Ketika saya berada dalam Utusan zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dulu, puak pembangangkang terutama Pas yang mempermainkan pelbagai isu agama besar menimbul masasalah kepada masyarakat seperti isu negara Islam, hudud, membela orang mencarut, Maha Firaun dan sebagainya untuk menghemtam kerajaan dan Dr Mahathir terpaksa mengambil pendirian defensif . Kerana segala pennjelasan saya terhadap semua isu agama yang dimainkan mereka yang bersifat ilmu dan disertakan dengan rujukan itu bukan saja mampu memberi kesedaran inteletualiti yang membuka pemikiran, tetapi juga menggugat pemikiran agama lapuk mereka dan menyebabkan sendiri mencari ijtihad baru.
Kini kita dapat lihat ijtihad baru mereka yang tidak begitu berbeza dengan saya dalam banyak perkara seperti dalam isu anak luar nikah yang boleh dibin kepada bapa (dulu tak boleh bincang langsung), nama Allah, bukan Muslim masuk masjid, wang haram yang digunakan untuk kebajikan dan macam-macam.
Isu negara Islam dan hudud umpanya tidak lagi menjadi isu utama yang dimainkan oleh Pas. Malah isu tudung yang sangat kontroversi itu pun menjadi senyap walaupun mereka tidak setuju dengan saya seratus peratus.
Dengan ijtihad baru yang dianggap perubahan positif menuju ke arah universal Islam ini menyebabkan mereka menjadi agresif semula. Sedangkan UMNO dan kerajaan pula menjadi defensif pula dalam menjawab isu-isu agama yang dimainkan Pas dan isu-isu agama yang ditentang masyarakat. Dulu kita serang kerana jawapan balas kepada Pas agresif, kini kita pertahan kerana jawapan balas kita defensif.
Malah banyak isu agama yang dimainkan UMNO dan kerajaan kini pula sama rendah dengan isu agama yang dimainkan Pas pada masa lalu. Kesian.

Ulasan
Ayuh kedepan bantu ISLAM di Malaysia yang sentiasa diputarbelitkan oleh puak berkepentingan.
Sdr pernah lakukan dahulu.Kenapa senyap ?
Saya bukan senyap, tetapi kerana balik ke kampung di Thailand ada banyak tugas yang mesti dilakukan. Buat sementara saya menyumbang di blog ini dulu.
Secara lebih baik dan lebih berkesan, saya akan menyumbang dalam bentuk buku, yang saya sedang usaha sekarang dalam bahasa Melayu dan Inggeris.