BEBAS YANG TIDAK BEBAS

Bersiaran di Radio Palestin, Jercho (Ariha) Palestin pada tahun 1996.

Bukan manusia saja sukakan kebebasan, tetapi semua makhluk di dunia pun begitu juga. Tetapi ini bukan bererti bila seorang itu bebas, dia boleh melakukan segala perkara ikut suka hati. Bebas itu sendiri sebenarnya tidak bebas. Kerana bebas dalam erti kata yang mutlak tidak wujud di dunia ini. Cuma bila bekerja dengan orang atau majikan, bebas yang tidak mutlak itu menjadi lebih tidak mutlak.

Saya kini mula berdikari dan 1 Mac lalu tamatlah perkhidmatan saya dengan AL ISLAM dan Utusan. Bagaimanapun, syarikat saya, Evolusi Eramasa Sdn. Bhd. yang kini menerbit laman web www.tematajdid.com mula beroperasi sejak 4 Januari lalu.

Saya di Evolusi Eramas Sdn. Bhd atau Tema Tajdid Dot Com bebas melakukan kerja-kerja yang dibenarkan undang-undang dan ajaran agama. Maksudnya saya ada kebebasan yang meluas dan tidak lagi dihalangi kerenah bodoh orang majikan kerana saya sendiri majikan.

Saya mempunyai banyak rancangan pembangunan pemikiran yang akan dilakukan. Selepas melancarkan laman web Tema Tajdid Dot Com dalam bahasa Melayu, akan dilancarkan pula laman web Tema Tajdid Dot Com versi internasional diberi nama Reform Themes Dot Com. Kemudian akan muncul beberapa rancangan pembangunan pemikiran yang lain.

Ulasan