Orang kontroversi tak disukai UMNO

Isu hukum makan katak, isu tudung dan aurat, isu azab kubur dan lain-lain adalah antara beberapa isu yang dianggap menjadi pantang larang dalam masyarakat Muslim di selatan Thailand, Malaysia dan negara-negara lain. Sesiapa yang membincang isu-isu ini dengan membawa pelbagai pandangan yang berbeza dan berlainan, dia akan dituduh menyeleweng dan sesat atau paling tidak dicap sebagai kontroversi.


Itu yang berlaku kepada saya.

Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berhadapan dengan masalah yang sama kerana beliau juga dianggap kontroversi.

Tetapi kontroversi saya berbeza dengan kontroversi Asri. Saya tidak bermazhab, mengambil al-Quran, hadis dan pandangan ulama dari semua mazhab. Saya tidak menafikan pandangan dan fatwa mana-mana ulama sekalipun saya tidak bersetuju dengan mereka.

Manakala Asri pula berada di atas landasan mazbab sekurang-kurangnya beliau mendakwa begitu walaupun ramai menuduh beliau tidak bermazhab.

Tentangan yang dihadapi beliau di kalangan ulama dan cerdik pandai berpendidikan agama jauh lebih besar daripada saya. Ini kerana saya hanya berhadapan penentangan daripada puak pembangkang sahaja terutama Pas. Tetapi itu pun hanya ketara di kalangan pengikut yang cetek agama. Sedangkan penentangan golongan ilmuwan dan ulama Pas tidak sehebat mana. Punca penentangan mereka adalah kerana saya menjadi pembela Tun Dr. Mahathir Mohamed dan berpihak kepada kerajaan.

Punca ulama menentang saya dan Asri

Jika ulama membahtah Asri kerana mendakwa beliau berfahaman Wahhabi, saya dibantah mereka kerana perkara lain-lain. Ada ulama membantah saya kerana mendakwa isu-su yang saya bangkitkan merupakan isu khilafiah remeh yang tidak patut dibangkit disebabkan boleh menyebabkan kekeliruan orang Muslim. Ulama lain yang berada dalam kerajaan menganggap saya sebagai penyokong kerajaan tidak perlu membangkitkan isu-isu kontroversi supaya tidak menjejas dan merosakkan imaj kerajaan. Hujah yang sama digunakan mereka untuk menyekat kemasukan Asri ke dalam UMNO kini.

Malah ada ulama yang mempunyai jawatan dalam kerajaan memberitahu wartawan saya bahawa dia berhadapan dengan kesusahan besar kerana terpaksa banyak membaca dan membuat penyelidikan untuk menjawab pertanyaan orang ramai mengenai isu-isu agama yang dibangkit saya. Begitu juga dihadapi sesetengah mufti dan pegawai agama menurut sumber-sumber orang-orang UMNO.

Berhubung dengan mufti menurut sumber-sumber UMNO, ada yang sangatsentitif dengan saya dan dia akan membantah apa saja pandangan berbeza yang dibincang saya dalam ruangan tetap dalam Mingguan Malaysia. Malah menurut sumber-sumber yang sama ada mufti yang terpaksa mengarah pegawai-pegawai mereka yang mempunyai latar pendidikan agama terutama daripada al-Azhar memantau tulisan saya dan membuat penyelidikan untuk menjawabnya. Sumber-sumber UMNO ada yang menteri dan menteri besar akan menghubungi supaya berhati-hati.

Bagaimanapun, saya dan Asri sama-sama ditakuti UMNO dan kerajaan pada waktu ini kerana dianggap kami berdua kontroversi. Kami berdua berada dalam kandang pesalah yang sama pada mereka. Seorang  pegawai tinggi kerajaan memberitahu saya ketika saya menghadiri sebuah persidangan baru-baru ini bahawa dia hairan kerana dia mendapati Asri menentang saya, tetapi saya tidak menyokong Asri ditangkap dan saya pula menyokong beliau mengenai isu nama Allah.

Sebenarnya perbincangan agama pada waktu ini jauh berbeza dengan zaman Tun Mahathir dulu. Dulu kerana ada krisis ancaman agama daripada Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka perbincang pun menjadi progresif dan agresif  dan pada waktu itu saya adalah orang yang memainkan peranan utama dalam memberi penjelasan pelbabgai isu agama yang dimainkan pembangkang secara suka rela dan tanpa ada mana-mana pihak memberi arahan.

Kini ancaman agama tidak ada atau pun sudah reda, tetapi hanya ada adalah ancaman politik. Justeru perbincangan agama pun tidak lagi progresif dan agresif. Sebaliknya perbincangan agama yang ada adalah jenis mahu menjaga status quo yang ada atas alasan bimbangkan kekeliruan dan perpecahan masyarakat. Malah di pihak lain ramai orang UMNO termasuk pemimpin politik mereka bercakap bahasa agama yang tidak berbeza dengan Pas.

Dengan itu saya anggap jika Asri betul-betul mahu masuk UMNO, beliau pasti tinggalkan kontroversi dan menjadi ulama kerusi yang tidak berbisa seperti semua ulama tiada bertaring dalam UMNO dan kerajaan.

Saya pernah memberi tahu orang ramai dan kawan-kawan di kalangan ustaz bahawa mereka semua mahu saya terlibat dalam politik Thailand perlu sedar bahawa saya akan berbohong dan bercakap tidak benar sebanyak 50 peratus.

Semua mereka terkejut dan marah. Tetapi mereka senyap selepas saya memberi penjelasan bahawa jika saya menjadi wakil rakyat apatah lagi jika mendapat jawatan besar, saya mesti bercakap berlapik dan tidak boleh berterus terang dalam semua perkara kerana perlu menjaga perasaan semua orang yang mengundi saya. Saya juga kena menjaga nama dan kepentingan parti dan berjuang mengikut garisan dan panduannya. Saya juga mesti menjaga nama dan kepentingan kerajaan. Pokoknya macam-macam pantang larang yang menyebabkan kebebasan saya untuk menyatakan pandangan dan bersuara terbatas.

Dengan itu saya sendiri walaupun kini sudah menjadi antara orang yang akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya Thailand yang akan diadakan tahun depan, tetapi saya tidak begitu bersemangat. Cuma jika saya mahu hidup di Thailand selama-lamanya, saya perlu mengambil kira pertimbangan politik dan menjadi orang politik yang hipokrit secara sosial. Jika tidak, berbahaya.

Ulasan

merlimau9 berkata…
1.Saya berharap Dr.Asri perlu segera membuat keputusan..janganlah menambahkan lagi politiking..banyak kerja nak buat ini.
1.Saudara Astora..saya nak tanya pada zaman RASULALLAH adakah kemelut begini ada berlaku ke?
Astora Jabat berkata…
Salam Merlimau 9,

Sudah tentu tidak ada kemelut macam ini kerana pada zaman baginda tidak ada ulama yang dilihat sebagai agamawan seperti paderi dan sami macam sekarang.
Ahmad Pazil Md Isa berkata…
kah kah kah syok sendiri sungguh la Astora Jabat ni
nak samakan dia dengan Dr Asri

apa pula zaman nabi tak ada kes mcm ni sbb zaman baginda tak ada ulama', zaman nabi sudah tentulah nabi yang menjadi rujukan dlm agama, nabilah agamawan
masa tu semua hukum agama adalah bersandarkan kepada apa yg nabi kata
ketika itu sendiri sudah ada agamawan tetapi mereka mendapat rujukan drpd Rasulullah S.A.W sendiri

sbb itulah para sahabat yg dekat dgn Rasulullah S.A.W diangkat menjadi pemimpin sekaligus agamawan
dan akhirnya terjadi peperangan sesama Islam atas sbb masing2 mempunyai pandangan sendiri tetapi tak ada yg boleh kata ini betul atau salah

yg menjadi masalahnya sekarang, org yg dlm kerajaan UMNO tu lah yg menyebabkan perpecahan ini berlaku, sebab UMNO memang sukakan perpecahan

dan ada juga jenis yg syok sendiri seolah2 dia memberikan pandangan tu atas nama Islam sebenar kah kah kah
Astora Jabat berkata…
Salam Ahmad,

Saudara boleh macam-macam terhadap saya, syok ke atau apa saja. Tetapi pernah anda membaca saya menyekat orang lain untuk memberi pendapat. Perang pegawai Jakim itu berbula dengan usaha Asri nak sekat dia. Maka dia yang ikut tarikat sufi yang diperangi Asri pun membuat perkara yang sama. Justeru jadilan perbalahan bodoh kini.

Saya tidak main semua itu.

Walaupun saya tidak setuju dengan Asri dalam banyak perkara, tetapi menafikan dia berhak memberi pandangan. Malah kutuk tindakan menangkap beliau.