Salafi dan pihak yang memusuhinya saling kafir mengkafir

Pihak yang memusuhi puak Salafi sangat ramai seperti ulama tradisional, tarikat sufi, puak Syiah dan lain-lain. Dalam konteks Thailand dan Malaysia terdapat orang pondok yang memusuhi puak Salafi dengan sehebat-hebatnya. Di tempat saya di  selatan Thailand boleh dikatakan 90 peratus orang Muslim menentang puak Salafi walaupun kini ada sekolah-sekolah pondok dikuasi Salafi dan mereka ada universiti Islam dan mereka menguasai ekonomi kerana ada institusi kewangan sendiri yang tidak begitu berbeza dengan bank.

Permusuhan yang ada antara puak Salafi dan ulama tradisional, tarikat sufi, puak Syiah dan lain-lain bukan kerana puak Salafi saja yang menghukum sebelah pihak ke atas ulama tradisional, tarikat sufi, puak Syiah dan lain-lain sebagai tidak betul, meyeleweng, sesat, bid’ah, tidak menetapi tauhid rubuibiyyah, tauhid uluhiyyah dan tuhid asmal dan sifat, syririk, kafir dan sebagainya. Kerana ulama tradisional, tarikat sufi dan Syiah melakukan perkara yang sama.

Ini yang berlaku di negara-negara Teluk terutama Saudi ketika perang antara Iraq dan Iran pada 1980-1988. Kini agak reda sedikit selepas perang antara Iraq dan Iran yang menyemarakkan semangat Arab anti Persi berhenti, ada perang ke atas keganasan selepas 9/11, pemergian beberapa ulama besar mereka yang menjadi tonggak hukum mengkafirkan orang, muncul ulama-ulama muda mereka yang mampu memahami ilmu-ilmu sezaman, pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan di negara mereka seperti Saudi pada zaman Raja Abdullah dan pembukaan pemikiran melalui Internet. Bagaimanapun, golongan melampau di kalangan mereka masih tetap tidak berubah dan mereka masih ramai termasuk golongan muda juga.

Pada waktu yang sama di pihak yang memusuhi puak Salafi pula ada ulama tradisional, ramai orang tarikat sufi dan kebanyakan orang Syiah melakukan perkara yang sama dengan menghukum puak Salafi itu dengan bermacam-macam hukum juga. Cuma jika ada ulama tradisional yang melakukan perkara itu, mereka biasanya melakukan secara berlapik seperti berkata ajaran Salafi tidak sesuai dengan masyakat, mereka tidak bermazhab, mereka mengamal ajaran menyalahi Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain. Jarang ada yang sampai mengeluarkan hukum kafir terhadap mereka.

Cuma puak sufi berbeza kerana mereka berperang dengan puak Salafi secara lantang dan kadangkala mereka menghukum Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai kafir sama sepeti pemimpin Salafi itu dan ulama-ulama melampau aliranya menghukum mereka.

Manakala puak Syiah dianggap yang paling kuat dan paling melampau menentang puak Salafi kerana puak Salafi pun melakukan perkara yang sama terhadap mereka. Kita anda rajin membaca kubu-buku Syiah dan Salafi di mana sesetengahnya boleh diakses dari Internet anda bisa mengetahui betapa hebat permusuhan mereka dan mungkin walaupun tidak dapat disamakan dengan permusuhan Arab-Yahudi, tetapi mungkin boleh dianggap adiknya.

Ulasan

Kerikil berkata…
Saudara Astora,
Izinkan saya mengemukakan suatu contoh hidup fenomena takfir;

Kassim Ahmad (lahir 1933M), pengarang 'Hadis: Satu Penilaian Semula' didakwa oleh sesetengah pihak sebagai murtad. Bahkan ada yang menegaskan bahawa jika undang-undang murtad dikuatkuasakan, maka dia wajib dibunuh. Ini adalah contoh perbuatan takfir di zaman moden dalam era globalisasi.

Tetapi setahu saya, Kassim Ahmad tidak pernah menghukum mereka yang menghukumnya itu sebagai murtad. Nyata sekali dia tidak menggunakan pendekatan puak tradisional, apatah lagi pendekatan sufi, syi'ah, bahkan salafi.

Pak Kassim juga ada dilabel sebagai anti-hadis. Label ini diberikan dengan bergaya dan yakin sekali oleh ramai pemimpin agama dalam masyarakat kita. Mungkin mereka ini tidak mengambil pendekatan ekstrem puak salafi, tetapi saya rasa ini tidak bermakna bahawa mereka memberikan label ini tanpa berdasarkan kotak pemikiran salafi.
Astora Jabat berkata…
Salam Kerikil,

Saya setuju. Saya pernah membela Pak Kassim setelah banyak berbincang dan bedialog dengan beliau dan pengikut beliau. Beliau tidak murtad dan hukum orang ke atasnya tidak betul.

Walaupun ramai ulama mengatakan siapa menolak hadis murtad kerana ada ulama kata tidak. Kerana hadis zanni. Dalam sebuah fatwa al-Azhar yang pernah tulis beberapa kali dalam tulisan di Mingguan Malaysia menyatakan orang menolak hadis tidak murtad.

Selain Pak Kassim bukan menolak hadis kecuali hadis-hadis tertentu yang bercanggah al-Quran dan sebagainya.

Bekas Ketua Pengarah Jakim Datuk Shahir pernah menyatakan Pak Kassim tidak menolah hadis.
Kerikil berkata…
Saudara Astora,
Salafi dan puak-puak yang memusuhi mereka ini ada hujah-hujah mereka yang tersendiri. Misalnya, kalau puak salafi menggunakan hadis dalam mengkafirkan tarikat sufi, puak tarikat sufi juga melakukan perkara yang sama ke atas salafi.

Apa yang menjadi persoalan, jika semuanya sudah menjadi kafir, maka siapakah yang muslim?
Astora Jabat berkata…
Salam Kerikil,

Ya, betul. Tetapi semua penghukuman mereka itu tidak betul.

Ini lagi pautan Wepedia tentang pembunuhan Wahhabi

1- http://wapedia.mobi/ar/%D9%88%D9%87%D8%A7%D8%A8%D9%8A%D8%A9
2- http://wapedia.mobi/ar/%D9%88%D9%87%D8%A7%D8%A8%D9%8A%D8%A9?t=3.
Kerikil berkata…
Terima kasih.
Dalam laman-laman web keagamaan yang popular di Malaysia, para pembaca biasanya didedahkan dengan single-track thinking. Dan apabila sesuatu isu dikupas, tokoh-tokoh yang dikemukakan pula biasanya mempunyai pemikiran yang sama.

Siapa tidak kenal dengan Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Abd Allah bin Abd al-Muhsin al-Turki, dan Dr Wahbah al-Zuhaili. Tetapi saya percaya bahawa ramai di kalangan pembaca itu tidak biasa dengan nama-nama seperti Abdul Rahman al-Jabarti, Ahmad Zayni Dahlan al-Makkiyy, dan Ali Abdul Raziq.

Maka tulisan-tulisan dalam blog ini dan juga laman-laman web yang saudara dedahkan ini sedikit sebanyak boleh membantu masyarakat dalam membuat pertimbangan yang lebih baik terhadap kupasan tersebut. Biarlah mereka sendiri yang menemukan pandangan yang terbaik, ahsanul qaul, untuk diikuti, tanpa sikap taksub terhadap kelompok tertentu.
Astora Jabat berkata…
Sama-sama Kerikil,

Saya menulis dari pengalaman peribadi yang terhasil daripada rasa ingin tahu dan ingin mendalami dan menghalusi perkara yang diingin tahu itu. Ini bukan saja dalam agama, tetapi semua isu dan perkara yang tercetus dalam pemikiran saya dan muncul dalam masyarakat.

Pendekatan mendalami dan menghalusi yang saya gunakan pula adalah sama seperti saya lakukan ketika bertugas dengan Utusan Melayu dulu.

Cuma kini lebih luas kerana tidak ada warna politik dan warna institusi ramsi yang membataskan kebebasan saya. Walaupun tidak dapat mengelak daripada dicari dan dikenali orang, tetapi saya tenang berada di kampung sekarang.

Sekarang saya hanya memikir macam mana boleh berkarya dan menghasilkan produk pemikiran yang lebih baik tanpa ada nama dan menjadi terkenal serta dicap sebagai kontroversi.

Saya sedar tidak dapat lari kecuali terus menyepi tidak menulis.

Kini ada beberapa buku yang sedang didrafkan termasuk buku Bahaya Salafi-Wahhabi dan musuh-musuhnya dan buku Mengenali Ulama.

Buku pertama dari segi tajuk pun sudah kontroveri, tetapi kandungan lagi kontroveri kerana saya membincangan tentang kemerbahayaan pemikiran Salafi-Wahhabi dan pemikiran ulama tradisional, tarikat sufi, Ahbash dan Syiah yang sama menggunakan pendekatan mengkafirkan pihak lain.

Buku kedua tajuk biasa saja, tetapi kandungan boleh dianggap kontroversi juga kerana penuh dengan maklumat-maklumat yang agak berbeza dari buku-buku lain yang membincang perkara yang sama.

Apa nak buat dan macam mana boleh lari?
Kerikil berkata…
Nampaknya tiada jalan keluar kerana saudara perlu membuat pilihan.
=====
Selain daripada mahir dalam mengkafirkan sesama Islam, puak salafi dan musuh-musuh mereka termasuk Ahbash itu bijak pula dalam menepis fatwa takfir ke atas mereka. Misalnya dengan menggunakan hadis riwayat as-Syaikhan;
Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh).

Lalu mereka pun melontarkan fatwa takfir itu kepada musuh masing-masing, contohnya dengan beralaskan hadis riwayat al-Bukhari:
Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat

Begitulah mereka mengemukakan alasan yang bersifat zanni dalam mempertahankan puak sendiri dan melakukan serang balas terhadap lawan.