ILMU AGAMA MAJU TETAPI ULAMA MUNDUR

Membincang tentang ulama tidak lengkap jika tidak membincang juga tentang ilmu. Kedua-duanya tidak berpisah. Kerana ada ilmu, adanya ulama. Tetapi bukan satu kepastian. Kerana ilmu agama kini terdapat dan boleh diakses di mana-mana sahaja, tetapi ada masyarakat-masyarakat tertentu yang tidak ada ulama. Sebaliknya orang jahil berlambak-lambak dalam masyarakat.

Perbincangan mengenai ilmu agama pada zaman ini sering mendapat tempat dalam masyarakat di seluruh negara Islam. Sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan umat Muslim di negara-negara Islam melalui pelbagai akhbar dan majalahnya termasuk secara dalam talian pasti terbaca perkembangan berkenaan.

Sebenaranya ilmu dalam al-Quran bukan saja ilmu agama, tetapi mencakupi semua ilmu dunia. Namun disebabkan kebanyakan ulama tradisional zaman dulu menghasikan karya ilmu mereka pada zaman kejatuhan Islam, maka sisi-sisi sempit dan tidak universal itulah yang tertonjol sehingga menjadi tanggapan perdana kebanyakan ulama tradisional kini.

Jadi bukan ulama yang dibataskan secara salah dan bermaksud mereka yang berilmu dan berpengetahuan dalam bidang agama, tetapi ilmu pun dibatas dengan sedemian rupa juga.

Dengan mengtafahus dan menyelidiki kitab-kitab agama lama didapati bahawa tanggapan ilmu itu adalah ilmu agama yang menguasai kandungan kitab-kitab tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain.

Bagaimanapun, mengenai ilmu kedapatan ulama dan cerdik pandai Muslim zaman sekarang berusaha untuk membuka pemikiran Muslim dengan mencadangan pengertian yang berbeza atau pengertian kedua mengenai ilmu seperti yang disebut dalam al-Quran.

Pengertian yang berbeza atau maksud kedua al-Quran ini mendefisinikan ilmu secara luas dan tidak terbatas dengan ilmu agama mencakupi semua ilmu dunia termasuk sains, teknolgi dan sebagainya.

Usaha ulama dan cerdik pandai Muslim ini berhasil dan kini semakin terserlah fahaman mengatakan ilmu dalam Islam atau al-Quran itu mencakupi semua bidang ilmu dengan memberi contoh penjelasan dan huraian terhadap nas-nas al-Quran dan hadis yang berkaitan ilmu serta menampilakan kejayaan umat Muslim pada zaman kegemilagan ilmu dan akademia di Baghdad dan Andalusia dulu.

Namun begitu mengenai ulama, pengertiannya masih sempit dan tidak berubah kerana tidak usaha seperti dilakukan ke atas ilmu itu. Justeru bila menyebut ulama sudah tentu tiada erti lain melainkan orang yang berilmu dan berpengetahuan dalam bidang agama sahaja.

Membandingkan kedudukan ilmu agama dengan ulama dalam bidang agama nampaknya ilmu agama itu maju atau ada kemajuan dicapai, sedangkan ulama dalam bidang agama pula kurang maju atau kurang kemajuan yang dicapai kecuali di kalangan ulama menjadi ahli akademik. Ilmu agama berada dalam peringkat yang tinggi itu tidak setanding langsung dengan ulama dalam bidang agama yang masih berfikir lapuk dan kuno.

Perkembangan ilmu agama dan ulama dalam bidang agama benar-benar tidak seimbang dan tempang pada waktu ini. Ilmu agama dan ulama dalam bidang agama sepatutnya tidak dapat dipisahkan kerana ada ilmu agama mesti ada ulama dan semakin tinggi, luas dan mendalam ilmu agama semakin berwibawa pula ulama tu.

Tetapi yang terjadi terbalik sama sekali. Ketika ilmu agama di negara-negara Islam yang mencakupi semua ilmu agama telah sampai ke peringkat kemajuan pengajian dan penyelidikan yang berpatutan selepas penubuhan banyak pusat pengajian tinggi bertaraf dunia yang menawarkan bermacam-macam kursus pengajian dan penyelidikan berperingkat tinggi, tetapi keulamaan umat Mulsim tidak berubah. Di sesetengah negara Islam ulama haya ada nama dan gelaran kerana memberolehi nama dan gelaran daripada jawatan yang dipegang atau kedudukan mendatang yang disandang kerana menjadi pemimpin senior dalam pergerakan dan parti politik yang diceburi, sedangkan mereka mundur dan ketinggalan zaman kerana kepala penuh diisi dengan ilmu-ilmu agama di luar zaman yang dihasilkan oleh ijtihad-ijtihad rastusan dan ribuan tahun lalu.

Di mana ijtihad sezaman ulama negara-negara Islam? Jarang ada kerana semua ulama kita hanya tukang naqal dan juru memindah kata-kata dan ijthad lama ulama zaman silam untuk mengangani masalah-masalah baru yang dihadapi masyarakat zaman sekaramg. Ubat lama untuk mengubati menyakit baru ini menjadi trend yang menguasai masyarkat Muslim di seluruh dunia kini.

Yang paling sedih ada beberapa orang ulama dan cerdik pandai Muslim yang sedikit ada keberanian untuk mengkemukakan ijthad baru yang sesuai dengan zaman dan keadaan semasa kini, tetapi golongan ulama dogmatis yang percaya bahawa ubat lama masih boleh digunakan untuk mengubati penyakit baru menentang dan menghukum para ulama dan cerdik pandai itu sebagai salah, menyeleweng, sesat dan macam-macam. Di Malaysia terdapat fenomena secara ketara sekali.

Dengan itu saya kerap menyebut dalam tulisan saya yang disiar di Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Al Islam bahawa ulama dalam bidang agama yang paling berwibawa bukan ulama jawatan dalam pelbagai jabatan agama, tetapi adalah ahli akademik di pelbagai fakulti Islam kerana mereka sentiasa membuat penyelidikan dan menghasilkan karya ilmiah. Ulama yang menjadi ahli politk juga bagi saya bukan ulama yang berwibawa. Kerana ulama politik ini selain tidak ada waktu untuk membaca, menyelidikan dan mentafahus secara teratur serta menghasilkan karya ilmiah kerana sibuk dengan tugas-tugas politik dan melayan kehendak penyokong yang tidak kunjung tamat, pemikiran mereka pasti berkotakkan set minda parti politik yang sudah tentu sedikit sebanyak fatwa dan pandangan mengenai agama atau hukum diwarnai celupan politik parti mereka.

Perlu dijelaskan bahawa saya bukan menentang penyertaan ulama dalam politik. Tidak ada nas daripada al-Quran dan hadis yang menyuruh dan melarang ulama terlibat dalam politik. Tidak menyuruh dan tidak melarang ertinya harus. Itu dari segi hukum. Tetapi berdasarkan apa yang berlaku di alam nyata dalam masyarakat di seluruh negara Islam terlalu banyak sangat contoh fatwa dan pandangan songsang dan menyeleweng dikeluarkan oleh ulama yang terlibat dalam politik. Setakat menjadi contoh disebut di sini bahawa ada ulama politik yang menghukum secara fatwa atau pandangan bahawa lawan politik mereka atau pengikut parti politik lawan sebagai kafir. Ini juga yang berlaku di Malaysia. Malah di Malaysia juga ulama politik memberi gelaran untuk mengejek ulama parti lain sebagai ulama terompak kayu, ulama ular dalam semak, ulama syaitan bisu, ulama sapu ketiak dan lain-lain.

Dengan itu saya berpendapat semua orang Muslim perlu berhati-hati dengan ulama politik, sama ada dalam kerajaan mahupun dalam pembangkang dan segala fatwa dan pandangan mereka dinilai dengan sehalus-halusnya.

Ulasan

Ahmad Pazil Md Isa berkata…
habis tu yg ko punya patwa lagi sesat dan menyesatkan tu boleh pula? ;P
berapa banyak fatwa sesat dr ko, ko tak ambil peduli pula
bila dekat ko tak nampak, dekat org lain nampak ;P
ko tu tak ada ilmu agama langsung, lagilah sesat dan menyesatkan
Astora Jabat berkata…
Salam Ahmad,

Saya mengeluarkan fatwa dalam erti kata fatwa seperti yang difahami masyarakat kini.

Sebaliknya segala pandangan yang bawa mengenai pelbagai isu agama jika saudara pandai dan bijak ada rujukan belaka kerana mengggunakan pendekatan membawa pelbagai pandangan bagi membolehkan orang ramai menilai sendiri.

Perbincangan saya dalam apa isu tidak ada yang bersifat hitam putih kecuali mengenai ibadat, akidah dan perkara-perkara qati'yyah dan muktamad dalam agama.

Soal hukum saya sesat dan menyeleweng, itu kerja orang yang menentang ilmu, menolak perbezaan pandangan dan sebagainya. Jika saudara tahu sejarah Islam, kebanyakan cerdik pandai Muslim dulu seperti semua imam mazhab adalah dihukum menyeleweng dan sesat belaka oleh musuh.

Tetapi jangan salah faham bahawa saya yang kerdil ini mahu membandingkan diri saya dengan mereka. Saya hanya menyebut sejarah untuk menyedar saudara saja.
pak yeh berkata…
Ya sdr Ahmad,...
Nabi Muhammad pun di tudoh sesat juga oleh orang Kristian(agama Islam dulu yang telah di sesat oleh Ulama/Padri).!!!

Di akhir zaman ,yang betul jadi sesat dan yang sesat akn jadi betul.!!!
Ini kerana Setan selalu menjelma sebagai Ulamak. Menyamar sebagai Ulamak adalah cara yang paling berjaya untok sesatkan umat.
Daripada sejarah kita dapati bahawa semua agama telah di sestkan oleh Setan yang menjelma sebagai Ulama/Padri dsbgnya.
Tolong bicara tanpa tudohan yang tiada berbukti!!!
faoaz berkata…
'ulama' adalah senjata syaitan yg paling halus untuk menyesatkan umat islam itu sendiri.. kerana mereka buat salah pun tiada siapa yg nampak. Islam akan bpecah belah oleh kerana 'ulama2' ini yg hanya mahukan kekuasaan dan sanjungan yg kononnya 'waris Nabi':, menggunakan pendekatan yg menakut2kn umat Islam bukan ttg keindahan Islam itu sendiri. Umat Islam sekarang lebih tpaksa melakukan ibadah kerana takutkan Allah lebih dari rasa ikhlas dan kasih pdNYA.. sedangkan Allah itu Maha Pengasih lg Maha Pemurah..
faoaz berkata…
'Ulama' adalah senjata halus "syaitan" utk menyesatkan umat Islam. Ini kerna apa yg mereka cakap walaupun sesat dianggap betul oleh oleh yg cetek minda tanpa bfikir. Mereka dianggap sebagai waris Nabi. Padahal mereka 'masuk bakul angkat sendiri' hanya kerna tahu ilmu agama yg sedikit tanpa menguasai ilmu lain yg lebih dr 90% di dalam Al-Quran itu sendiri spt sains, astronomi, teknologi dll.. 'Ulama2 ini' menggunakan metod menakut2kn utk memaksa orang beribadat dan menyanjungi mereka supaya mereka berkuasa.. Sepatutnya pendekatan tentang keindahan Islam yg perlu disampaikan supaya umat Islam 'BERAMAL IBADAT' atas sifat kasih dan ikhlas bukan kerna terpaksa..
faoaz berkata…
'Ulama' adalah senjata halus "syaitan" utk menyesatkan umat Islam. Ini kerna apa yg mereka cakap walaupun sesat dianggap betul oleh oleh yg cetek minda tanpa bfikir. Mereka dianggap sebagai waris Nabi. Padahal mereka 'masuk bakul angkat sendiri' hanya kerna tahu ilmu agama yg sedikit tanpa menguasai ilmu lain yh lebih dr 90% di dalam Al-Quran itu sendiri spt sains, astronomi, teknologi dll.. 'Ulama2 ini' menggunakan metod menakut2kn utk memaksa orang beribadat dan menyanjungi mereka supaya mereka berkuasa.. Sepatutnya pendekatan tentang keindahan Islam yg perlu disampaikan supaya umat Islam 'BERAMAL IBADAT' atas sifat kasih dan ikhlas bukan kerna terpaksa..