APA KATA ULAMA ANGELINA JOLIE AJAR ANAK SEMUA AGAMA

Tindakan Angelina Jolie dan Brad Pitt menggalak enam anak mereka membelajari semua agama termasuk Islam menambitkan kemarahan sesetengah orang Kristian, tetapi apa pula pandangan orang Muslim terhadap pendirian mereka? Bagaimana pandangan para ulama terhadap plurisme agama dari bukan orang Muslim ini? Biasanya bila bercakap tentang pluralisme agama, ulama kita kata haram jika datang dari orang Muslim. Maksudnya jika orang Muslim mengamal prlurisme agama dianggap haram. Sebaliknya jika orang bukan Muslim mengamal pluralisme, belum ada pandangan atau fatwa mengenanyainya setahu saya, sama ada di tempat saya di selatan Thailand mahupun di Malaysia.


Berdasarkan berita yang disiar semalam Angelina Jolie dan Brad Pitt menolak untuk memaksa anak-anak mereka memilih mana-mana agama. Mereka menyerah kepada mereka untuk memilik mana-mana agama yang disukai.

Pelakon Hollywood yang pernah dipilih oleh majalah Time pada tahun 2007 antara 100 orang berpengaruh dalam politik (bukan dalam lakonan) di Amerika Syarikat itu telah mendedahkan anak-anak dengan pembacaan buku pelbagai dan dia juga tidak ketinggalan untuk membawa mereka ke rumah-rumah ibadat di seluruh dunia. Mereka dibawa ke gereja, ke masjid, ke kuil dan sebagainya.


Jolie memberitahu majalah Parade dengan berkata, " Brad dan saya membesarkan anak - anak kami menghormati semua orang. Kami mempunyai rak buku di rumah yang mempunyai Injil, Taurat, al-Quran dan semuanya .

" Kami akan membawa anak - anak kami ke gereja , kuil , upacara Buddha , Masjid , mengajar mereka tentang semua agama. Apa pun agama yang mereka pilih, pilihan akan menjadi milik mereka . "

Dia menambah, " Saya menghormati semua agama. Apa yang saya tidak menghormati adalah ketika orang menggunakan agama untuk menyerang orang lain ..

Ulasan

Jebon berkata…
Salam incik Astora

Angelina Jolie tuh berfikiran inklusif... (^_^)...
Astora Jabat berkata…
Salam kepada Jebon,

Kerana dalam Islam ada inkluisif dan ekskluif, apakah saudara berani memanggil dia muslimah?
merlimau9 berkata…
Asalamualaikum,

1.Moralnya,orang barat meraikan dan menghormati perbezaan.
2.Perbezaan inilah yang menjadikan mereka maju dan berjaya dalam semua bidang...mereka telah meninggalkan umat islam jauh ke hadapan.
3.Kita contohi mereka untuk bab itu dan ditambah dengan Akidah kita..saya yakin umat Islam akan dapat menyaingi mereka...Insyallah.
4.Dengan ini saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama DS Najib Tun Razak,berkerja bersungguh-sungguh untuk menjadikan Malaysia Negara Islam paling MAJU..Insyaallah.
Jebon berkata…
Salam Astora

Bagi sy Islam eksklusif dari aspek monoteis bukan syariat... sy tak tahu samada Angelina Jolie tuh monoteis ataupun tidak walaupun dia berfikiran inklusif... dikalangan orang2 Kristian pun adakalanya ada orang sampai kpd monoteis krn ada orang2 Kristian yg dari Triniti sampai kpd Unitarian... iman dlm hati orang kita tak dapat baca...

Sy ada baca tentang Saint-Bernadette yg mayatnya tidak reput walaupun dah beratus tahun, perkara yg sama juga ada berlaku keatas Sami Buddha dan orang2 Islam yg soleh... tentang Saint Bernadette sdr astora boleh baca dilink berikut...

http://saints.sqpn.com/saint-bernadette-of-lourdes

Tentang triniti dan unitarian pula sy rasa sdr astora mungkin dah tahu perkara tersebut... dlm hal ini sy lebih menjurus kpd perbincangan monoteis teologi sufi Syeikh Ibn'Arabi dlm memverikasikannya... peace...
Kerikil berkata…
Saudara Asae Toramae,
You have provoked my thought. Saya sedang malakukan kajian dan berusaha untuk menghasilkan sebuah artikel mengenai isu yang saudara bangkitkan ini. Terima kasih.
Astora Jabat berkata…
Salam kembali,

Ya, betul. Dalam al-Quran ada sebut bahawa inklusif itu dari segi tauhid, tetapi dari syariat berbeza-beza.

Dengan itu jika ada orang mengatakan Islam itu inklufif adalah betul kerana itu adalah tauhid dalam Islam.

Tetapi dari segi syariat pula eklusif kerana ada banyak syariat.

Tentang mayat orang bukan Muslim tidak reput, saya pernah melihat sendiri di Sinai di mana ada seorang paderi yang mati beribu tahun mati tidak reput.

Di Thailand sendiri ada mayat sami tidak reput, tetapi saya baca dari akhbar dan belum melihatnya.

Sekarang soal yang timbul dan sudah kontroversi, iaitu apakah ini bererti benar di sini Tuhan terdapat juga dalam agama-agama lain. Ini yang didakwa pluralisme dan siapa yang kata begitu akan dicap sebagai Islam liberal yang sesat dan kafir.

Dalam al-Quran ada sebut bahawa orang Yahudi dan Kristian yang beriman dan buat baik akan masuk syurga, tetapi ulama-ulama tafsir memberi erti dan maksud lain.
Astora Jabat berkata…
Salam Kerikil,

Provoke? Dari segi mana?
Kerikil berkata…
Saudara Asae Toramae,
Provoke untuk saya melihat samada tindakan Angelina Jolie itu selaras dengan ajaran Quran dan Hadis atau sebaliknya.
Astora Jabat berkata…
Salam Kritil,

Saya menunggu kajian saudara. Bila siap sila hantar kepada saya melalui email astorajabat@hotmail.com.

Mungkin tiga empat hari akan datang saya akan berada di tengah laut di beberapa bulan di Satun (Sentul) dan tidak ada talian telefon dan tak boleh akses Internet. Bila balik ke darat, baru boleh saya check menulis dan menulis untuk blog ini.
Puteri berkata…
Syariat seringkali memisahkan manusia. Sedangkan manusia itu adalah gabungan individu-individu. Syariat lah yang memisahkan manusia kepada kelompok2. Syariat juga yang memprovokasi fikiran manusia kepada betul dan salah.

Agama tiada lain, adalah syariat.