Kawan-kawan sakit

Perubahan kawan-kawan di keliling saya cukup mengejutkan terutama yang sudah lama tidak bersua. Segelintir saja yang nampak sehat dan aktif, tetapi kini kebanyakan mereka kelihatan lesu dan tidak bermaya. Paling jelas adalah kawan-kawan senior yang kebanyakan mengidapi bermacam-macam penyakit yang berpunca daripada makanan.

Bulan lepas, saya balik ke kampung di Jabat (Ruso), Narathiwat. Di sana saya dapati kawan-kawan yang berkebun walaupun mereka menjadi guru dan bekerja di pejabat yang agak sehat. Tetapi ramai yang menjadi guru dan bekerja di pejabat saja mendapati masalah kesihatan.

Puncanya dua, 1, tidak jaga makanan dan 2, tidak suka bergerak.

Kedua-dua adalah menjadi penyebabkan utama kesihatan kita terganggu.

Di Malaysia terdapat fenomena yang sama. Cuma semua kawan saya dari jenis bekerja di pejabat sahaja dan dengan itu, perubahan kebanyakan mereka lebih mengejutkan. Sebagai contoh dua orang kawan yang hanya dua tahun tidak jumpa, salah seorangnya sduah kelihatan sangat tua dan seorang lagi yang sangat handsome dulu menjadi seperti orang yang mendapat rawatan berbulan-bulan di hospital. Kedua-dua sangat muda dan baru saja masuk ke usia 40-an.

Seorang kawan senior yang sering memuji saya kerana menasihatinya supaya banyak minum jus buah-buahan adalah merupakan orang yang suka makan. Setiap masa dia makan. Dua hari saya tinggal di rumahnya tidak melihat dia buat apa kecuali makan. Cukup menakutkan. Dia dan isterinya sama-sama menghadapi masalah kesihatan kerana masalah makan.

Saya juga cukup bimbang melihat apa yang berlaku kepada kawan-kawan.

Ulasan