BABI HARAM MAKAN DAGING, BADANNYA TIDAK NAJIS




Cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menyelaraskan pengasingan troli dan kaunter bagi produk halal dan tidak halal di semua pasar raya di seluruh negara tidak betul dan menyusahkan orang ramai. Malah boleh menyebabkan masyarakat bukan muslim mermandang serong terhadap Islam.

Islam tidak menyusahkan sehingga ke tahap perku muat pengasingan troli dan kaunter untuk barangan halal dan haram begitu. Semakin susah hidup masyarak mahmuk nampaknya. Nanti ada fatwa kena samak troli halal kerana tersilap diguna bukan muslim untuk memuat babi dan arak walaupun babi dalam bungkusan dan arak dalam boleh. Justeru kena samak dengan tanah macam samak restoran di Ikia beberapa tahun lalu atas alasan tersilap menjual sousage ada bahan babi...

Nak buat pun buatlah kerana ajaran sempit agama memang digemari masyarakat muslim Malaysia..........


Tidak ada hukum dalam al-Quran dan hadis mengatakan babi najis berat atau mughallah. Sebaliknya al-Quran hanya memperuntukan hukum daging babi haram dimakan sahaja. Bagaimanapun, anjing pula dianggap najis berat atau mughallazah pada air liurnya seperti disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w. Sedangkan ulama berbeza pandangan tentang tentang kenajisan badan dan bulunya.

Imam Syaf’i menganggap seluruh tubuh anjing najis. Babi diqias dengan anjing dalam mazhab Syafi’i. Jadi bila anjing dianggap haram, maka babi pun jadi haram.

Dasar pengharaman dalam al-Quran dan hadis adalah jelas, iaitu pengecualian kerana amat sedikit yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, sama ada makanan mahupun penggunaan.
Justeru yang nampak jadi banyak haram di keliling kita, sama ada makanan mahupun perkara-perkara lain adalah diijtihad dan dibuat oleh para ulama mutaakhirin (kebelakangan) dan bukan ulama mutaqadimun seperti ulama mazhab empat. Akibatnya agama Islam kelihatan jadi susah dan sukar untuk dilaksana dalam kehidupan harian pada zaman ini. Ini kerana ulama mutakhkhirin tidak membezakan antara hukum halal dan haram yang ditetap Allah dan disampaikan Rasul-Nya degan hukum yang mereka ijtihad dan buat sendiri. Padahal ulama terdahulu termasuk ulama empat tidak memanggil hukum halal dan haram yang mereka ijtihad masing-masing sebagai halal dan haram, tetapi memanggilnya harus dan makruh.

Tentang hukum anjing dirujuk kepada pandangan Ibn Taimiyyah. Dia berkata:

أَمَّا الْكَلْبُ ، فَلِلْعُلَمَاءِ فِيهِ ثَلاثَةُ أَقْوَالٍ مَعْرُوفَةٍ :
أَحَدُهَا : أَنَّهُ نَجِسٌ كُلُّهُ حَتَّى شَعْرهُ ، كَقَوْلِ الشَّافِعِيِّ وَأَحْمَد فِي إحْدَى الرِّوَايَتَيْنِ عَنْهُ

Adapun anjing, terdapat tiga pandangan terkenal di kalangan para ulama.
Salah satunya berkata, anjin itu semuannya najis sehingga ke bulunya juga seperti kata Ima Syafi’I dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam salah satu riwayatnya.
 .
وَالثَّانِي : أَنَّهُ طَاهِرٌ حَتَّى رِيقُهُ ، كَقَوْلِ مَالِكٍ فِي الْمَشْهُورِ عَنْهُ

Kedua, anjin itu suci sehingga air liurya pun seperti kata Imam Malik dalam pendapatnya yang termasyhur.

َالثَّالِثُ : أَنَّ رِيقَهُ نَجِسٌ ، وَأَنَّ شَعْرَهُ طَاهِرٌ ، وَهَذَا مَذْهَبُ أَبِي حَنِيفَةَ الْمَشْهُورُ عَنْهُ ، وَهَذِهِ هِيَ الرِّوَايَةُ الْمَنْصُورَةُ عِنْدَ أَكْثَرِ أَصْحَابِهِ ، وَهُوَ الرِّوَايَةُ الأُخْرَى عَنْ أَحْمَد ، وَهَذَا أَرْجَحُ الأَقْوَالِ . فَإِذَا أَصَابَ الثَّوْبَ أَوْ الْبَدَنَ رُطُوبَةُ شَعْرِهِ لَمْ يَنْجُسْ بِذَلِكَ



Ketiga, air liur anjing sahaja yang najis, sedangkan bulu suci. Ini adalah mazhab Abu Hanipah… Inilah riwayah yang diberi sokongan di kalangan kebanyakan ulama dalam mazhabnya. Ia juga merupakan satu lagi riwayat dalam mazhab Imam Ahmad bin Hanbal. (Mazhab Iman Ahmad ada dua pandangan dalam hal ini). Ini pandangan yang paling kuat (kata Ibu Taimiyyah). Maka jika terkena pakaian atau badan kita akan bulu anjing yang lembab, tidak najis.
 .
وقال : وَالْقَوْلُ الرَّاجِحُ هُوَ طَهَارَةُ الشُّعُورِ كُلِّهَا : شَعْرُ الْكَلْبِ وَالْخِنْزِيرِ وَغَيْرُهُمَا بِخِلافِ الرِّيقِ ، وَعَلَى هَذَا فَإِذَا كَانَ شَعْرُ الْكَلْبِ رَطْبًا وَأَصَابَ ثَوْبَ الإِنْسَانِ فَلا شَيْءَ عَلَيْهِ ، كَمَا هُوَ مَذْهَبُ جُمْهُورِ الْفُقَهَاءِ : كَأَبِي حَنِيفَةَ وَمَالِكٍ وَأَحْمَد فِي إحْدَى الرِّوَايَتَيْنِ عَنْهُ ، وَذَلِكَ لأَنَّ الأَصْلَ فِي الأَعْيَانِ الطَّهَارَةُ ، فَلا يَجُوزُ تَنْجِيسُ شَيْءٍ وَلا تَحْرِيمُهُ إلاّ بِدَلِيلِ ...
وَإِذَا كَانَ كَذَلِكَ فَالنَّبِيُّ صَلَّىاللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : طَهُورُ إنَاءِ أَحَدِكُمْ إذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعًا أُولاهُنَّ بِالتُّرَابِ ، وَفِي الْحَدِيثِ الآخَر : إذَا وَلَغَ الْكَلْبُ . فَأَحَادِيثُهُ كُلُّهَا لَيْسَ فِيهَا إلاَّ ذِكْرُ الْوُلُوغِ ، لَمْ يَذْكُرْ سَائِرَ الأَجْزَاءِ ، فَتَنْجِيسُهَا إنَّمَا هُوَ بِالْقِيَاسِ .



Dan seterusnya dia berkata (Ibn Taimiyyah), pandangan yang kuat adalah semua bulu (binatang) adalah suci. Bulu anjing, bulu babi dan lain-lain. Berbeza dengan air liur. Dengan itu jika bulu anjing lembab terkena pada pakaian seseorang, tak ada apa-apa sebagai dipegang dalam mazhab kebanyakan ulama fiqah. Ini disebab asal suatu benda itu suci dan tidak patut dianggap najis atau haram kecuali dengan dalil.
Demikian itu juga Nabi s.a.w. bersabda: Bersih bekas (minuman dan makanan) seorang daripada kamu jika dijilat anjing dan dibasuh tujuh kali dan pertamanya dengan tanah.
Dalam habis lain disebut (إذَا وَلَغَ الْكَلْبُ ) dan bukan disebut (إذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ ). Semua hadis tidak menyebut kecuali tentang jilat dan tidak menyebut seluruh badan anjing, maka yang menganggap seluruh tubuh anjing itu najis adalah qias (ijtihad para ulama tertentu yang tidak muktamad).

Babi haram dimakan gading, tetapi badan tidak najis

Imam Malik menganggap babi tidak najis kecuali jika mati menjadi bangkai barulah jadi najis seperti semua binatang lain yang mati menjai bangkai.

قال النووي : ليس لنا أي الشافعية دليل على نجاسة الخنزير، بل مقتضى المذهب طهارته كالأسد والذئب والفأر، ونقل ابن المنذر الإجماع على نجاسة الخنزير لكن دعوى الإجماع فيها نظر؛ لأن مالكا يخالف فيه ويقول بطهارته. نخلص من هذا إلى أن الخنزير يحرم أكله، أما طهارته فالجمهور على أنه نجس، والبعض قال إنه طاهر كالحمار والذئب يحرم أكلهما ومع ذلك طاهران .

Imam an-Nawawi berkata:
Bukan pada kami, iaitu dalam Mazhab Syafi’I ada suatu dalil pun menunjukkan kenajisan babi. Malah  mengikut mazhab kami ia (babi) suci seperti singa, serigala dan tikus. Dinukil daripada Ibn al-Munzir bahawa berlaku ijmak (konsensus) tentang kenajisan babi, tetapi dakwaan ijmak itu tidak muktamad kerana Imak Maliki berbeza dan dia menganggap babi suci. Dengan itu kita dapat merumuskan bahawa babi diharam makan dagingnya. Sedangkan tentang kesuciannya, kebanyakan ulama mengangapnya najis dan sesetengah ulama menganggapnya suci seperti keldai dan serigala diharam memakannya, tetapi ia suci.

Hukum makan dalam bekas babi

Harus makan dalam pinggan dan mangkuk yang digunakan untuk menghidang masakan daging babi selepas dibasuh dengan air.

وروى أبو داود بسند صحيح والبيهقي في السنن الكبرى عن أبي ثعلبة الخُشَني: (إنا نُجاوِر أهل الكتاب وهم يطبخون في قدورهم الخنزير ويشربون في آنيتهم الخمر! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إن وجدتم غيرها فكلوا فيها واشربوا وإن لم تجدوا غيرها فارْحضُوها بالماء وكلوا واشربوا). وأصله في الصحيحين

Abu Daud meriwayatkan dengan sandaran yang sahih dan al-Baihaqi pula meriwayatkan dalam as-Sunan al-Kubra daripada Tha’labah al-Khusyani katanya: Kami berjiran dengan Ahlil Kitab dan mereka memasakkan daging babi dalam periuk belanga mereka dan memimum arak dalam mangkuk mereka. Maka Rasulullah s.a.w. berkata: Jika kamu boleh dapat (bekas makanan dan minuman) yang lain, maka makan dan minumlah kamu. Dan jika tidak boleh dapat (bekas makanan dan minumunan) yang lain, maka basuhkannya dengan air dan makan dan minumlah kamu.”


Asal  hadis ini berada dalam dua kitab Sahih, iaitu Sahid al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Kan indah agama Islam yang asli kepunyaan Allah. Ia mudah lagi senang dilaksanakan untuk semua zaman dan tempat. Ia amat tidak sama dengan agama Islam kepunyaan para ulama yang tidak mahu membeza antara hukum Allah yang muktamad dengan hukum ijtihad mereka yang tidak muktamad.

Wallahu’alam.

Ulasan