SERONOK BEKERJA, LUPA KESIHATAN

Meskipun banyak ilmu kesihatan telah dipelajari, sama ada yang dipelajari dalam kelas mahupun yang dipelajari daripada bahan bacaan seperti akhbar, majalah, buku dan lain-lain, tetapi pelaksanaannya tidak seberapa kerana beberapa faktor. Sebagai contoh ketika di sekolah dan universiti walaupun ada kesedaran kesihatan yang tinggi dan ini menyebabkan saya tidak merokok seperti ramai kawan yang sebaya dengan saya, tidak minum kopi, tidak banyak makan gula, suka makan sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya, tetapi tidak menggunakan sepenuhnya ilmu kesihatan yang dipelajari itu kerana sibuk belajar selain masih muda dan tidak pernah sakit. Persekitaran juga turut mempengaruhi saya ketika itu.

Selepas bekerja, kesibukan bercampur seronok menjadi waratwan terkenal menyebabkan saya terus leka dan lupa. Faktor usia dan selalu sihat kerana tidak pernah sakit juga mendorong saya mengamal gaya hidup seperti kebanyakan orang yang bekerja walaupun sentiasa memberi perhatian kepada kesihatan yang bersifat umum dan longgar seperti kebiasaan yang pernah dilakukan pada zaman sebelum kerja.
Teoh Siew Eng lebih muda sedikit saja daripada emak saya kerana kini dia 70, tetapi dia kelihatan sangat muda. Inilah kelebihan Herbalife. Dapat kurangkan berat badan, jadi sihat dan cantik.


Bagaimanapun, sekitar tahun tahun 1995 ketika bertugas di Kaherah, Mesir buat kali kedua (1992-1997), saya dapati perut saya mula buncit. Saya mula cemas kerana menyedari perkara itu tidak baik. Saya berpegang dengan satu pandangan yang diperolehi ketika bersekolah di kampung dulu dan sumbernya jika tidak silap adalah salah sebuah majalah sains Thai yang menjadi idaman saya, majalah Chaiyapruek Withayasat. Pandangan itu berbunyi lebih kurang, jika perut anda lebih tinggi daripada dada bereti anda sedang menuju ke zon tidak sihat, penyakit dan seterusnya ke kubur. Pandangan motivasi zaman kecil ini menjadi pedoman kesihatan saya sepanjang masa dan menyebabkan saya berpegang bertambah kuat dengannya bila melihat kegemukan menjadi salah satu punca penting kematian penduduk Malaysia, Thailand, Amerika Syarikat dan lain-lain pada waktu ini seperti mana disebut dalam banyak laporan. Malah beberapa orang yang saya kenali dan sayangi meninggal dunia kerana mengidapi penyakit berpunca daripada kegemukan.

Perut buncit saya menjadi lebih ketara bila saya datang bertugas di Kuala Lumpur pada akhir tahun 1997. Kerana di Kuala Lumpur pertama kali saya bekerja di pejabat serta memandu kereta dan tidak lagi banyak berjalan kaki seperti dulu. Disebabkan banyak duduk di atas kerusi dan bergerak ke mana-mana dengan kereta, saya terus menjadi gemuk dalam masa tidak berapa tahun, tetapi kurang terasa kerana berada di lingkungan ramai orang gemuk. Sesetengah teman pula bila saya memberitahu mereka bahawa saya ini sudah gemuk, mereka berkata saya sihat. Itu perangai orang Melayu dan ramai bangsa lain termasuk bangsa Arab. Mereka menilai orang gemuk sebagai sihat.

Setengah kawan menyedari saya gemuk, tetapi mereka berkata tidak mengapa kerana saya tinggi dan menyebabkan saya tidak nampak gemuk.

Sesetengah kawan yang lain memang tidak menyedari perubahan badan saya menjadi orang gemuk kerana mereka selalu melihat saya.

Pada satu hari seorang teman baik saya di Utusan, Baharom Mahusin menyedarkan saya bila dia berkata dagu saya sudah kelihatan berlipat. Teguran Baharom secara bersahaja itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk lebih iltizam dengan senaman yang sebenarnya saya selalu melakukannya, tetapi secara tidak konsisten. Sejak itu saya bersenam beberapa kali seminggu, tetapi masih makan kuat seperti biasa.

Ketika itu saya tingkatkan senaman joging atau berjalan laju naik dan turun bukit sejauh tiga kilometer dan lima kali seminggu. Tetapi alangkah terkejutnya berat badan turun sedikit sahaja. Pada satu ketika berat badan hampir 100 kilogram dan jika berjaya dikurangkan kerana melakukan senaman pun tidak pernah di bawah 90 kilogram.

Memang benar senaman mampu memberi kesihatkan kepada seseorang, tetapi dengan syarat dilakukan secara berterusan. Dalam kes saya, walaupun sudah tingkat kekerapan bersenam, tetapi masih tidak memberi kesan yang boleh menyebabkan saya langsing dan hilang perut buncit. Cuma saya rasa segar dan bertenaga, tetapi perut masih kekal macam wanita mengandung tiga empat bulan. Tidak begitu buncit.

Kerana percaya bahawa semanan boleh mengurangkan berat badan secara khas dan memberi kesihatan secara amnya, saya terus melaksanakan senaman seperti selalu dilakukan dan pada waktu yang sama cara pengambilan makanan lama diteruskan. Tidak berfikir mahu perubah. Maklumlah saya terlalu yakin dengan senaman.

Bagaimanapun, pertengahan tahun lalu saya mengubah pendirian selepas pergi makan angin dengan isteri dan anak-anak ke Cherating dan ketika pulang ke Kuala Lumpur saya singgah di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Saya banyak mengambil gambar di kedua-dua tempat peranginan itu. Alangkah terkejutnya bila melihat gambar-gambar saya. Pemandangan pantai, kebun, tempat peraningan, hutan dan bukit saja nampak cantik, tetapi tidak rupa paras saya. Saya berubah dengan begitu teruk. Hodoh dan jelik. Walaupun saya bertenaga seperti biasa dan tidak penat naik bukit turut bukit di Colmar, Bukit Tinggi, tetapi saya sedar bahawa saya sedang menuju ke zon bahaya dan mesti perubah.

Dari sini saya mula memikirkan tentang senaman, kenapa tidak menurunkan berat badan saya walaupun saya telah meningkatkan kekerapannya?

Lalu saya membuat kajian tentang kesan senaman dalam mengurangkan berat badan secara khas dan memberi kesihatan secara amnya. Selepas banyak membaca dari sumber Internet dan buku serta menghadiri forum, senimar dan latihan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam aktivi senaman yang selalu dilaksanakan itu. Sebaliknya saya melakukan kesalahan kerana tidak mengawal makanan.

Teringat kata-kata Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew menjawab pertanyaan seorang wartawan wanita negara itu tahun lalu. Wartawan itu menyoal apa rahsia kesihatan beliau. Lee menjadi dengan ringkas: "Eat less, burn more."

Itulah juga rumusan kajian saya, kena kawal makanan di samping terus bersenam.

Dua minggu lepas pakar pemakanan kesihatan Amerika Syarikat, Dr. Luigi Gratton dalam seminar di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur menyebut di antara lainnya perkara yang sama. Beliau yang juga merupakan penasihat pemakanan kepada pusukan bola sepak LA Galaxy dan David Beckham itu berkata, bersenam satu jam hanya menggunakan 480 kalori sahaja daripada beribu-ribu kalori yang kita perolehi daripada makakan dan minuman yang kita ambil setiap hari. Jika kita teruskan bersenam selama tujuh hari, kita hanya mampu membakar lemak sebanyak satu paun.

Itu sahaja yang senaman dapat melakukannya. Padanlah berat badan saya tidak berubah walaupun kuat bersenaman kerana tidak kawal makanan. Sebagai wartawan, kami kerap makan kerana jika keluar mencari berita atau ada tugasan, mesti bertemu dengan hidangan demi hidangan. Bukan dua tiga kali tetapi boleh jadi lima enam kali atau lebih.

Selepas mengkaji dan yakin dengan hasil yang dikumpul, maka saya pun mengubah cara hidup saya. Tidak cukup dengan senaman saja, tetapi perlu kawal makanan juga. Dari sini muncul idea untuk mencari makanan kesihatan selain daripada yang disedia di rumah. Selepas beberapa lama berulang alik ke faramasi mencari makanan kesihatan yang ada dalam pasaran dan mencuba beberapa jenamanya, akhir berjumpa dengan produk makanan kesihatan yang dianggap lengkap dengan macam-macam unsur makanan yang diperlukan oleh badan, iaitu Herbalife. Tetapi bukan jumpa di farmasi. Sebaliknya di Internet.

Herbalife tidak dijual di farmasi kerana ia produk jualan langsung yang boleh dibeli terus daripada syarikat tanpa pengantara. Selepas berjumpa dengan Herbalife di Internet, saya kemudian mendapat penjelasan lebih lanjut melalui chat, daripada seorang penyelianya.

Kini saya dan keluarga saya menjadi pengguna tetap Herbalife. Herbalife menjadi pilihan berbanding produk-produk lain kerana salah satu produk terpentingnya, F1 merupakan replacement food. Sedangkan produk-produk lain walaupun baik juga untu kesihatan, tetapi ia hanya makanan tambahan (supplement food) sahaja. Replacement food adalah makanan gantian dalam erti kata jika kita menggunakannya tidak menggunakan makanan lain.

Hasil penggunaan Herbalife amat mengejutkan kerana tanpa bersenaman saya dapat mengurangkan berat badan sebanyak lima kilogram di bulan pertama. Bulan kedua pula saya dapat mengurangkan enam kilogram lagi. Seterusnya kini selepas empat bulan saya dapat kurangkan 14 kilogram.

Bersambung dalam catatan akan datangan.

Ulasan