Seorang penjaja sayur dan buah lulusan universiti Tunisia, Mohammed Bou Azizi, 26 tahun di bandar Sidi Bouzid (270 km daripada ibu kota Tunis) menjadi pahlawan agung bangsa Arab Tunisia dan lain-lain bangsa Arab di Asia Barat kini kerana tindakannya membakar diri pada 17 Disember lalu sebagai membantah kezaliman pegawai pemerintah menyebabkan dia menjadi punca mencetus tunjuk perasaan dan rusuhan yang berjaya menjatuhkan Presiden Mohammed, Zine El Abidine Ben Ali Jumaat lalu.
Tindakan Bou Azizi itu mendorong beberapa penduduk Tunisia lain untuk membunuh diri dengan alasan yang sama.
Ben Ali yang merupakan salah seorang pemerintah kuku besi Arab paling dibenci rakyat itu melarikan diri ke Arab Saudi petang Jumaat lalu selepas berhadapan dengan tunjuk perasaan dan rusuhan rakyat seluruh Tunisia selama tiga minggu.
Tunjuk perasaan dan rusuhan spontan dan bukan buatan mana-mana puak pembangkang, sama ada puak Islam mahupun puak sosialis itu mempengaruhi seluruh negara Arab kini. Bagaimanapun, bangsa-bangsa Arab lain walaupun ada orang yang sanggup melakukan tindakan bunuh diri seperti Bou Azizi, tetapi belum pasti massa boleh bergerak melakukan tunjuk perasaan dan rusuhan yang serupa meskipun mereka berhadapan dengan kezaliman dan kekejaman pemerintahan kuku besi yang hampir serupa, sama ada kuku besi raja mahpun kuku besi raja kerana persekitaran sosial dan politik yang berbeza.
Ketua Parti Nahdhah Rachid Ghannouchi, 69 tahun yang diwawancara akhbar Sharq al-Awsat dan siarkan hari ini (Ahad 16 Disember2011) menjelaskan bahawa pergerakannya tidak terlibat dalam bantahan ini. Beliau juga berkata beliau tidak berhasrat untuk mencalongkan diri dalam pemilihran presiden yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini kerana menganggap dirinya sudah tua. Beliau turut berkata terdapat ramai pejuang Muslim, doktor dan jurutera yang berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an di Tunisia lebih berupaya dan layak daripada dirinya. Sedangkan diri sendiri akan menumpukan kepada kerja penyelidikan dalam pemikiran Islam untuk kepentingan semua umat Muslim.
Sebenarnnya bangsa Arab mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi berbanding bangsa-bangsa lain di negara-negara Asia Tenggara termasuk di Thailand dan Malaysia. Kerana negara mereka berada di kawasan yang pernah didirikan banyak perabadan besar dunia, sentiasa berlaku pergolakan politik dan perang (konflik dan perang Arab-Turki pada abab 19, Arab-Israel pada abad 20- dan sekarang, Arab-Iran pada abad 20, dan Arab-Arab pada abad 20 ), terletak dekat dengan Eropah dan mendapat pengaruh budaya dan ilmu secara ketara daripada negara-negara maju itu seperti seperti Tunisia, Algeria dan Maghribi dan, mempunyai ramai pelopor pemikiran berpendidikan moden seperti Mesir, Lebanon, Syria dan Jordan. Selain itu ramai di kalangan pelbagai bangsa Arab daripada 23 buah negara itu berpendidikan tinggi, kuat semangat patriotisme (kebangsaan atau Islam), ramai yang menjadi totoh terkenal dunia dan beberapa orang mereka mendapat anugerah Nobel. Bagaimanapun, pemerintah mereka tidak guna langsung dan tidak dapat dibandingkan pun dengan mana-mana pemerintah tidak baik di Asia Tenggara kecuali seorang dua di Thailand, Indonesia dan Filipina.
Kesedasaran yang tinggi dan semangat patriotisme berkobar-kobar tidak banyak memberi kesan kepada pembangunan ummat jika pelaksanaan, kreativti dan produktiviti masyarakat disekat oleh rintangan dan hambatan para pemerintah kuku besi yang gila kuasa.
Gelaran keserjanaan tidak ada erti di kebanyakan negara Arab. Bukan saja BA dan MA, tetapi PhD tidak laku juga kerana terdapat berlambak-lambak. Jika di Thailand dan Malaysia sangat berbangga dengan gelaran PhD, tetapi di negara-negara Arab terdapat sarjana-sarjana terbilang menanggalkan gelaran berkenaan sama sekali dan menuntut masyarakat ilmu memanggil namanya saja.
Di Mesir sejak tahun 70-an lagi terdapat lambakan pemegang PhD dan mereka sudah menjadi penganggur ketika itu. Lantas ada di antara mereka buat kerja apa saja termasuk sebagai pemandu teksi, penjaja dan lain-lain.
ORANG MUDA
Saya pernah menuntut di Tunisia selama setahun, iaitu di Kairawan. Saya dapati golongan muda Tunisia cergas dan pintar. Mereka cepat belajar. Selain bahasa Perancis yang digunakan dengan fasih seperti bahasa Arab, ramai intelektual muda Tunisia juga mesra bahasa Inggeris seperti kebanyakan orang Arab Afrika Utara. Ini agak berbeza dengan orang Arab di negara-negara Arab lain seperti orang Mesir, Arab Saudi, Iraq dan lain-lain yang kurang mesra bahasa Inggeris.
Separuh penduduk Tunisia adalah golongan muda yang cergas dan pintar yang berusia di bawah 25 tahun. Suku juta daripada mereka berkelulusan universiti menganggur, menurut Ghannouchi.
Bou Azizi antara lulusan universiti Tunisia yang menganggur itu, tetapi dia dengan para penganggur lepas universiti yang lain kerana sanggup berusaha mencari secara rezeki secara berdikari dengan menjadi penjaja sayuran dan buah-buahan. Sepatutnya lepasan universiti macam ini disokong dan disanjung, tetapi sebaliknya yang terjadi pada Bou Azizi.
Suatu hari Bou Azizi tidak tahan dizalimi dan dihina kerana ditampar oleh seorang pegawai wanita kerajaan tempatan. Lantas dia melakukan perbuatan yang dianggap dosa besar, iaitu dengan membakar dirinya sendiri di pekarangan pejabat kerajaan selepas beruha untuk mendapatkan kembali barangannya tidak berhasil dan dia pula ditampar pegawai wanita berkenaan.
Namun protes bunuh diri Bou Azizi yang dianggap dosa besar itu tidak sia-sia kerana mendapat perhatian masyarakat dan mencetus tunjuk perasaan dan seterusnya rusuhan besar yang berjaya mengjatuhkan Ben Ali dalam masa tiga minggu.
Walaupun Tunisia mengamal sekatan laporan dan akses media termasuk Internet, tetapi telefon bimbit dengan sms, mms dan video serta yang paling berkesan sekali Facebook dan Twitter membentukkan citizen journalism yang berjaya melawan media perdana yang berada dalam genggaman Ben Ali dan keluarganya.
Ben Ali dalam penghadapi bantahan massa ini pada mulanya membuat bermacam-macam janji perubahan termasuk turunkan harga barang, kebebasan media, tak akan menjadi presiden dan macam-macam, tetapi semua itu tidak cukup untuk menyekat kemaraan intifada si mati itu, Bou Azizi.
Rakyat terus membantah dan merusuh sehingga Ben Ali terpaksa meninggal negara ke Saudi dan beradu di istina diraja Saudi di Jeddah.
Bagaimanapun, amat duka cita kerana tunjuk perasaan dan rusuhan atau intifada rakyat Tunisia tanpa pemimpin dan organisasi. Justeru perubahan yang berlaku walaupun bukan beralih semula ke tangan tentera atau mana-mana kuku besir (agaknyalah), tetapi demokrasi dan kebebasan mungkin tidak bisa dinikmati rakyat dengan mudah dan dengan seluas-luasnya. Mungkin bangsa yang tidak pernah mengenali demokrasi dan kebebasan sejak mendapat kemerdekaan pada Mac 20, 1956 kerana ditindas da dizalimi golongan pemerintah yang merupakan anak bangsa sendiri itu akan berbalah dan bermusuh kerana menjadi mangsa permainan politik ketiga-tiga kuasa politik besar Tunisia, iaitu puak Islam, puak sekular dan puak sosialis akan bertarung sengit merebut kuasa nanti. Bangsa Tunisia hanya mengenali dua pemimpin tertinggi negara sejak mendapat kemerdekaan dan kedua-dua memerintah ala Barat yang ditambah dengan kongkongan kuku besi. Pertama, Habib Bourguiba yang menjadi presiden pada 25 Julai 1957 sehingga 7 November 1987 dan Ben Ali yang menjadi presiden pada 7 November 1987 sehingga 14 Januari 2011.
Dalam masa 24 jam sudah dua orang presiden sementera dilantik. Pertama, Perdana Menteri kesayangan Ben Ali, Mohammed Ghannouchi dan kemudian diganti dengan orang kedua, iaitu Fouad Mebazaa, ketua parliamen, yang diberi masa 60 hari untuk diadakan pilihan raya. Kedua-dua mereka adalah konco Ben Ali.
Memerhati perkembangan terkini di Tunisia, terlintas dalam ingatan saya sebuah puisi penyair Tunisia terkenal Abu al-Qasim asy-Shabi, yang bertajuk: Jika bangsa mahukan kehidupan.
Cuba perhatikan ungkapan penyajak agung Tunisia yang dipetik di bawah.
Jika pada suatu hari sesuatu bangsa inginkan kehidupan Pasti qadar akan memenanginya Sudan tentu (kegelapan) malam akan tiada Dan sudah tentu juga belenggu akan pecah | إذا الشعب يوما أراد الحياة فلا بد أن يستجيب القدر ولا بد لليل أن ينجلي ولابد للقيد أن ينكسر |
Ulasan
Ramai orang Arab yg berpendidikan tinggi tetapi bila dah dapat kuasa ramai yg menjadi pemerintah kuku besi juger...
Banyak teknologi canggih yg ramai orang pakai sekarang nih bukan berasal dari negara Arab...
Apa silapnya kpd ramai orang Arab nih?? Sendiri mahu fikir la...