Buang Bayi Lebih Berperikemanusiaan Daripada Bunuh Mereka

Saya tidak bersetuju seratus peratus mengenakan hukuman bunuh terhadap pasangan berzina yang terlibat dalam membuang bayi kerana jika hukuman berat itu dikenakan ke atas mereka bererti peluang bayi untuk hidup amat kecil. Ini disebabkan mereka tidak lagi berani membuang bayi, tetapi mereka akan menanamnya hidup-hidup atau membunuh dan menyembunyi mayatnya dengan apa cara jua untuk mengelak diri daripada dibunuh.

Pada saya membuang bayi adalah lebih berperikemanusiaan daripada membunuh mereka kerana sekurang-kurang meraka ada peluang untuk hidup. Dengan itu saya menganggap tindakan kabinet Malaysia meluluskan hukuman bunuh terhadap pasangan berzina yang membuang bayi itu paling tidak bijaksana.

Jangan salah faham menganggap saya menyokong tindakan membuangan bayi, tetapi saya menyatakan pandangan tidak menyokog keputusan kerajaan Malaysia itu kerana saya mahu kerajaan Malaysian lebih bijaksana dalam mencari jalan menyelesai masalah ini berdasarkan pelbagai pendekatan jauh daripada hukuman berat yang memakan diri (backfire) itu.

Memanglah tindakaan mem buang banyi di Malaysia amat parah dan ia tidak dapat dibanding dengan mana-mana negara Islam. Malah jika mahu dibanding dengan negara saya, Thailand yang perzinaan menjadi fenomena biasa di kalangan anak muda, Malaysia jauh lebih teruk kerana kadar pembuangan bayi di negara saya yang bukan Islam ini tidak menjadi fenomena kerana kadarnya kecil.
Sudah tentu golong berpelajaran agama di Malaysia terutama yang sudah bergelar dan mendapat pengiktirafan sebagai ulama boleh berhujah bahawa inilah hukuman yang dikehendaki Islam kerana kata mereka menepati hukuman hudud yang memperuntukkan pezina pasti dibunuh bagi muhsan dan sebat bagi yang tidak muhsan. Itu barang kali inilah yang menyebabkan Mursyid Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong hukuman yang dilulus kabinet itu.

Hukuman bunuh pezina yang membuang anak tidak kena mengena dengan hukuman hudud kecuali hukuman hudud versi Pas kerana hukuman hudud mengenai zina dalam al-Quran dan sunnah jika dalam peringkat kesalahan perlu ditutup dan jika telah menjadi kes tetapi belum sampai kepada hakim atau mahkamah boleh bertaubat dan boleh diampun. Hukuman membuang bayi berbeza daripada hukuman hudud. Cuma ada kaitan kerana ada perzinaan.

Saya telah banyak menulis mengenai hukuman hudud ini dan jika anda ingin membaca tulisan saya itu boleh mencari dalam pengkalan data Utusan di http://www.utusan.com.my/

Nampaknya kaum wanita yang akan jadi mangsa hukuman bunuh ini kerana jika berjaya dikesan pelaku, maka sudan tentu golong hawa inilah orang pertama yang dikesan, sama ada dalam kes berzina secara suka sama suka mahupun dalam kes berzina secara paksa dan kena rogol. Sedangkan si pelaku lelaki ada kaki panjang dan dengan mudah boleh melari diri ke luar negara termasuk ke negara saya. Silap-silap si pelaku lelaki akan mengambilkan tindakan ganda jenayah, iaitu selepas berzina dan menyedari pasangannya pengandung, dia terus membunuh pasangannya kerana tidak berani lagi untuk membuang bayi.

Dari segi teknikal pelaksaan hukuman terhadap pembuang bayi, macam mana agaknya jika perempuan yang membuang bayi adalah kanak-kanak bawah umur berumur baru 10 atau 11 tahun. Layakkah bunuh kanak-kanak perempuan ini? Bagaimana pula dengan sumbang mahram yang melibatkan bapa sendiri? Yang ini saya setuju bapa seorang saja yang kena bunuh. Wallahu’alam.

Ulasan