar Ibrahim super bodoh. Terlalu sangat nak main perempuan sanggup terima apa jua tawaran walaupun dari orang-orang yang bersubahat. Berahi betina tak nak jaga nama diri langsung.

Alhamdulillah kami di kalangan wartawan yang suka menyelidik tidak perlu nak tengak rakaman video untuk percaya kerana sejak liwat I lagi sudah jelas.

Tentang sumpah orang bermaksiat, sebenarnya jika mengikut kriteria hudud, Nik Aziz dan Haji Hadi pun tak layak kerana mereka juga melakukan banyak maksiat demi politik termasuk bermacam pembohongan. Tetapi jika nak sumpah di luar hudud, semua boleh buat termasuk yang melakukan maksiat. Islam tidak membatas perbuatan baik itu kepada orang baik saja, tetapi yang yang berdosa pun boleh baik. Malah mereka lebih aula. Datuk Eskay tergolong dari kedua ini.
Tanpa Nama berkata…
salam astora,

itulah masalah rakyat Malaysia skrg. Meng-idola-kan pemimpin sehinggakan pemimpin tipu pun diorang percaya. kalo keluar video HD Anwar buat zina pun masih takkan percaya.
Tanpa Nama berkata…
Puteri nak sentuh sikit tentang pendapat ulama/ustaz yang kata "ajaran Islam menuntut orang Muslim supaya menutup aib orang Muslim yang lain tanpa pengecualian" bila bab Anwar disentuh, tapi tak menggunakan fatwa tu dalam kes khalwat orang lain.

Malah saya pernah diberitahu bahawa sesetengah kru jabatan agama round naik van ke sesetengah kawasan bersama kamera video untuk dirakam sebagai bukti.. boleh pulak ek?

~Puteri
Tanpa Nama berkata…
bila mau debat dgn nik aziz bro..kasi lah skali..ajak hj adi skali..kita mau gak tengok..takyah live..pun xpe
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum...

kita ni hamba Allah, jadi perlulah mengikut hukum yang Allah tetapkan. Allah tetapkan dalam permulaan surah an-nur bahawa wajib untuk 4 orang sangsi bagi sabitkan kesalahan zina. bukan tidak boleh menggunakan video, ada beberapa sebab yang perlu diperhatikan jika hukuman disabitkan dengan bukti rakaman video.

pertama: dalam islam saksi yang perlu dikemukan adalah 4 orang yang beriman, jika saksi itu mat rempit contohnya dia ditolak mentah. berbalik kepada video, video itu boleh jadi anwar atau bukan anwar. zaman sekarang teknik superimpose sudah tidak asing lagi boleh jadi ia telah diedit, siapa tahu, so boleh jadi tidak. boleh juga jadi ia pelanduk dua serupa. ada rasional tak? boleh jadi pelaku seks itu anwar dan boleh jadi bukan. jadi mengapa kita menuduh dia?

kedua: adakah dalam video itu merakamkan aksi batang celak masuk dalam botol celak (batang zakar dimasukkan kedalam kemaluan wanita)? itu gunanya saksi, keempat-empat saksi yang adil itu hendaklah melihat sendiri aksi batang celak masuk dalam botol celak. jika tiga sempat lihat sorang lagi tak sempat masih lagi tak boleh disabitkan hukum kerana syarat yang ditetapkan ALLAH adalah empat.

ketiga: bukankah pelaku zina itu tergolong dalam fasik iaitu orang yang melanggar perintah. jadi syarat yang dikemukakan untuk menutup aib orang islam itu tidaklah tepat. lihat contoh yang NabiMuhammad buat, ada seorang pemuda yang datang padanya mengaku berzina, Nabi tidak terus menghukumnya malah bertanya pula,"kamu tahu ke apa itu zina?", dan nabi berkata boleh jadi kamu cium sahaja tetapi pemuda itu tetap mangaku dia berzina. kisah kedua, ada seorang pemuda yang lain mengaku berzina pada nabi lalu saidina umar bangun dan berkata, "kenapa kamu buka aib kamu" dan nabi diam dan menambah kebaikan itu menghapus keburukan. jelas bahawa perlu menutup aib orang.

jadi penggunaan video itu tidak sepatutnya boleh disabitkan dengan hukum. mungkin penerangan saya tidak berapa jelas kerana saya tidak lah tahu sangat tapi itu yang saya belajar.

Saudara, manusia berzina bereti diamelanggar perintah ALLAH, jadi wajiblah kita untuk menuruti hukuman dan cara pelaksanaan yang ALLAH tetapkan bukannya mengikut akal fikiran sendiri. tetapi saya tidak menolak hukuman takzir yang dibuat pemerintah kerana itu yang difikir sesuai. tetapi untuk sabitkan kesalahan zina itu wajib 4 orang saksi. kerana Taat pada Allah, taat pada rasul dan ulil amri(pemerintah).

sekian wassalam....
Juang berkata…
Salam,

Teringat kes video pramugara terlampau dahulu. Tidak ada pula mana-mana ulamak pada waktu itu mempertahankan mamat tersebut atas alasan "jangan buka aib sesama muslim" dan "perlukan empat orang saksi". Maklumlah mamat itu bukan orang politik dan tidak ada apa-apa kepentingan kepada mana-mana parti.

Video seks yang dikaitkan dengan tokoh pembangkang itu bukan sahaja memperlihatkan siapa sebenar individu yang selama ini ditopeng dengan wajah Islamik, malah membuka topeng parti yang kononnya lebih Islamik daripada parti-parti lain.
fatimah berkata…
sy rasa org yg paling byk menipu adalah saudara astora. mengelirukan umat islam.
Tanpa Nama berkata…
sudah2 la astora Astora Jebat...
bertobatlah...
sudah banyak menyesatkan orang waktu menulis di utusan dan al islam....

dok siam sana, toksah la nak menyibuk di sini..
kalau cakap betulk takpe
ni sama je merapu..

merapu kat sini..orang takat marah je..
merapu kat siam,silap gaya kena tembak dgn orang siam sana..
baik dok diam sudah..
Tanpa Nama berkata…
saya setuju dengan fatimah..baca sini

http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1841&Itemid=48

11. KEPUTUSAN Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk kali ke 161 pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al Hadith serta Ijma' Ulama' adalah terkeluar dari ajaran Islam.

anda sudah bertobat astora?
koloGnyer berkata…
as salam Sdr Astora,

gembira melihat astora kembali menulis di blog (lama duk tunggu nie)... teruskn menulis dan selamat berjuang jua..

kepada anon 03:31

hukuman disabitkan dengan kesalahan...kesalahan harus dibuktikan... bukankah sudah diterangkan di dlm artikel ini, selain 4 org saksi, qarinah juga boleh diterima jika tiada 4 org saksi...bukah undang2 hudud Islam sesuai dgn semua zaman...

video anwar ini biarlah perbicaraan mahkamah berjalan dahulu...yg jd masalahnya belum lg habis perbicaraan sudah bermacam2 dalil, alasan dr sudut politik, agama dan perundangan diberikan...ini yg yg menjadi polimik, melemaskan rakyat, mengelirukan umat...menguntungkan segelintir org politik...

sedangkan dibarat yg dikatakan moral dan institusi keluarga dan agamanya sudah runtuh; menolak pemimpin yg mempunyai salah laku moral...inikan kan kita pula umat Islam mahu menerima pemimpin sebegini....benar kata Astora, Anwar memang super bodoh dlm kes video ini....
sham berkata…
video tu jelas sangatke sampai anda percaya tu Anwar?
pak yeh berkata…
Setuju dengan Astora.

Bagaimana pendapat Astora dengan pencuri selimut yang di hukum potong tangan oleh nabi Muhammad mengikut lahwal hadis Bukhari Musli tu.???
Pencuri telur ayam pun perlu di potong tangannya juga.??? Itu barbaric namanya.
Waima saya berpendapat ada lain2 ayat Quran yang mansohkan hukum potong tangan bagi pencuri.
Rujuk rencana saya ..

http://warongpakyeh.blogspot.com/2008/11/hardying-and-softyang-of-islamic-law.html
Tanpa Nama berkata…
PENULISAN YANG MENGELIRUKAN ORG ISLAM. TUNGGULAH AZAB MU KELAK WAHAI ASTORA JABAT..
Tanpa Nama berkata…
Salam Saudara Astora,

Tentang video Anwar dgn China Doll tu, saya syor saudara tonton video YB Zulkifli Noordin (ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu) yg merupakan bekas ahli PKR.

YB Zulkifli Noordin beritahu bahawa video Anwar - China Doll tu bukan dirakam oleh Dato' Eskay tapi oleh orang lain yg berkepentingan (bukan BN/UMNO).

Ini pautan video di YouTube yg bertajuk:

Melayu bakal 'Merempat' Jika Anwar Jadi PM - Zulkifli Noordin 6/3/2013

Drp: Raz
Tanpa Nama berkata…
dalam Islam pensabitan hukum zina hanya boleh disabitkan jika ada 4 orang saksi yang beriman.Dan mengapa Allah memerintahakan membawa 4 saksi yang beriman adalah kerana membawa 4 saksi yang beriman adalah perkara yang susah,dan sebab itulah Allah memerintahkan sebegitu supaya tiada manusia akan senang2 untuk menjatuhkan orang lain.Cuba fikir jika Allah benarkan video boleh dijadikan bahan pensabitan hukum zina,dengan zaman teknologi zaman sekarang yang serba canggih,dan teknik superinpose,edit dan sebgainya maka akan senanglah manusia akan saling menjatuhkan antara satu sama lain,dengan hanya membuat video sahaja,sebagai contoh jika ada video tidak baik tenatang anda,dan anda sesungguhnya memang benar tidak melakukannya,adakah anda rela dijatuhkan hukuman hanya kerana sebuah video yang direka dan cipta oleh orang lain,sedangkan orang itu tiada saksi..?sebab itu la Allah hanya memerintahkan 4 orang saksi yang beriman,jikalau pun kesalahan itu betul dilakukan seseorang dan tiada saksi ditempat itu,sesungguhnya Allah itu maha melihat,dan berserah saja la pada Allah untuk menghukum pesalah itu.Sedangkan pada zaman nabi ada seseorang lelaki yang mengaku pada nabi yang dia berzina dan diminta dijatuhkan hukum hudud,dan nabi menyuruh lelaki itu balik kerana tidak membawa saksi,sehingga la kali ketiga dia datang dan bersumpah,baru la nabi menjatuhkan hukuman.Sesengguhnya hukum Allah adalah yang terbaik,justeru tidak perlu lg ragu,sesungguhnya Allah maha bijaksana,dan Allah maha mengetahui segalanya