Pandangan Orang Thai Mula Berubah Terhadap Anwar Ibrahim Selepas Wikileaks


Akhbar-akhbar Thailand pun turut menyiarkan berita pendedahan WikiLeaks mengenai isu liwat bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai yang minta penjelasan saya mengenai perkara ini terutama orang politik dan orang media.

Apa yang dapat saya nyatakan di sini bahawa jika dulu mereka itu tidak percaya atau kurang percaya atau ragu bahawa Anwar Ibrahim bahawa mungkin terlibat dalam perbuatan liwat itu, tetapi kini
mereka percaya.

Ini kerana sumber maklumat Wikileaks pada mereka adalah berwibawa walaupun perkara itu tidak betul seratus peratus. Bagaimanapun, maklumat yang didedah Wikileaks ini menjadi lebih kuat untuk diyakini pada mereka kerana dikaitan pula dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang pernah memberitahu  agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) sewaktu mereka bertukar-tukar pandangan bahawa beliau percaya Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat.

Semua orang tahu bahawa Lee Kuan Yew sukar memmbuat kenyataan itu untuk menyokong kerajaan Malaysia atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana sejak Singapura disingkirkan
daripada Malaysia lagi, Lee Kuan Yew tidak berhenti daripada mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menyakit dan memushi Malaysia serta pemimpinnya terutama Tun Mahathir Mohamad. Cubalah baca buku-buku, kenyataan-kenyataan, wawancara-wawancana dan ucapan-ucapan Lee Kuan Yew untuk mengetahui pandangan beliau sarcastik dan meletehkan Malaysia dan para pemimpinnya itu.

Malah menilai dari segi perjuangan, Lee Kuan Yew pasti memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu, memberi kuasa autonomi kepada Sabah dan
Serawak dan lain-lain.

Saya kurang pasti apa pandangan orang yang selama ini masih menyokong Anwar Ibrahim, tetapi  mungkin ada perubahan juga selepas pendedahan yang dibuat Wikileaks. Sebelum ini pun sokongan orang awam terhadap Anwar Ibrahim pun semakin berkurangan jika melihat pada jumlah mereka yang hadir di mahmakah. Begitu juga jika perhatikan tajuk-tajuk perbincangan dalam Internet.

Akhbar-akhbar Arab  pun turut menyiarkan berita yang sama. Cuma saya belum membaca reaksi cerdik pandai di sana. Bagaimanapun, sudah menjadi trend orang Arab termasuk golongan cerdik pandai mereka untuk lebih mempercayai Wikileaks daripada semua media Barat dan Barat,

Ulasan

krupkraps berkata…
Bagaimana pula pandangan mereka terhadap Najib selepas pendedahan yg sama oleh Wikileaks?
yat berkata…
krupkraps,

wikileaks x cakap 'confirm' najib buat, cuma najib dia cakap terpaksa bedepan dengan 'dakwaan' sahaja, tapi anwar 'conform', dua benda yg berbeza