Kerana panas menyengat: Ulama Saudi arah sembahyang Zuhur waktu petang

Kerana panas yang agak luas biasa di Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain, Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, Syeikh Abdul Mohsin al-Ubaikan mencadangkan kepada Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Wakaf supaya mengeluarkan arahan kepada semua masjid negara itu menunda sembahyang Zuhur dari waktu panas menyengat ketika mata hari gelincir kepada waktu sedikit nyaman sejuk di sebelah petang.

Penukaran waktu sembahyang Zuhur yang dipanggil ibrad al-Zuhr, iaitu menyejuk Zuhur ini merupakan kelonggaran dalam Islam dan ia pernah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. bagi meringan beban ummat dalam menunaikan ibadat waktu menghadapi kesusahan.

Ulama mempunyai bermacam-macam pandangan mengenai cara menunda sembahyang Zuhur pada waktu petang ini. Ada yang menghadkan waktu dan ada yang tidak menghadkan waktu. Tetapi Syeikh al-Ubaikan berkata boleh ditunda sembahyang Zuhur sehingga ke waktu terakhir dekat sembahyang Asar di mana selepas menunai Zuhur boleh terus sembahyang Asar.

Empat orang penduduk terbunuh di Saudi dan Mesir dipanah mata hari terik minggu lalu.

Terdapat beberapa buah hadis yang menganjurkan supaya ditunda sembahyang Zuhur ini dan salah satu hadis yang bermaksud: "Jika panas menyengat, tundalah sembahyang hingga udara sejuk kerana panas yang menyengat merupakan sebahagian daripada tumpahan Neraka Jahannam."

Ulasan