Politik suku agama suku (politik suku dan agama suku) sudah lama menjadi istilah politik di Malaysia. Ia berasal daripada bahasa tempatan di negeri Pantai Timur yang dipopularkan oleh Pas terutama melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas beliau membuat kenyataan menghukum orang UMNO sebagai kafir. Kenyataan penghukuman Abdul Hadi itu dikenali sebagai Amanat Haji Hadi. Ia merupakan petikan ceramah beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 dan dijadikan amanat oleh Pas.
Politik suku agama dan suku tidak salah dari segi hukum Islam kerana Allah membeza dan mengasingkan antara hukum agama dan hukum dunia. Hukum agama seperti akidah dan ibadat yang telah ditetap Allah adalah merupakan thawabit atau penetapan yang sifat putus dan muktamad. Manakala hukum dunia dibiarkan menjadi konsep dan dasar umum diserahkan kepada kita untuk berijtihad berdasarkan kemampuan dan kebijaksanaan masing-masing tepat dengan perubahan zaman dan perbezaan tempat.
Rasulullah s.a.w. juga membeza dan mengasingkan hukum agama dan hukum dunia. Baginda hanya menuntut umat merujuk kepada baginda dalam urusan agama. Sedangkan urusan dunia, baginda menyerahkan kepada mereka untuk berusaha dan berijtihad sendri kerana mereka lebih mengetahui urusan dunia mereka.
Bagaimanapun, ramai terpedaya dengan kata-kata Islam tidak mengasingkan agama daripada dunia yang menjadi standard kepada politik suku dan agama suku itu. Justeru politik suku dan agama suku sebagai salah oleh kebanyakan orang termasuk juga orang UMNO dan kerajaan sendiri.
Kerana pandangan sedemikian sudah menjadi tanggapan umum yang jarang ada cerdik pandai agama dan ulama yang berani membincang dan mempertikaikannya, maka ia dilihat sebagai benar. Dengan itu tidak hairan jika ulama dan pemimpin politik UMNO dan kerajaan - kerana yakin atau kerana mengikut arus tidak dapat dipastikan - mencanangkan kata-kata Islam tidak mengasingkan agama daripada dunia dalam tulisan dan ucapan mereka.
BUKTI TIDAK SALAH
Untuk mengetahui betul atau tidak bahawa anggapan politik suku dan agama itu salah, sebenarnya memadai dengan menilai perubahan silap Abdul Hadi terhadap UMNO dan kerajaan. Beliau kini bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO yang dihukumnya kafir dulu. Apakah erti ini? Semua mengetahui jawapannya, bukan?
Kenyataan penghukuman terhadap UMNO itu dikeluarkan Abdul Hadi pada zaman muda ketika beliau dikenali sebagai young turc yang sudah tentu darahnya berkobar-kobar kerana baru saja merintis jalan dalam politik Pas dan nasional. Beliau tidak saja agresif dengan UMNO, tetapi agresif juga dengan Pas ketika itu dengan melakukan usaha untuk mengubah wajah dan haluan parti itu dari berciri Melayu kepada ciri Islam mirip pergerakan-pergerakan agama di tanah Arab.
Tetapi kini selepas berusia dan matang serta melihat kepentingan Melayu tergugat (di sini mungkin secara tidak disedari beliau bertindak sebagai nasionalis yang dianggap haram itu), beliau kembali menerima untuk bekerjasama dengan UMNO yang mengamal dasar politik suku dan agama suku. Jika benar UMNO kafir kerana melaksanakan dasar itu, maka sudah tentu beliau akan terus menolak UMNO.
PENGASINGAN YANG NEGATIF
Jika merujuk kepada sejarah Islam, kita boleh mendapati bahawa politik suku dan agama suku berlaku dalam banyak peringkat dalam perkembangan politik umat Muslim. Sebagai contoh ia turut muncul ekoran kejatuhan kerajaan Islam pertama di dunia, iaitu kerajaan Khulafa Rasyidun di Madinah dan terbentuknya kerajaan Umaiyah di Damsyik.
Ada di kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan banyak konflik dan perang sesama Muslim pada zaman sahabat rasa tidak puas hati dan kecewa dengan politik. Suasana hiruk-pikuk ini menghasilkan pengasingan agama dari dunia secara negatif dan tidak baik.
Di antara konflik dan perang yang ketara pada zaman sahabat menyebabkan umat Muslim pecah belah dengan teruk dan runtuh kerajaan Islam tertama di Madinah dan seterusnya menyebabkan lahir pelbagai puak politik yang kemudian berubah menjadi mazhab.
Di antara konflik dan perang besar yang menjadi perpecahan agama yang kekal sehingga ke hari ini ialah:
1- Perang Unta antara tentera Khalifah Ali bin Abu Talib (jadi khalifah 656) dengan pengikut Aishah binti Abu Bakr, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah (mereka berdua terkorban). Angka pejuang yang terkorban dari kedua-dua belah pihak menurut pelbagai sumber di antara beberapa ribu kepada puluhan ribu.
2- Perang Siffin membabitkan penentangan Muawiah bin Abu Sufian terhadap Khalifah Ali bin Abu Talib. Ramai sahabat dari puak Muhajirin dan puak Anwar terbunuh dalam peperangan ini termasuk Ammar ibn Yasir. Angka kematian pun amat besar dan berbeza dari satu sumber ke satu sumber yang lain.
3- Perang Nahrawan ini muncul selepas pengikut Khalifah Ali bin Abu Talib seramai 4000 meninggalkannya kerana tidak puas hati dengan dasar pengadilan dengan Muawiah yang didakwa tidak berdasarkan hukum Allah. Mereka telah membentuk kumpulan sendiri yang kemudian dikenali sebagai Khawarij. Khawarij diambil daripada tindakan mereka meninggal atau keluar dari kesetiaan kepada Khalifat Ali bin Abu Talib.
Pengalaman perang yang banyak membunuh para sahabat ini serta pengalaman banyak perang pada zaman kerajaan Umawiah di Damsyik dan kerajaan Abbasiah di Baghdad menyebabkan ramai ulama mengasingkan diri dari politik dan menyebabkan terbentuk dua aliran besar mazhab agama, iaitu Sunnah dan Syiah. Dalam Sunnah muncul banyak mazhab, tetapi yang kekal hanya empat, iaitu mazhab Maliki, Hambali, Syafii dan Hanafi. Dalam Syiah berlaku perkara yang sama.
Pengasingan agama daripada dunia termasuk politik dalam bentuk yang negatif dan tidak baik telah dilakukan oleh ulama-ulama mazhab dan ulama-ulama sezaman dengan mereka kerana mereka menolak untuk terlibat dalam kerajaan atau mengasingkan diri daripadanya.
Ini bermaksud pemisahan agama daripada dunia dalam bentuk negatif dan tidak baik itu bukan bermula dengan renaissance dan revolusi Perancis yang melahirkan negara-negara sekular seperti didakwa ramai di kalangan kita kini, tetapi bermula dengan ulama-ulama mutaqaddimin atau terawal lagi berdasarkan sebab-sebab yang telah disebutkan di atas.
Ulama-ulama terawal itu berijtihad secara berasingan dengan kerajaan dan menghasilkan hukum yang kurang menepati realiti masyarakat dalam negara Islam pada zaman itu.
Dengan itu tidak hairan jika ramai ulama mutaqaddimin membincangkan tentang fiqah ibadat (fiqhul `ibadah) secara panjang lebar dan dicatatkan perbincangan mereka dalam berjilid-jilid kitab. Tetapi mereka tidak melakukan perkara yang sama terhadap politik (fiqhus siasah) dan ilmu-ilmu dunia lain yang boleh dipanggil fiqah tamadun (fiqhul hadarah), fiqah kehidupan (fiqhul hayah) secara keseluruhannya. Fiqah mereka itu dipanggil fiqah naql atau fiqah pindah dan fiqah kopi. Ia bukan fiqah akal atau fiqah penyelidikan.
Sebagai contoh, ada ulama-ulama yang mengarang kitab secara baql atau pindah mengkopi dan menyalin kata-kata daripada pelbagai sumber sebanyak 20 jilid hanya untuk membincangkan mengenai ibadat sembahyang saja. Malah ada yang membincang tentang basmalah dan hamdalah saja berjilid-jilid. Basmalah dan adalah bismillahirrahmanirrahim dan alhamdulillah.
Sesetengan ulama terdahulu yang mengkritik ulama golongan ini memanggil karya mereka sebagai fiqah kertas.
Fiqah atau ajaran agama yang menjadi produk para ulama yang mengasingkan diri daripada kerajaan atau politik inilah yang sampai kepada kita pada hari ini.
Justeru kita memberi pengertian amal (al-'amal) yang disebut dalam al-Quran dan hadis sebagai mengerjakan ibadat semata-mata. Padahal amal dalam al-Quran dan hadis adalah kerja dan pelaksanaan yang tidak bersifat khusus kepada ibadat. Ia sebaliknya lebih merupakan kerja dan pelaksanaan termasuk mengenai pentadbiran dan pembangunan yang erti yang sangat luas.
Inilah yang menjadi antara punca yang menyebabkan kebanyakan ulama semua negara Islam termasuk Malaysia bermentaliti fiqah tidak menepati pengertian asal fiqah lebih suka menggunakan pendekatan ibadat daripada pendekatan ilmu.
Kerana pada mereka maksud fiqah di sini ialah bukan fiqah asal yang bermaksud kefahaman yang boleh berbeza pandangan mengenainya, tetapi fiqah jumud (fiqhul jumud) yang dijadikan sebagai hukum-hakam yang tidak boleh berbeza pandangan mengenainya seolah-olah ia merupakan hukum yang dimuktamadkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
LEBIH TERRUK PENGASINGAN NEGATIF TARIKAT SUFI
Selepas ulama mutaqaddimin muncul pula banyak pengasingan agama daripada dunia atau politik lain yang lebih berbahaya, iaitu seperti dilakukan oleh banyak tarikat sufi. Dalam kebanyakan tarikat sufi bersebambangan dengan jelas ciri-ciri pengasingan agama daripada dunia dan politik dalam pegangan dan amalan pengikutnya. Mereka secara tidak adil dan melulu membuat tafsiran dan huraian terhadap nas-nas ala-Quran dan hadis yang mencela dunia secara tidak betul. Berdasarkan tafsiran dan huraian yang tidak betul itu, mereka mengajak orang ramai beramal ibadat sahaja dan tidak mengajak beramal dalam erit kata bekerja, mencari rezeki dan membangun diri, keluarga, masyarakat dan negara. Mereka secara tidak langsung mengajak orang ramai menjadi pasif tentang usaha, kerja dan pembangunan.
Hakikatnya bila al-Quran mencela dunia, ia membandingkan dengan akhirat seperti disebut dalam ayat ini:
“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” (ar-Ra’d: 26)
Al-Quran mencela kesombongan manusia dengan habuan yang diperolehi menyebabkan mereka hidup seperti haiwan, iaitu hidup untuk makan minum dan berseronok sahaja. Allah berfirman:
“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala keppadamu dan Dia tidak akan memint harta-hartamu.” (Muhammad: 36)
Al-Quran mencela dunia kerana manusia menjadikannya sebagai matlamat hidup. Allah menjelaskan:
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, “
Dalam ketiga-tiga ayat di atas membuktikan juga bahawa Allah membeza dan mengasingkan antara dunia (hidup dunia yang fana) dan agama/akhirat (hidup yang kekal abadi).
Dalam beberapa hadis pula Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya membangunkan bumi ini walaupun di ambang kiamat.
PENGASINGAN POSITIF RASULULLAH
Dalam pengajian hadis, kita dituntut supaya membeza antara hadis yang menceritakan tentang percakapan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai keadaan, sama ada ketika memberi penjelasan tentang hukum Allah mahupun ketika memberi pejelasan tidak berkait dengan hukum Allah, memberi nasihat, berseloroh dan sebagainya.
Ulama dahulu dan sekarang berkata hadis Nabi terbahagi kepada dua. 1- Hadis yang terkeluar daripada Nabi sebagai utusan Allah. Dalam keadaan segeni baginda menyampaikan wahyu dan melaksanakannya. 2- Hadis yang terkeluar daripada Nabi sebagai pemimpin umat Muslim dan negara Islam. Dalam keadaan sebegini pula baginda mungkin melaksanakan tugas politik, sosial dan sebagainya perlu berusaha dan berijtihad dengan teliti tepat keperluan zaman, tempat dan keadaan.
Kedua-dua berbeza dari segi hukum. Yang pertama (1) bermaksud wajib diikuti dan yang kedua (2) bermaksud boleh dinilai dan tidak patut melaksanakannya secara literal atau harfiah kerana keperluan zaman, tempat dan keadaan berbeza.
Begitu juga ulama dahulu dan sekarang berkata kerana Nabi bertindak dalam bermacam-macam keadaan dan kedudukan sebagai sebagai nabi, pemimpin negara, penglima perang, hakim, guru, orang biasa, suami dan sebagainya, maka kita pula tidak boleh melaksana dan meneladani hadis ucapan dan perbuatan ketika baginda memberi arahanan bersifat kepemerintahan dan ketika baginda memberi arahan kenteraan sebagai penglima perang kerana kita orang awam.
Ini sudah tentu merupakan pengasingan yang lebih luas antara agama dan bidang-bidang tugas termasuk politik.
Justeru kenapa kita menjadi maslah dengan politik suku dan agama suku?
Itu kata Allah, hadis, pengajian hadis dan ulama. Bagaimanapun, semua ini tidak mendapat perhatian ramai ulama pada zaman ini terutama mereka yang berada dalam pergerakan politik. Lantas mereka berhujah secara selektif dan memilih sesuatu nas atau hukum secara berasingan dan mengeluarkan pendapat dan pendirian secara selektif dan berasingan juga. Sebagai contoh bila mereka bila tidak bersetuju dengan mana-mana pakaian orang bukan Muslim, mereka akan berhujah dengan hadis umum yang bermaksud sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan. Sedangkan bila mereka bersetuju dengan pakaian orang bukan Muslim yang lain seperti baju kot yang dipakai ramai ulama kini, mereka akan berhujah dengan hadis lain yang menceritakan bahawa Nabi juga pernah memakai pakaian Yahudi dan Kristian yang dihadiah kepada baginda.
Sebenarnya Rasulullah s.a.w. melakukan pengasingan dalam hal-hal pembahagian kerja dan tugas. Bagind bersabda:
“Jika ada sesuatu daripada urusan dunia kamu, maka kamu lebih tahu tentangnya dan jika ada sesuatu daripada urusan agama kamu, maka rujuklah kepada saya.” (Jami’ as-Sahid: 767)
Saya pernah terbaca beberapa rencana dihasilkan oleh beberapa orang cerdik pandai dan ulama zaman ini termasuk Dr. Mohamed Amarah menganggap yang disebut dalam hadis di atas dan hadis-hadis lain yang membincang tentang pengasingan antara agama dan dunia itu adalah pembezaan (tamyiiz/التمييز). Tetapi hasilnya, iaitu pengasingan dan pembezaan sama-sama menghasilkan tindakan meletakkan urusan agama di sebelah atau sesuatu tempat dan meletakkan urusan dunia, politik dan pelbagai bidang kerja di sebelah atau tempat yang lain.
LEBIH JELAS
Ramai ulama dahulu yang membeza dan mengasingkan agama daripada politik. Al-Mawardi dalam kitab Adab ad-Din Wa ad-Dunya membezakan antara adab syariat dan adab politik. Pada dia adab politik adalah pembanguan bumi. (- الماوردي: أدب الدنيا والدين، ص 114، بيروت 1979)
Abu Bakr at-Tartusy membeza antara hukum dan politik (al-ahkaam wa as-siasaat). Dia berkata bahawa hukum adalah berkaitan dengan halal dan haram, jual beli, kahwin dan talak, sewa dan lain-lain. Sedangkan politik adalah iltizam dengan hukum-hukum berkenaan, pengurusan perang, menjaga keselamatan, menjaga harta dan lain-lain. (الطرطوشي: سراج الملوك، ص 50/51. رياض الرايس 1990.)
Ibn al-Haddah dalam kitab Jauhar an-Nafiis fi Siasat ar-Rasis berkata politik ada dua. Politik agama dan politik dunia. Politik agama adalah mengenai fardhu-fardhu agama seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya dan politik dunia adalah mengenai semua pekerjaan manusia yang membawa kepada pembangunan bumi.
)ابن الحداد: الجوهر النفيس في سياسة الرئيس. ص61/62. تحقيق رضوان السيد. بيروت 1983.(
Akhir sekali dapat dirumuskan bahawa politik suku dan agama atau dengan kata lain pengasingan agama daripada tidak salah pada asalnya berdasarkan nas-nas daripada al-Quran, hadis dan ulama di atas. Bagaimanapun, dikecualikan jika dianggap tidak baik dan negatif seperti dilakukan oleh sesetengah ulama silam dan tarirat sufi seperti telah diterangkan di atas.

اللّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقَدِرُ وَفَرِحُواْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ مَتَاعٌ
Al-Quran mencela kesombongan manusia dengan habuan yang diperolehi menyebabkan mereka hidup seperti haiwan, iaitu hidup untuk makan minum dan berseronok sahaja. Allah berfirman:
“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala keppadamu dan Dia tidak akan memint harta-hartamu.” (Muhammad: 36)
إِنَّمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
Al-Quran mencela dunia kerana manusia menjadikannya sebagai matlamat hidup. Allah menjelaskan:
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, “
إَنَّ الَّذِينَ لاَ يَرْجُونَ لِقَاءنَا وَرَضُواْ بِالْحَياةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّواْ بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ آيَاتِنَا غَافِلُونَ
Dalam ketiga-tiga ayat di atas membuktikan juga bahawa Allah membeza dan mengasingkan antara dunia (hidup dunia yang fana) dan agama/akhirat (hidup yang kekal abadi).
Dalam beberapa hadis pula Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya membangunkan bumi ini walaupun di ambang kiamat.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, katanya Rasulullah s.a.w.: “Jika datang kiamat dan pada tangan salah seorang daripada kamu terdapat benih kurma, jika mampu kiamat tidak akan berlaku sehingga ditanam benih kurma itu, maka tanamlah benih kurma tersebut.”
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " إن قامت الساعة وفي يد أحدكم فسيلة ( وهي النخلة الصغيرة أو الودية ) فإن استطاع أن لا تقوم حتى يغرسها فليغرسها " رواه أحمد والبخاري في الأدب المفرد
Dalam pengajian hadis, kita dituntut supaya membeza antara hadis yang menceritakan tentang percakapan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai keadaan, sama ada ketika memberi penjelasan tentang hukum Allah mahupun ketika memberi pejelasan tidak berkait dengan hukum Allah, memberi nasihat, berseloroh dan sebagainya.
Ulama dahulu dan sekarang berkata hadis Nabi terbahagi kepada dua. 1- Hadis yang terkeluar daripada Nabi sebagai utusan Allah. Dalam keadaan segeni baginda menyampaikan wahyu dan melaksanakannya. 2- Hadis yang terkeluar daripada Nabi sebagai pemimpin umat Muslim dan negara Islam. Dalam keadaan sebegini pula baginda mungkin melaksanakan tugas politik, sosial dan sebagainya perlu berusaha dan berijtihad dengan teliti tepat keperluan zaman, tempat dan keadaan.
Kedua-dua berbeza dari segi hukum. Yang pertama (1) bermaksud wajib diikuti dan yang kedua (2) bermaksud boleh dinilai dan tidak patut melaksanakannya secara literal atau harfiah kerana keperluan zaman, tempat dan keadaan berbeza.
Begitu juga ulama dahulu dan sekarang berkata kerana Nabi bertindak dalam bermacam-macam keadaan dan kedudukan sebagai sebagai nabi, pemimpin negara, penglima perang, hakim, guru, orang biasa, suami dan sebagainya, maka kita pula tidak boleh melaksana dan meneladani hadis ucapan dan perbuatan ketika baginda memberi arahanan bersifat kepemerintahan dan ketika baginda memberi arahan kenteraan sebagai penglima perang kerana kita orang awam.
Ini sudah tentu merupakan pengasingan yang lebih luas antara agama dan bidang-bidang tugas termasuk politik.
Justeru kenapa kita menjadi maslah dengan politik suku dan agama suku?
Itu kata Allah, hadis, pengajian hadis dan ulama. Bagaimanapun, semua ini tidak mendapat perhatian ramai ulama pada zaman ini terutama mereka yang berada dalam pergerakan politik. Lantas mereka berhujah secara selektif dan memilih sesuatu nas atau hukum secara berasingan dan mengeluarkan pendapat dan pendirian secara selektif dan berasingan juga. Sebagai contoh bila mereka bila tidak bersetuju dengan mana-mana pakaian orang bukan Muslim, mereka akan berhujah dengan hadis umum yang bermaksud sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan. Sedangkan bila mereka bersetuju dengan pakaian orang bukan Muslim yang lain seperti baju kot yang dipakai ramai ulama kini, mereka akan berhujah dengan hadis lain yang menceritakan bahawa Nabi juga pernah memakai pakaian Yahudi dan Kristian yang dihadiah kepada baginda.
Sebenarnya Rasulullah s.a.w. melakukan pengasingan dalam hal-hal pembahagian kerja dan tugas. Bagind bersabda:
“Jika ada sesuatu daripada urusan dunia kamu, maka kamu lebih tahu tentangnya dan jika ada sesuatu daripada urusan agama kamu, maka rujuklah kepada saya.” (Jami’ as-Sahid: 767)
إذا كان شيء من أمر دنياكم فأنتم أعلم به
و إذا كان شيء من أمر دينكم فإلي
Saya pernah terbaca beberapa rencana dihasilkan oleh beberapa orang cerdik pandai dan ulama zaman ini termasuk Dr. Mohamed Amarah menganggap yang disebut dalam hadis di atas dan hadis-hadis lain yang membincang tentang pengasingan antara agama dan dunia itu adalah pembezaan (tamyiiz/التمييز). Tetapi hasilnya, iaitu pengasingan dan pembezaan sama-sama menghasilkan tindakan meletakkan urusan agama di sebelah atau sesuatu tempat dan meletakkan urusan dunia, politik dan pelbagai bidang kerja di sebelah atau tempat yang lain.
LEBIH JELAS
Ramai ulama dahulu yang membeza dan mengasingkan agama daripada politik. Al-Mawardi dalam kitab Adab ad-Din Wa ad-Dunya membezakan antara adab syariat dan adab politik. Pada dia adab politik adalah pembanguan bumi. (- الماوردي: أدب الدنيا والدين، ص 114، بيروت 1979)
Abu Bakr at-Tartusy membeza antara hukum dan politik (al-ahkaam wa as-siasaat). Dia berkata bahawa hukum adalah berkaitan dengan halal dan haram, jual beli, kahwin dan talak, sewa dan lain-lain. Sedangkan politik adalah iltizam dengan hukum-hukum berkenaan, pengurusan perang, menjaga keselamatan, menjaga harta dan lain-lain. (الطرطوشي: سراج الملوك، ص 50/51. رياض الرايس 1990.)
Ibn al-Haddah dalam kitab Jauhar an-Nafiis fi Siasat ar-Rasis berkata politik ada dua. Politik agama dan politik dunia. Politik agama adalah mengenai fardhu-fardhu agama seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya dan politik dunia adalah mengenai semua pekerjaan manusia yang membawa kepada pembangunan bumi.
)ابن الحداد: الجوهر النفيس في سياسة الرئيس. ص61/62. تحقيق رضوان السيد. بيروت 1983.(
Akhir sekali dapat dirumuskan bahawa politik suku dan agama atau dengan kata lain pengasingan agama daripada tidak salah pada asalnya berdasarkan nas-nas daripada al-Quran, hadis dan ulama di atas. Bagaimanapun, dikecualikan jika dianggap tidak baik dan negatif seperti dilakukan oleh sesetengah ulama silam dan tarirat sufi seperti telah diterangkan di atas.
Ulasan
Mereka yang tersalah faham bahawa Hadis adalah wahyu tidak dapat menerima hakikat bahawa ia adalah zhanni, yang dikumpulkan dan dibukukan secara rasmi kira-kira 250-300 tahun selepas kewafatan Nabi. Apa yang boleh dikategorikan sebagai wahyu secara pasti adalah ayat-ayat Quran yang dicatat semasa beliau masih hidup. Maka dalam menjayakan dan menjelaskan prinsip-prinsip Quran, Nabi berijtihad, kecuali jika kaedah pelaksanaan dan penjelasan itu telah diwahyukan oleh Allah pada masa itu, sebagai sebahagian daripada Quran. Ijtihad sebegini bukan sahaja berlaku dalam perkara-perkara agama, tetapi juga dalam soal-soal keduniaan. Maknanya, jika dalam soal keagamaan pun ada ketikanya memerlukan ijtihad, maka apatah lagi dalam perkara duniawi. Dengan lain perkataan, pemisahan (secara positif) di antara dunia dan agama adalah sesuatu yang harus berlaku dan munasabah.
Malangnya sebahagian besar umat Islam diseret dan ditanam dalam pemikiran mereka dengan kepercayaan bahawa pemisahan agama-dunia ini adalah bercanggah dengan ajaran Quran sama sekali. Ali Abdul Raziq adalah contoh seorang tokoh yang menjadi objek kutukan mereka semata-mata kerana idea pemisahan positif ini. Ditambah lagi dengan pemecatannya sebagai ulama Al-Azhar selepas menerapkan pandangan ini di dalam bukunya Al-Islam Wa Ushulul Hukm (Islam dan dasar-dasar pemerintahan).
Semua itu benar. Banyak sebenarnya yang perlu kita memberi penjelasan secara lebih ilmiah mengenai pelbagai isu agama yang ditimbul pelbagai pihak kini.
1.Terbaru SYIRIK pula oleh Datuk Nik Aziz...
2.Saya terkadang terfikir untuk tidak peduli lagi apa yang dituduh terhadap UMNO.
3.Tinggalkan mereka ini dan kita teruskan meneroka ILMU ALLAH yang MAHA LUAS ini untuk kemajuan POLITIK-EKONOMI-SOSIAL.
Penjelasan ilmiah yang mendalam dan teliti itu patut sekali dibuat. Apatah lagi dengan adanya peluang-peluang yang baik pada ketika ini, untuk mengibarkan panji-panji kebebasan intelektual.
Kepada ahli-ahli PAS yang terkejut dengan tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mungkin secara tidak disedarinya bertindak sebagai nasionalis yang dianggap haram itu, bolehlah merujuk tulisan-tulisan di bawah ini. Bahawasanya faham nasionalisme itu harus.
Nasionalisme
Menjawab tuduhan terhadap nasionalisme
Perkara 153 & nasionalisme Melayu
Wassalam.
Terima kasih. Memang Internet adala tempat yang bagus untuk kita ketengahkan perbincangan ilmiah.
Saya akan terus main peranan ini sampai tidak mampu menulis. Walaupun ada kerja-kerja peribadi yang dilakukan setiap hari, tetapi saya tetap menulis juga.
Kini saya cuba menyiarkan tulisan saya web-web yang lain. Bagaimanapun, tulisan saya di sini juga turut diambil oleh pihak lain untuk dimuat dalam web-web mereka.
Golongan tarikat sufi adalah mereka yang terpengaruh dengan aliran falsafah mistisisme, yang melihat kebendaan dan dunia ini sebagai tidak lebih daripada bayang-bayang saja. Bagi mereka, dunia ini tidak wujud – kewujudannya adalah palsu semata. Aliran ini menafikan peranan manusia dalam menakluk dan memerintah segala benda kejadian dalam alam ini.
وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مِّنۡهُۚ
Dan Dia menundukkan untuk kamu sekalian apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai ketentuan) daripadaNya. (45:13)
Mereka gagal memahami hakikat diri sendiri sebagai khalifah (wakil) Tuhan untuk memakmurkan alam buana ini.
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬ۖ
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Bahawasanya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” (2:30)
Betapa punahnya kehidupan sesebuah kaum tarikat sufi (dan mereka yang terpengaruh dengan kaum ini), kerana pengabaian terhadap tanggungjawab kekhalifahan bererti membiarkan diri hidup dalam kemunduran dan kemelaratan. Mereka tidak layak membangunkan mana-mana tamadun sekalipun. Mustahil sesebuah tamadun terbina di atas kemunduran dan kemelaratan manusia, yang menjadi unsur terpenting di dalamnya. Maka kaum tarikat sufi beserta pengikut-pengikutnya sekali adalah golongan yang tewas sebelum berjuang. Inilah dia akibat pemisahan negatif agama-dunia, sebagai tambahan kepada apa yang ditulis oleh saudara Astora.
Wassalam.
Ya syirik dan juga sekular. Sekular adalah label yang diberi kepada 40 ulama mudah yang masuk UMNO baru. Asri terlepas daripada label kerana dia tidak masuk UMNO.
Nik Aziz boleh kata apa saja kerana pengikut dan ramai orang lain jika tidak setuju pun, mereka tidak berani kata apa.
Sufi pun ada yang positif dan negatif juga. Kita jangan jadi macam puak Salafi pengkafiran yang bila mereka melihat sufi, mereka hukum terus.
Bagaimanapun, lebih banyak negatif daripada positif dalam tarikat jika mengukur orang-orang yang terlibat di kalangan kita.
Yang positif dan yang negatif itu ada dalam mana-mana kumpulan, termasuklah puak salafi. Sebab saya tidak fikir semua salafi menjatuhkan penghukuman kafir kepada orang-orang Islam yang tidak berpandangan seperti mereka.
Saya sendiri ada mengamalkan sebahagian daripada ajaran tarikat. Tetapi saya tidak perlu gusar dengan kritikan terhadap golongan tarikat sufi, selagi mana saya tidak melakukan perkara-perkara negatif yang dibangkitkan dalam kritikan itu.
Rasulullah s.a.w. juga membeza dan mengasingkan hukum agama dan hukum dunia. Baginda hanya menuntut umat merujuk kepada baginda dalam urusan agama. Sedangkan urusan dunia, baginda menyerahkan kepada mereka untuk berusaha dan berijtihad sendri kerana mereka lebih mengetahui urusan dunia mereka.
Adakah kata2 Astora itu benar ataupun bohong.???
Mengikut sejarah, Rasullullah wujudkan ekonomi tanpa riba dan perhambaan.Apakah ekonomi itu agama atau duniawi.???
Rasullullah juga telah adakan satu Revolusi/perguligan pemerintah yang thagut. Adakah itu agama ataupun duniawi.???
Sebenarnya Rasullullah tidak bezakan mana satu agama dan duniawi. Cuma hadis sahaja yang bohongkan perkara yang sebenarnya.
Akibat dari mengguna hadis Astora telah jadi pembohong.
Sila baca rencana "Bohong Sunat = Lahwal Hadis" di....
http://warongpakyeh.blogspot.com
Korupsi agama berlaku pada setiap agama luar Islam dan dalam Islam.
Buktinya adalah Kristian Trinity dan Islam Lahwal Hadis(rujuk AlQuran 31:6).
Karl Maex pernah berkata bahawa "agama adalah opium rakyat".
Beliu bercakap benar kerana agamawan cuma pentingkan akhhirat dan tinggalkan dunia.
Inilah dilema semua penganut agama termasuk Islam. Tambah pula bial Agamawan telah di di gajikan oleh orang politik,
Waima ada reformasi dalam agama seperti berikut
1)Kristianity kultus the moonies ataupun the Unification Church pimpinan Sun myang Moon berbentok unity agama politik Monarchy dan ekonomi.
2) Tariqat Al Murabitu pimpinan Sheikh Abdal Kadir as sufi satukan agama politik dan ekonomi wang emas.
Maka pesepsi Astora "POLITIK SUKU AGAMA SUKU HARUS","separation of religion and politik" adalah benar dalam konteks pemerintah Muslim Monarchy dan secular sahaja.
ASWJ di tafsirkan sebagai alat pemerintah Muslim monarchy dan sekular.
Pemerintahan Rasullalah di definasikan sebagai Theocracy.
Semua kultus dan jemaah sufi di definasikan sebagai theocracy...cuma nelaimereka berbeza dari segi other worldly/akhirat dan this worldly plus other worldly/dunia dan akhirat.
Itu pandangan saudara. Walaupun kita perlu menghormati pandangan masing-masing dan saudara berhak berpegang dengan pandangan itu, tetapi saya tidak dapat terima.
Sekular dan sekulisme tidak haram. Keran bermaksud dunia dan keduniaan. Cuma sekular dan sekularasme boleh jadi haram bila melampau.
Kita tidak boleh ikut rentak orang politik termasuk mereka yang dalam pergerakan agama kerana mereka memberi tafsiran dan hurain berdasarkan kepentingan politik.
Dalam peringkat mencari kemerdekaaan dulu orang politik berpendidikan Barat dan orang berpolitik berpendidikan agama tidak berbalah dan berkonflik.
Tetapi bila mendapat kemerdekaaan, kebanyakan tampuk keperintahan dipegang oleh puak berpendidikan Barat seperti di Malaysia, Tunisia dan lain-lain kerana mendapat sokongan penjajah atau kerana golongan agama tidak bijak dalam politik atau kerana sebab-sebab lain. Ekoran itu muncul penciptaan fahaman sekular dan agama sebagai memulakan berbalahan dan konflik politik baru antara puak berkuasa yang berpendidikan Barat dan puak yang tidak berpeluang mendapat kuasa yang berpendidikan agama.
Perbalahan dan konflik ini memunculkan banyak pegerakan agama sebagai pembangkang dalam parlimen dan di luar parlimen dan bawah tanah.
Muncul di Malaysia adalah kerana sebab itu.
Haji Hadi pada saya bukan mudah untuk terlepas daripada dosa mengkafirkan orang Muslim melalui amanatnya walaupun berhujah membawa macam-macam pandangan cuba mahu menyedab pandangan amanat beliau itu. Ini kerana ramai yang terkena amanat Haji Hadi telah meninggal dunia. Harap Allah mengampun Haji Hadi.