Nik Aziz yang terang-terang lawan Sultan tetapi Zaid yang kena hentam

Datuk Zaid Ibrahim hanya membela Mursyid Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung penggunaan masjid untuk tujuan politik.

Zaid secara berlapik berkata:'Titah (Sultan Sharafuddin ) itu luas sekali skopnya. Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur tetapi tafsiran titah itu mungkin diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu."

Dalam blognya yang bertajuk 'Beza arahan dan pandangan peribadi', beliau menyoal, "apakah doa yang disambut oleh semua mukmin supaya “raja kita sanjung dan dipanjangkan umur" tidak bersifat politik?

"Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik?" soal Zaid lagi.

Zaid membeza antara titah dan arahan. Beliau berkata bahawa titah itu adalah pendapat peribadi baginda dan bukan arahan, perintah atau “decree”.

'Dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

'Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya.

'Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik - untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja," katanya.

Begitulah cara Zaid membela Nik Aziz.

Selepas tulisan Zaid di blognya tersebar, ada beberapa reaksi keluar daripada UMNO, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak lain mendakwa Zaid menghina Sultan Sharafuddin. Pada saya Sultan Sharafuddin adalah seoroang sultan yang berfikiran terbuka. Baginda tidak banyak berbeza dengan Zaid dalam soal keintelektual ini. Oleh itu saya percaya berbezaan pandangan antara baginda dab Zaid yang boleh dianggap perbalahan dan perang ilmu itu tidak menjadi masalah sekiranya tidak dijadikan isu politik.

Apa yang saya persoalkan di sini ialah kenapa UMNO, NGO dan pihak-pihak lain mengambil pendirian double standard berhubung isu politik masjid? Kenapa mereka hanya menghentam Zaid dan tidak menghentam Nik Aziz? Kenapa mereka hanya membuat laporan polis terhadap Zaid, mengadakan tunjuk perasaan menentang beliau, menuntut dibuang gelaran datuk beliau dan macam-macam? Kenapa tidak dilakukan semua itu juga ke atas Nik Aziz yang merupakan yang orang benar-benar melawan Sultan?

Berdasarkan pengalaman membantu UMNO dan kerajaan pada zaman Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, saya mendapati jarang ada orang UMMO dan kerajaan termasuk golongan ulama yang berani berhujah Nik Aziz? Nik Aziz pada mereka seolah-olah maksum dalam agama Islam atau tokong agama dalam agama-agama kerana tidak boleh dipertikai dan dikritik pandangan dan pendirian beliau.

Sekarang lebih teruk lagi kerana UMNO dan kerajaan berhadapan dengan permasalah besar dalam pemikiran agama yang boleh dianggap telah sampai ke peringkat krisis disebabkan dalam UMNO dan kerajaan kini  hanya terdapat golongan agama yang hanya menjadi dekorasi dan digunakan untuk membaca doa dalam upacara-upacara keagamaan tertentu sahaja.

Ulasan

Salam Sdra Astora.

Rencana yg baik ini saya masukkan ke dalam blog saya.
Astora Jabat berkata…
Salam kembali Mulut Melayu,

Saya membenarkan saudara dan semua orang menggunakan tulisan saya di sini. Insya- Allah akan terus menulis seperti dulu walaupun dalam sibuk macam mana pun.

Wassalam.