Al-Quran Kitab Hidayah, Bukan Kitab Undang-Undang

 Al-Quran Kitab Hidayah, Bukan Kitab Undang-Undang


Dalam al-Quran terdapat hukum, tetapi ia bukan kitab hukum. Dalam al-Quran juga terdapat undang-undang, tetapi ia bukan kitab undang-undang. Malah dalam al-Quran terdapat pelbagai unsur, maklumat dan pengetahuan tentang sains, matermaik, falak, geografi, sejarah, kisah, pemikiran, falsafah dan lain-lain, tetapi ia tetap bukan boleh dianggap kitab semua perkara itu.
Bekas Syeikh al-Azhar (28 Oktober 1928 - 10 Mac 2010) dalam kitab tafsir al-Wasit berkata:
حكمة مزج المسائل والموضوعات في القرآن من حيث هو مثاني تتلى دائما للاهتداء بها ، لا كتابا فنياً ولا قانونا يتخذ لأجل مراجعه كل مسألة من كل طائفة من المعاني في باب معين
“…Hikmah menggabungkan masalah-masalah dan tajuk-tajuk dalam Al-Qur'an kerana ia mathani yang selalu dibaca untuk mendapat petunjuk. Ia bukan buku teknikal atau buku undang-undang yang diguna untuk merujuk setiap masalah daripada setiap kumpulan makna dalam bahagian tertentu..”
(Tafsir al-Wasit juz 1 muka surat 1347)


Reformis Arab Muslim terkenal Syeikh Muhammad Rashid Rida (23 September 1865 atau 18 Oktober 1865 – 22 Ogos 1935) mempunyai pemahahaman yang serupa dengan Syed Tantawi berbubung al-Quran sebagai panawar dan rahmat kepada orang mukmin itu (al-Isra’ 82) bukan sama dengan buku undang-undang. Syeikh Rashid Rida berkata dalam kitab tafsirnya, Tasifr al-Manar:
"لأن القرآن ليس قانونا ولا كتابا فنيا فيذكر المسألة مرة واحدة يرجع إليها حافظها عند إرادة العمل بها ، وإنما هو كتاب هداية ومثاني يتلى لأجل الاعتبار والاستبصار تارة في الصلاة ، وتارة في غير الصلاة ، وإنما ترجى الهداية والعبرة بإيراد المعاني التي يراد إيداعها في النفوس في كل سياق يوجه النفوس إليها أو بعدها ويهيئها لقبولها ، وإنما يتم ذلك بتكرار المقاصد الأساسية من تلك المعاني ، ولا يمكن أن تتمكن دعوة عامة في النفوس إلا بالتكرار"
“ …. Kerana Al-Quran itu bukanlah undang-undang ataupun buku teknikal, maka diingati masalah sekali sahaja oleh penjaganya untuk dirujuk dengan tujuan untuk melaksanakanya. Sebaliknya al-Quran adalah buku petunjuk dan mathani yang dibacakan demi mengambil pengajaran dan kewastikaan kadang-kadang dalam sembahyang dan kadang kala di luar sembahyang. Bertujuan untuk mendapatkan petunjuk dan pengajaran dengan memberikan pemaknaan-pemaknaan untuk disimpan dalam sanubari dalam semua konteks yang mengarahkan sanubari itu atau selepas terdapat persiapan untuk menerimanya. Semua akan terlaksana bila matlamat-matlamat asas pemaknaan-pemaknaan tersebut. Dan tidak bisa terlahir seruan umum dalam sanubari kecuali dengan berulan-ulang (membaca ayat-ayat al-Quran yang dipanggil mathani itu)



Ini bererti al-Quran itu menurut Syed Tantawi dan Rashid Rida perlu dibaca berulang-ulangan setiap masa untuk mendapatkan petunjuk hidayah dan pengajaran yang berterusan. Ia tidak sama dengan buku teknikal dan buku undang-udang yang hanya perlu dirujuk dan dibaca ketika kita mahu mengetahui atau mahu melaksana dan menyelesaikan sesuatu masalah.
Ambil contoh bila berlaku kes yang perlu kepada tindakan dan prosidur undang-undang, kita akan kepada buku undang-undang atau kepada pakar undang-undang. Bagaimanapun, bila kes tamat dan dapat diselsaikan, maka keperluan kita untuk merujuk kepada buku atau pakar undang-undang kurang perlu. Malah dianggap sangat menjemukan untuk membaca dan mentelaah buku undang-undang.
Sebaliknya al-Quran sebagai mathani tidak begitu. Membaca dan mendengar al-Quran walaupun tidak faham maksudnya, tetapi ada tarikan spiritual yang luar biasa, menyejuk hati dan mentenangkan jiwa.

Bagaimanapun, jika faham maksud al-Quran dengan baik dan sempurna necaya petuntuk hikmah dan pengajaran itulah yang akan perolehinya.
Dengan itu unsur, maklumat dan pengetahuan undang-undang, sains, matermaik, falak, geografi, sejarah, cerita, kisah, pemikiran, falsafah dan lain-lain yang terkandung di dalam al-Quran itu tidak penting, tetapi yang penting adalah petunjuk hidayah dan pengajarannya.

Perbincangan sangat panjang dan perlu dihurai dalam sebuah buku.

-49:24

Ulasan