BUKTI PENGKAFIRAN SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB TERHADAP ULAMA

Selain menghukum sesiapa yang tidak mengkafirkan orang bukan Muslim, dia menjadi kafir seperti saya terang dalam tulisan terdahulu, kini dibawa pula beberapa bukti menunjukkan bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ramai ulama Ahlu Sunah pada zamanya dan pada zaman sebelumnya, sama ada secara penentuan atau khusus mahupun secara bukan penentuan atau umum. Dia juga menghukum masyarakat di wilayahnya, al-Aridh lebih kesyirikan daripada masyarakat Jahiliah sebelum kedatangan Islam. Al-Aridh adalah sebuah kawasan bersejarah yang mencakupi Najd.

BUKTI PENGKAFIRAN PENENTUAN
Terdapat banyak bukti menunjukkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan orang Muslim dengan menentuan siapa mereka.
Berikut adalah beberapa teks berupa kenyataan penghukuman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhbab dikutip dan dinukil terus daripada kitab-kitabnya (مؤلفات الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب/Muallafaat Asy-Syeikh al-Imaam Muhammad bin Abdul Wahhab) yang diterbit oleh Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh, Arab Saudi.

Disengajakan di sini tidak mengutip dan menukil dari kitab-kitab lain kerana mahu yang asli dan tidak mengandungi sebarang olahan dan pandangan orang dan pihak lain yang membuat bermacam-macam tafsiran, takwilan dan rumusan. Dengan cara ini bisa memberi keyakinan paling maksima dan jika mahu keyakinan yang lebih tinggi lagi terutama bagi mereka yang menguasai bahasa Arab sila layari pautan di blog saya, http://astorajabat.blogspot.com// di mana terdapat teks asal semua kitab Syeikh Muhamamd bin Abdul Wahhab di situ atau klik di sini. Mungkin pada masa akan datang saya akan mengalih bahasa beberapa bahagian kitab Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab terutama kumpulan surat nya yang diutuskan kepada para ulama sezaman dengannya. Dalam kumpulan surat peribadinya ini mengandungi banyak sekali hukum mengkafirkan ulama dan masyarakat.

Bukti 1:
Dalam surat yang dikirim kepada Ahmad in Abdul Karim daripada al-Hasa, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab berkata:

بل العبارة صريحة واضحة في تكفير مثل ابن فيروز وصالح بن عبد الله وأمثالهما كفراً ظاهراً ينقل عن الملة

“Malah kenyataan yang terang dan jelas dalam kekufuran seperti Ibn Fairuz, Salih bin Abdullah dan orang-orang seperti mereka berdua adalah merupakan kafir yang nyata keluar dari agama….”
Tidakkah ini jelas sekali Syeikh Muhammad bin Addul Wahhab mengkafirkan Muhammad bin Fairuz dan Salih bin Abdullah. Untuk menghalusi lebih lagi tentang pengkafiran Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini, para pembaca boleh membaca teks penuh suratnya kepada Ahmad Abdul Karim dalam lampiran ke ….. Saya menyediakan teks asal dalam bahasa Arab serta terjemahannya sekali gus.

Bukti 2:
Dalam surat kepada seorang ulama sezaman yang lain, iaitu Sulaiman bin Suhaim, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab secara lebih tegas berkata:

نذكر لك أنك أنت وأباك مصرحون بالكفر والشرك والنفاق … أنت وأبوك مجتهدان في عداوة هذا الدين ليلاً ونهاراً
أنك رجل معاند ضال على علم مختار الكفر على الإسلام


“Kami menyebut kepada kamu bahawa kamu dan bapa kamu adalah orang yang mengaku menjadi kafir, syirik dan munafik… Kamu dan bapa kamu bersunghuh-sungguh dalam memerangi agama ini (Islam) malam dan siang. … Kamu orang degil and sesat serta dengan sedar memilih kekufuran daripada Islam.”
Teks ini sudah tentu lebih jelas lagi.

Bukti 3:
Dalam surat yang sama Syeikh Muhammad Abdul Wahhab berkata selanjutanya:

ثم بعد ذلك طحت على ابن غنام وغيره، وتبرأت من ملة إبراهيم،

“Kemudian kamu terlibat dengan dengan Ibn Ghannam dan lain-lain. Dan kamu telah membersih diri kamu daripada agama Nabi Ibrahim a.s.”

Bukti 4:

Dalam surat yang sama selanjutanya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab berhujah dengan seorang ulama dan dia menganggil ulama tersebut sebagai musyrik. Dia berkata:

وما ذكرته لي أيها المشرك من القرآن أو كلام النبي -صلى الله عليه وسلم- لا أعرف معناه، ولكن أقطع أن كلام الله لا يتناقض، وأن كلام النبي -صلى الله عليه وسلم- لا يخالف كلام الله عز وجل،


“Dan apa yang kamu sebut pada ku wahai musyirik daripada al-Quran atau sabda Nabi s.a.w. yang aku tidak tahu maknanya. Tetapi aku pasti bahawa kalam Allah tidak bercanggah dan kata Nabi s.a.w. tidak menyalahi kalam Allah Azza Wa Jalla”.

Bukti 5:
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab juga mengkafir Umar bin al-Husin Fakhruddin al-Razi. Dia berkata:

وأبلغ من ذلك أن منهم من صنف في الردة كما صنف الفخر الرازي في عبادة الكواكب, وهذه ردة عن الإسلام باتفاق المسلمين

“Dan lebih jelas lagi di kalangan mereka ada yang mengarang tentang murtad seperti al-Fakhru ar-Razi mengarang mengenai ibadat planet-planet. Ini adalah murtad dari Islam dengan konsensus ulama..”
Perlu diterang bahawa yang di dimaksudkan semua nama orang yang dikafir dan disyirik oleh Syeikh Muhamamd di atas bukan bomoh, pawang dan orang awam yang jahil, tetapi mereka adalah ulama mazhab Hanbali yang terkenal pada lebih 250 tahun lalu.

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab memusuhi mereka itu kenana dia tidak bersetuju dengan mereka dan mendakwa menyeleweng, sesat, syirik dan kafir berdasarkan pendekatan penghukumannya seperti sunnah dan bid’ah, tidak menetapi tauhid rubuibiyyah, tauhid uluhiyyah dan tuhid asma’ dan sifat dan sebagainya. Di sebalik itu juga ada kepentingan politik dan ekonomi kerana semua mereka akur dengan kerajaan Mekah yang diperintah oleh keturunan Nabi s.a.w. yang di bawah mandat Empayar Othamaniah Turki. Manakala Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan Muhammad bin Saud memberontak terhadap kerajaan Mekah dan Empayar Othmaniah.

BUKTI PENGKAFIRAN BUKAN PENENTUAN

Bukti 1:

Dalam surat yang diutus kepada kepada Abdullah bin Isa dan anaknya serta Abdullah bin Abdul Rahman, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menjelaskan bahawa guru mereka tidak dapat membezakan antara agama Nabi Muhammad s.a.w. dengan agama Amr bin Luhai al-Khuza’i. Amr merupakan pemuka agama Mekah yang didakwa merupakan orang yang mengubah ajaran tauhid Nabi Ibrahim a.s. yang dipegang penduduk kota suci itu menjadi pemujaan berhala. Syeikh Abdul Wahhab berkata:

وأنتم ومشايخكم ومشايخهم لم يفهموه ولم يميزوا بين دين محمد صلى الله عليه وسلم ودين عمرو بن لحى الذي
وضعه للعرب بل دين عمرو عندهم دين صحيح

“Dan kamu dan syeikh-syeikh kamu dan syeikh-syeikh mereka tidak memahaminya dan tidak dapat membeza antara agama Muhammad s.a.w. dan agama Amr bin Luhai yang dicipta untuk orang Arab. Malah agama Amr pada mereka adalah agama benar…”


Bukti 2:
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menganggap wajib memerangi dan membunuh Syiah kerana mereka kafir.
كلهم يشهدون أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، ويدعون الإسلام، ويصلون الجمعة والجماعة فلما أظهروا مخالفة الشريعة في أشياء دون ما نحن فيه، أجمع العلماء على كفرهم وقتالهم، وأن بلادهم بلاد حرب، وغزاهم المسلمون حتى استنقذوا ما بأيديهم من بلدان المسلمين.


“Semua mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad Rasulullah –s.a.w.- mendakwa Islam, bersembahyang Jumaat dan jemaah. Tetapi bila menzahirkan, mereka menyalahi syariat dalam banyak perkara tidak seperti mana yang ada pada kita. Para ulama berijmak tentang kekufuran dan perlu dibunuh mereka. Negara-negara mereka adalah negara harbi (perang) dan perlu orang Muslim mencerobohnya untuk menyelemat negara-negara orang Muslim itu daripada tangan mereka.”

Bukti 3:
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab juga menganggap kesyirikan orang Muslim pada zamannya lebih berat daripada kesyirikan orang Arab pada zaman Jahiliah. Dia berkata:
“Maka ketahuilah bahawa kesyirikan orang terdahulu adalah lebih ringan dari kesyirikan penduduk zaman kita.”

فاعلم أن شرك الأولين أخف من شرك أهل زماننا

Bukti 4:
Malah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menganggap ulama sezaman dengannya sebagai ulama musyrik. Mereka tidak perlu ditakuti kerana seorang awam di kalangan pengikutnya mampu mengalah seribu ulama seperti itu. Cuma dia bimbang orang awam itu tidak ada senjata untuk berperang. Dia juga turut berhujah dengan ayat al-Quran secara tidak betul untuk menggambarkan hukumnya itu benar. Dia berkata:
والعامي من الموحدين يغلب ألفاً من علماء هؤلاء المشركين كما قال تعالى (( إن جندنا لهم الغالبون )) فجند الله هم الغالبون بالحجة واللسان، كما أنهم الغالبون بالسيف والسنان وإنما الخوف على الموحد الذي يسلك الطريق وليس معه سلاح،

“Seorang awam daripada puak Muwahhidun boleh mengalah seribu ulama golongan musyrik itu seperti firman Allah: ((Dan sesungguhnya tentara Kami itulah yang pasti menang)). Maka tentera Allah menang dengan hujah dan lidah sebagaimana mereka menang dengan pedang dan tombak. Ada pun apa ditakuti terhadap orang muwahhid itu ialah dia mengambil jalan (untuk melakukan tugas) tetapi tiada sejata bersamanya.”


Bukti 5:
Syeikh Muhamamd bin Abdul Wahhab menganggap juga bahawa kaum musyrik yang diperangi Rasulullah s.a.w. adalah lebih baik akal dan lebih ringan kesyirikan daripada ulama sezaman dengannya. Dia berkata:

إذا تحققت أن الذين قاتلهم رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أصح عقولاً وأخف شركاً من هؤلاء


“Jika kamu menyedari bahawa mereka yang diperangi Rasululullah s.a.w. adalah lebih baik akal dan lebih ringan kesyirikan daripada mereka itu.”


JAHIL DAN TIDAK TAHU MENGUCAP
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mendakwa dulu dia dan orang pada zamannya jahil dan tidak mengetahui apa itu Lailahaillallah dan agama Islam, tetapi selepas belajar, dia mengetahui. Dia menganggap menjadi pertama sekali yang membawa ilmu tauhid itu ke dalam masyarakatnya. Dia berkata:

وأنا أخبركم عن نفسي والله الذي لا إله إلا هو لقد طلبت العلم واعتقد من عرفني أن لي معرفة وأنا ذلك الوقت لا أعرف معنى لا إله إلا الله، ولا أعرف دين الإسلام قبل هذا الخير الذي من الله به. وكذلك مشايخي ما منهم رجل عرف ذلك، فمن زعم من علماء العارض أنه عرف معنى لا إله إلا الله أو عرف معنى الإسلام قبل هذا الوقت أو زعم عن مشايخه أن أحداً عرف ذلك فقد كذب وافترى ولبس على الناس ومدح نفسه بما ليس فيه


“Dan saya ingin memberitahu kamu tentang diri saya. Demi Allah Yang Tiada Melainkan Dia bahawa saya telah menuntut ilmu dan saya percaya mereka yang mengenali saya menganggap saya ada ilmu. Tetapi saya pada waktu itu tidak tahu pun makna Lailahaillallah dan saya juga tidak mengetahui agama Islam sebelum kebaikan yang dikuriakan Allah. Demikian juga guru-guru saya, tiada seorang pun yang mengetahui perkara itu. Dengan itu sesiapa yang mendakwa ulama-ulama al-Aridh mengetahui makna Lailahaillallah atau mengetahui makna Islam sebelum zaman itu atau mendakwa berdasarkan guru-gurunya bahawa ada orang yang mengetahui demikian adalah berbohong dan berdusta dan memuji diri sendiri dengan tidak sepatutnya.”


Tidak masuk akal dakwaan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini. Bagaimana boleh jadi ulama pada zaman tidak mengetahui mengucap dua kalimah syahadah dan Islam ?

Ulasan

Kerikil berkata…
Saudara,

Takjub saya membaca tulisan-tulisan berkenaan pendiri mazhab Wahhabi, Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab ini. Terutama sekali oleh alim ulama yang menyanjung dan memuji-muji beliau;

“Berterusanlah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab menyeru kepada akidah yang bersih dan menyinar. Dengan tauhid, beliau menentang syirik, dengan ilmu beliau menentang khurafat”
- Abdullah bin Abdul Muhsin al-Turki, Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim [1]

Apakah akidah yang bersih, yakni tauhid yang terpelihara daripada syirik dan khurafat memberi kuasa kepada orang-orang yang beriktikad dengannya untuk menjatuhkan hukuman syirik kepada orang Islam yang lain?

"Bagi Imam Muhammad bin Abdul Wahhab di Semenanjung Tanah Arab, perkara akidah adalah menjadi keutamaannya dalam memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mengotori pancaran tauhid, dan dari dikotori kesuciannya (tauhid). Beliau telah mengarang kitab-kitab dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit memikul bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik."
-Dr Yusuf al-Qaradawi [2]

Adakah patut mengkafirkan orang Islam semata-mata dengan alasan untuk membenteng tauhid daripada dikotorcemari?

"..... bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah, membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada pegangan salafus soleh, ialah dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab pada abad yang ke-12 hijriah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dikotori dengan pelbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin Abdul Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan islah yang dinantikan, yang menzahirkan timbangan akidah yang bersih .....”
-Dr Wahbah al-Zuhaili [3]

Haruskah penghukuman syirik, murtad dan kafir itu dijatuhkan ke atas orang Islam atas nama tajdid untuk memurnikan akidah?

Bagi puak yang merasakan bahawa pandangan mereka sahaja yang benar, maka haruslah bagi mereka untuk menjatuhkan hukuman-hukuman itu, persis Tuhan. Seolah-olah dunia diwarnai dengan hitam dan putih saja.

[1] Mujmal I’tiqad Aimmah al-Salaf, m.s. 105, Beirut: Muasasah al-Risalah.
[2] Fiqhul Aulawiyyah, m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah.
[3] Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58.
Astora Jabat berkata…
Salam Krikil,

Yang pertama itu adalah orang dia, jadi pasti buat begitu kerana dia makan gaji dengan mereka.

Kedua dan ketiga, kerana tidak mahu bermasalah dengan Arab Saudi serta melihat perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam konteks zamannya. Walllahu'alam.

Terdapat beberapa ulama dan pemikir Islam Mesir yang paling lantang menulis bercakap secara benar tentang Wahhbi. Kerana mereka bebas dan tidak makan gaji dengan kerajaan Mesir pun.

1- Al-Marhum Syeikh Muhammad al-Ghazali, ulama Mesir sangat terkenal. Dia yang mencipta istilah fiqah badwi (الفقه البدوي). Bagaimanapun, kerajaan Saudi pandai menangani masalah, iaitu dengan mendapingi Syeikh Muhammad Ghazali. Dia selalu dijemput ke Saudi, diberi pingat dan hadiah serta disiar pula tulisan-tulisannya di akhbar-akhbar Saudi terutama al-Sharq al-Awsar. Akhirnya Syeikh Muhammad Ghazali menjadi lembut dan tidak lagi mengkritik Wahhabi dalam tulisan dan bukunya. Bagaimanapun, buku-buku Syeikh Ghazali diharam masuk ke Saudi.

2- Dr. Mohamed Emara, ulama Mesir yang aktif menghasil buku dan dia jauh lebih bagus daripada ramai ulama Mesir dalam karyanya. Banyak mengkritik tentang Salafi Wahhabi ini. Salah sebuah buku barunya menjadi kecoh di seluruh dunia kerana mengkritik salafi, sufi dan Syiah. Nama bukunya Fitnah at-Takfir Baina asy-Syi'ah Wa al-Wahhabiyyah Wa as-Sufiyyah (فتنة التكفير بين الشيعة والوهابية والصوفية ) yang dicetak oleh Kementerian Wakaf Mesir terpaksa ditarik balik dari pasaran. Saya baru dapat buku itu minggu ini. Ia cukup menarik, tetapi dia menulis secara umum sahaja dan tidak membawa banyak bukti pengkafiran ketiga-tiga puak itu.

3- Fahwi Huweidi, penulis dan pemikir Mesir yang masih menulis jauh dari pengaruh wang Saudi. Sekurang-kurangnya lebih daripada 7 akhbar Arab di tujuh negara menyiarkan rencana beliau setiap Selasa.

Saya juga banyak memiliki buku beliau. Saya ada lebih 50 buku punya Dr. Emara. Begitu juga semua buku penting Syeikh Muhamamd Ghazali dan Dr. Yusuf al-Qaradawi.