Gambar Tunjuk Perasaan Bangkok 17 Mei Agar Jadi Pengajaran

Tunjuk perasaan kumpulan Baju Merah yang bermula secara damai berubah menjadi pertempuran dan perang di mana-mana kedua-dua belah pihak mengguna senjata. Ia perlu menjadi pengajaran dan iktibar kepada rakyat Malaysia dan mana-mana negara. Keadaan seolah-olah perang saudara ini berlaku kerana kedua-dua pihak, iaitu kerajaan dan pembangkang hanya memikirkan kepentingan politik masing-masing. Pada hal jalan keluar ada, iaitu rundingan.

Sekarang Perdana Menteri Ashisit Vejjachiva pasti kecundang dan kemungkinan besar ke keluar negara meskipun tentera dapat menumpaskan Baju Merah. Dengan itu kepentingan di sini bukan kepentingan beliau lagi, tetapi kepentingan Parti Demokrat (DP) dan parti-parti komponen kerajaan yang lain serta tentera.

Kerajaan kini seolah-olah memerintah Thailand dan semua kenyataan berhubung usaha membanteras penunjuk perasaan dan perusuh Baju Merah dilakukan oleh personaliti tentera dalam dua tiga hari ini. Sedangkan Abhisit dan timbalannya menghilang diri entah ke mana.

Pertempuran masih berlaku hari ini. Biasa waktu pagi sunyi dan selepas tengah hari baru ada aktiviti kumpulan Baju Merah sehingga lewat malam. Pertempuran dan tembak menembak biasanya berlaku waktu petang dan malam.

Di bawah beberapa gambar kejadian semalam (17 Mei 2010).




\
Semoga semua dapat mengambil pengajaran dan iktibar.

Ulasan