Saudi Pungut Zakat RM6.5 bilion

Pertama kali dalam sejarah kerajaan Arab Saudi berjaya mengumpul zakat terbesar sebanyak 7.8 bilion riyal (kira-kira RM6.5 bilion) dalam masa lapan bulan lalu. Pengarah Jeneral Jabatan Zakat dan Pendapatan Saudi, Ibrahim bin Muhammad Mefleh dalam laporan yang disiar dalam akhbar Asharq al-Awsat semalam
berkata pungutan tertinggi itu terhasil daripada pungutan daripada 420,000 syarikat perdagangan.

Mefleh berkata baki empat bulan lagi akan membolehkan Jabatan Zakat dan Pendapatan mengutip zakat lebih banyak. Tahun lepas Jabatan Zakat dan Pendapatan hanya berupaya mengutip sebanyak 6.7 bilion riyal (RM5.6 bilion) sahaja.

Menurut Mefleh kenaikan hasilan pungut zakat sebanyak 15 peratus itu berpunca daripada peluasan kegiatan ekonomi, proses pembangunan dan kepenggunaan di Saudi di samping pewujudan prosedur dan sistem baru untuk mengumpul zakat termasuk pembayaran melalui telefon dan Internet. Tetapi yang lebih penting meningkat kesedaran awam untuk membayar zakat.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam Astora,

Saya ingin memohon pandangan saudara mengenai satu persoalan yang saya alami. Boleh saya dapatkan alamat email?

Terima kasih.
Astora Jabat berkata…
Salam kembali,

Minta maaf kerana lambat menjawab. Saudari boleh post di sini dan ia akan disalur terus ke email saya dan saya tidak akan post di blog saya ini.