Kerana panas: Sembahyang Jumaat 30 minit di Mesir


Pihak bertanggungjawab agama Mesir mengarahkan supaya dipendekkan waktu sembahyang Jumaat kepada 30 minit kerana suhu panas yang semakin meningkat di negara itu membahayakan kesihatan orang ramai.

Syeikh Shawki Abdel Latif , kepala bidang agama, Kementerian Wakaf Mesir telah mengarahkan semua imam di seuruh negara menunai sembahyang Jumaat tidak lebih dari selama 30 minit .

Dia berkata seperti lapor akhbar El-Shuruq hari ini bahawa meringankan orang Muslim bila berhadapan dengan masalah adalah salah satu keperluan dalam syarat Islam selain daripada mengambil kira soal suhu panas yang tinggi menyebabkan orang ramai dilanda bermacam-macam penyakit.

Dia meminta orang ramai supaya membuat laporan kepada pihaknya jika terdapat mana-mana imam mengadakan sembahyang melebihi 30 minit. Kata beliau Nabi Muhammad s.a.w. pun menyampai khutbah selama 15 minit sahaja.


Di Assiut, selatan Mesir, seorang penduduk meninggal dunia dan sembilan orang lain masih dirawat di hospital disebabkan suhu panas yang tinggi kini. Seorang pengawal peperiksaan di sebuah sekolah di Sohag yang berhampiran dengan Assiut juga meninggal dunia disebabkan punca yang sama beberapa hari lalu.


Ulasan