TENTANG TAPI JANGAN NAFI HAK

Saya paling benci orang yang menentang dan membangkang orang lain mahu menafikan orang itu hak untuk bercakap dan memberi pandangan. Malah kebencian saya terhadap orang suka menafikan hak orang lain untuk bercakap dan memberi pandangan itu mencapai peringkat tertinggi bila dia menuntut dikenakan tindakan undang-undang terhadap orang yang ditentang dan dibangkangnya itu.

Ini banyak berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini, sama di tempat saya di selatan Thailand mahupun di Malaysia.

Dengan itu perbalahan bodoh antara orang Muslim sering berlaku. Ini juga yang berjadi dalam perbalahan antara golongan tradisional dogmatisme dengan golongan Salafi Wahhabi di Malaysia.

Bagi saya, menentang dan membangkang orang lain kerana sebab-sebab tertentu menjadi perkara biasa dalam hidup kerana kita dijadikan Allah tidak serupa dan berbeza dalam segala-galanya. Cuma perlu diingatkan bahawa menentang dan membangkang walaupun sudah menjadi budaya dan amalan biasa dalam masyarakat terutama dalam politik sehingga tercipa menjadi sistem parlimen yang ada pemerintah dan pembangkang, tetapi ia bukan perkara sihat dan tergolong daripada perkara-perkara negatif yang boleh mengundang permasalah pemikiran dan jiwa kepada si penentang dan pembangkang. Paling berbahaya jika anda menjadi penentang dan pembangkang setiap masa seperti parti pembangkang yang tidak pernah ada peluang menjadi pemerintah. Anda akan terkekan, tidak tenteram dan mungkin sakit jiwa secara tidak sedar sekurang-kurangnya jika tidak pandai mengimbangi diri dengan amalan dan perbuatan baik kerana sentiasa berada dalam lingkaran pemikiran negatif. Hidup dalam lingkaran negatif menyebabkan anda tertolak dan tercampak jauh dari kerahmatan Islam.

Cuba perhati di keliling kita macam hidup orang yang bengkeng,  suka marah, suka mengatakan dan sebagainya.

Dengan itu saya fikir dalam menentang dan membangkang pun perlu berpada-pada. Jangan sama sekali sampai ke peringkat sangat marah dan mengatakan yang bukan-bukan. Kerana yang akan terkena dengan penyakit dan malapetaka jiwa dan raga bukan orang yang dimarah dan dikata bukan-bukan melainkan diri anda sendiri.

Bagi saya menentang dan membangkang perlu mengikut beberapa kaedah dan peraturan dalam Islam. Salah satu kaedah dan peraturan itu ialah jangan berlebihan, tetapi setakat mahu menyedar dan menggerakan orang.

Begitu juga bila menentang dan membangkang dengan apa alasan dan sebab jua yang kita anggap betul dan hak, tetapi kita tidak boleh memaksa orang itu dan ikut kita.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Aku paling benci ko..nasib bek dah tak kluar dalam utusan tulisan ko yang sesat tu..dah balik negara ko, dok diam2 kart sana
Astora Jabat berkata…
Salam Saudara,


Tidak mengapa saudara membenci saya, tetapi yang penting saya tidak membenci saudara dan siapa juga. Saya mengucap terima kasih kepada saudara kerana walaupun saudara membenci saya, tetapi masih membaca tulisan saya di blog. Itu memadai bagi saya.

Tentang tulisan tak keluar lagi dalam Utusan, ada masa saya akan menulis untuk Utusan atau akhbar-akhbar lain.

Kini saya di sini (selatan Thailand) ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Saya perlu mendahului kerja-kerja ini buat waktu sekarang.
Ahmad Pazil Md Isa berkata…
betul tu, alhamdulillah Astora tak lagi dapat mengelirukan masyarakat dengan pandangan dia yang tak lebih drpd syok sendiri

tgklah nasib dia skarang, ramai dah tak ambil peduli

kalau astora ni org yg betul2 berilmu mestilah org masih lagi ingin mendengar pandangan dia tapi tgklah ada blog sendiri pun tak laku

jadi, lebih baik insaf dan muhasabah diri tu, anda hanya layak menulis diblog sendiri
Astora Jabat berkata…
Salam Ahmad,

Saya menyepi dan menulis di blog ini bukan kerana tak ada tawaran. Kini di Thailand masih mendapat banyak tawaran termasuk kerja. Tetepi saya tidak mampu melayan semua tawaran kerana ada kerja sendiri di sini, di kampung saya dan Bangkok.

Namun saya masih bertugas dengan UMNO dan kerajaan melalui beberapa jabatan. Saya tetap menolong Malaysia sebagai negara kedua saya. Saya anggap Malaysia makmur dan aman bagus bagi kami di Thailand juga kerana ramai orang kami bekerja di Malaysia.

Tetapi hubungan orang Melayu Thailand lebih dari jiran kerana kita dari bangsa yang sama.

Hanya penjajah yang memisahkan kita dengan membahagi-bahagikan wilayah-wilayah seperti yang ada sekarang.
Unknown berkata…
pelik tapi benar..
dah tahu tak suka tapi masih membaca blog orang...
pe hal la ko nie