TIADA AGAMAWAN DALAM ISLAM

Dalam Islam tidak ada agawam (rajuluddin/rijaluddin) seperti paderi, sami dan segala bentuk orang sakral atau suci. Walaupun ulama ada kedudukan tinggi dan mereka dianggap peraris para nabi dalam Islam, tetapi mereka adalah orang biasa seperti semua orang Muslim. Tiada keistimewaan agama pada ulama kecuali di kalangan orang Muslim bermazhab Syiah yang menganggap ereka maksum.

Namun demikian dalam teori yang terkandung dalam kitab-kitab agama lama dan baru semata-mata mengatakan dalam Islam tidak ada agamawan kerana di alam nyata pemujaan terhadap golongan ulama zaman dulu dan sekarang, cara pemakaian mereka, gelaran agama yang diberi kepada mereka seperti syeikhul Islam, hujjatullah, ayatullah dan sebagainya, fatwa dan pandangan mereka yang tidak boleh dibincang dan lain-lain menyebabkan mereka tidak berbeza dengan agamawan dalam agama-agama lain.

Biasanya untuk membuktikan bahawa ulama itu dalam Islam dimaksudkan orang yang berilmu dan berpengetahuan dalam agama yang tidak berbeza dengan agamawan itu, ulama terdahulu dan sekarang akan berhujah secara selektif dan mengambil sebahagian ayat daripada surah Fatir, iaitu ayat 28 yang berbunyi:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.”


Padahal ayat-ayat sebelun ayat 28 daripada surah Fatir itu mengkaitan ulama yang takut kepada Allau itu adalah orang berpengetahuan dan berilmu dalam pelbagai bidang ilmu dan kehidupan.

Renung ayat-ayat dalam Allah berfirman ini.

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

(Fatir: 27-28).

Amat jelas dalam dua ayat di atas dan ayat-ayat lain dalam surah yang sama bahawa ulama itu adalah orang yang berilmu dalam bermacam-macam bidang dan mereka adalah orang takut kepada Allah jika tergolong daripada orang beriman.

Ulasan

Ahmad Pazil Md Isa berkata…
sememangnya ulama' adalah org yg ada ilmu tetapi dr ayat al-Quran tu terang2 tulis org yg takut kepada Allah
jadi kalau ada ilmu sahaja tetapi tak takut Allah, langgar perintah Allah tu layak dipanggil ulama' juga ker?
ulama' yg lebih tepat ialah org yg berfikir dan menggunakan akal fikiran tersebut untuk sentiasa takut kepada Allah
jadi, tak betullah jika tiada agamawan dlm Islam
sebab itulah ulama' lebih kpd org yg ada ilmu agama, kerana majoriti mereka lebih tahu pasal agama drpd org biasa. Kalau mcm anda ni hanya berlagak seperti mempunyai ilmu layakkah dipangggil ulama'?
Astora Jabat berkata…
Salam Ahmad,

Soal takut kepada Allah adalah soal iman yang ada dalam dada seseorang. Tiasa sesiapa pun dapat tahu. Hanya Tuhan saja yang mengetahui. Kita hanya boleh tahu melalui luaran. Jika nampak seorang berilmu yang baik dan nampak jujur, kita katakan dia ulama. Itu saja yang boleh kita buat.

Cuma kena ingat ukuran takut kepada Allah, bukan boleh jadikan ukuran seorang itu baik atau ulama benar. Kerana pada saya ramai orang yang kerap melakukan dosa, sebenarnya merupakan orang yang takut kepada Allah juga. Cuma kerana sebab-sebab tertentu, mereka terpaksa melakukan dosa. Ini bukan saja dalam politik orang Muslim dan dalam pergerakan Islam kerana mahu menjayakan matlamat perjuangan mereka yang terpaksa melakukan bermacam-macan dosa atas pelbagai dasar fiqah seperti dasar siasat syariah, melakukan dosa kecil untuk mengelak dosa besar dan lain-lain, tetapi orang awam pun dalam banyak keadaan tidak dapat mengelak daripada perkara-perkara dosa.

Soal agamawan, bukan pandangan saya pun, tetapi pandangan al-Quran, Sunnnah dan fiqah sendiri yang berkata tiada kepaderian dalam Islam.

Terakhir mengenai diri saya, saya tidak pernah mendakwa diri sebagai ulama terutama sekali dalam erti seperti difaham masyarakat kini. Saya amat berasa tidak selesa untuk dipanggil dengan gelaran seperti itu.
Ahmad Pazil Md Isa berkata…
saudara astora, anda kena faham antara melakukan dosa dan menentang hukum Allah
sememangnya setiap manusia biasa tidak terlepas dr dosa, tetapi org yg beriman kpd Allah takut bila buat dosa
tetapi lain pula dengan org yg menentang hukum Allah, bukan sahaja tak takut dosa tetapi menentang pula hukum Allah

samalah mcm Dr Mahathir, dia adalah seorang ilmuan tetapi kerana kerap menentang hukum Allah adakah dia layak dipanggil seorg ulama'? sbb itulah ulama bukannya setakat hanya org yg berilmu tetapi yg takut kpd Allah

siapa kata dlm Islam ada paderi? yg ada agamawan itulah ulama' tetapi ulama' bukanlah seperti paderi, yg boleh hapuskan dosa seseorang

adakah anda tahu diluar ada yang menggelarkan ulama hanya sbb anda dikatakan berilmu? disbbkan takrifan anda yg terlalu nipis tentang ulamalah ada org menggelarkan anda ulama

sememangnya anda tak layak digelar ulama bukan atas sbb anda tidak selesa atau sebagainya tetapi ciri2 ulama tak ada langsung

sebenarnya andalah hanya org biasa sahaja seperti org lain
jadi pandangan anda tentang agama hanya sesuai utk dipakai oleh anda sahaja bukannya org lain

dan seorang ulama, ilmunya akan diterima oleh org lain dan bermanfaat utk semua