Harussani dibenci Pas kini

Dulu pada zaman reformasi ketika Datuk Anwar Ibrahim dipecat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilihat ramai orang UMNO terutama ulama sebagai orang Pas atau sekurang-kurangnya menyokong parti itu. Pas bukan main seronok pada waktu itu.

Tetapi kini Harussani pula dilihat Pas menjadi orang UMNO atau sekurang-kurangnya berpihak kepada parti pemerintah itu.

Ini semua gara-gara perpaduan Melayu yang di antara yang mengusahakannya untuk matlamat itu adalah Harussani. Biila Harussani membuat pendedahan latar belakang perbubungan dan dialog sulit UMNO-Pas menyinggung Mursyd Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beliau marah.

Berdasarkan pendirian Nik Aziz itu pun orang Pas mula memerangi Harussani di mana-mana sampai beliau pergi berucap depan pelajar di Australia pun menimbul kemarahan mereka.

Sila baca surat di bawah.


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana (Australia) yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan peranan kita” jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.

Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg. Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa lain daripada umat Islam. Sepatutnya sebagai seorang Mufti, peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.

Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara. Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.

Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri. Sebagai yang diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini. Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.

Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan. Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

Sumber Harakah hari ini.

Ulasan

merlimau9 berkata…
Asalamualaikum,
1.Nasihatlah Nik Aziz dulu wahai pemuda-pemuda PAS...takkan Nik Aziz tu MAKSUM pasti ada yang salah dia lakukan...tak pernah dengarlah orang teguh Nik Aziz ini...kemudian barulah nasihat Tan Sri...
2.Sembrono menuduh UMNO yang perjuangkan bangsa sebagai syirik..yang terbaru...sebelum ini kafir...tak bertakwalah berbagailah..itulah Nik Aziz.
3.Nak tanya pemuda-pemudaPAS ini tahu ke definasi POLITIK...ini kerana saya tertanya juga..apa maksud mereka BERMAIN POLITIK..apa politik main-main ke?
Kerikil berkata…
Seharusnya kritik-mengkritik secara rasional berdasarkan fakta tidak menjadi halangan didalam masyarakat. Termasuklah kritikan terhadap para alim ulama. Ini kerana mereka manusia biasa seperti kita yang tidak pernah sunyi daripada salah dan lupa. Mereka tidak perlu dimuliakan dan disayangi sampai ke tahap di mana pengikut mereka berkata, "bukan kami tidak mahu kritik, tetapi tidak ada apa yang boleh dikritik kerana hujah-hujahnya benar belaka". Musuh-musuh mereka juga akan mengatakan benda yang sama dalam membela ulama masing-masing. Kalau semua orang benar belaka, siapakah pula yang salah?