KESEDERHANAAN DI MALAYSIA: KERAJAAN YES, PEMBANGKANG NO.

Lama tidak menulis selepas balik menetap di kampung di Thailand. Selain sibuk menjaga orang tua yang uzur dan politik tempatan, kekacauan yang melanda tempat penulis berupa letupan bom, serangan dan pembunuhan harian yang kini memasuki tahun kelapan menyebabkan penulis hilang tumpuan. Kekacauan itu walaupun di luar sana melihat dilakukan oleh puak pejuang, tetapi sebenarnya banyak pelaku dan faktor yang menyebabkan kawasan majoriti Melayu-Muslim ini  terbakar berpanjangan melebihi mana-mana kekacauan pada masa lalu.

 Bagaimanapun,  ketika berpeluang menghadiri Persidangan Gerakan Kesederhaan Global (GMM) selama tiga hari di Kuala Lumpur pada 17-19 Januari lalu dan sempat bersua dengan ramai kenalan di kalangan ahli akademik, ahli politik dan menteri, mereka selain bertanya khabar turut menuntut penulis menulis semula. Maka  dengan itu penulis pun turut teransang dan menyediakan tulisan ini ketika mengikuti persidangan.

Kederhanaan  biasanya dikaitaan dengan cara hidup, bukan saja dituntut dalam Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain agama, tetapi juga dituntut dalam sains, politik, agama dan sebagainya. Dalam sains sebagai contoh kerana kesederhanaan tidak dipilih menjadi cara hidup ramai orang menyebabkan masyarakat berpenyakit dan mati bukan kerana dilanda penyakit yang berpunca daripada kuman merebak dan wabak seperti yang biasa berlaku pada abad-abad silam. Sebaliknya masyarakat  berpenyakit dan mati kerana menghidapi penyakit yang berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak berkualiti serta tidak bersukan. Dalam politik pula kesederhanaan terhakis dan kabur kerana banyak pihak di merata dunia hanya mementingkang kuasa dan mahu menjadi pemerintah dengan apa cara jua yang boleh digunakan termasuk secara tidak sah seperti tunjuk perasaan dan rampas kuasa seperti yang berlaku di negara penulis.

Dalam agama lebih teruk lagi kerana kesederhanan menjadi lumpuh dan hampir mati di banyak negara Islam kerana konflik Arab-Israel yang mencetus bermacam-macam bentuk keganasan dan peperangan atas nama kaum dan agama berdekad-dekad lalu tidak dapat diatasi, kebangkitan agama yang diletus oleh revolusi Islam di Iran pada tahun 1979 dan perang keganasan yang dilancarkan oleh Barat yang terkena tempiasnya secara langsung ke atas umat Islam dan agama Islam menyebabkan muncul banyak pergerakan dan parti  Islam yang beraliran keras dan ekstrem  di negara-negara Islam dan negara-negara bukan Islam.

Keserdahaan atau wastiyyah yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang disuarakan dalam beberapa persidangan antarabangsa termasuk yang terbaru , iaitu GMM1 yang diadakan pada 17-19  Januari lalu adalah dianggap antara cadangan dan inisiatif yang terbaik. Perdana Menteri kemukakan preskripsi penawar kena pada masa untuk mencegah dua fenomena ekstremisme yang mungkin diletus oleh gejala Musim Bunga Arab dan gejala kejatuhan negara kebajikan di Barat. Gejala pertama bersifat agama dan akan disentuh di sini.

Manakala gejala kedua yang bersifat ekonomi tidak akan disentuh. Gejala pertama ini berupaya mengetuk kepala dan pemikiran yang sekali gus boleh menyebabkan kita lebih terbuka, lunak dan sederhana atau sebaliknya, iaitu kita menjadi bertambah tertutup, keras dan melampau.

Ini semua terserah kepada kita untuk berhadapan dengan fenomena kebangkitan ummah Arab yang mungking menjadi kebangkitan agama kedua lebih besar daripada kebangkitan agama pertama yang diletus oleh revoluisi Islam Iran pada tahun 1979 jika fenomena ini turut merebak dan bisa menjatuhkan Syria, Yaman, negara-negara Teluk terutama Arab Saudi dan lain-lain. Sekira kita mampu berhadapan dengan fenomena dengan bijaksana dan menangani isu-isu kekerasan dan keganasan dengan kearifan, kita akan menjadi terbuka, lunak dan sederhana. Jika sebaliknya, jika akan menjadi tertutup, keras dan melampau.

 Dalam era kebangkitan agama pertama kita lebih menggunakan pendekatan menyerang dalam semua peringkat. Dalam peringat dunia, kita dapati Arab curiga dengan dengan revolusi Islam tahun 1979 itu. Lalu al-Marhum Presiden Saddam Hussein mengambil tindakan gila dengan menyerang Iran pada tahun 1980 di mana kebanyakan negara Arab turut berpihak , menyokong dan membantu Saddam. Amerika Syarikat (AS) dan Israel turut memainkan peranan menyemarak peperangan yang berpanjangan selama lapan tahun (1980-1988) dengan membekalkan senjata dan segala keperluan perang kepada kedua-dua belah pihak.

Dalam peringkat negara pula kita dapati kerajaan dan pembangkang di Asian Barat terutamanya sama-sama penggunakan pendekatan menyerang.  Ada negara sampai menggunakan pendekatan perang antara kerajaan dan pembangkang. Keganasan kerajaan dan kegasan pembangkang berlaku secara meluas pada era kebangkitan agama pertama ini. Kini ia membuahkan Musim Bunga Arab itu pula.

 Dalam era ini penulis percaya pendekatan Najib untuk berhadapan dengan ekstremisme di Malaysia, Asean dan Dunia perlu dinilai dengan sebaik-baiknya. Najib dengan jelas berkata: “Satu perkara amat jelas: kita tidak boleh menghapuskan fahaman ekstremis dunia dengan menggunakan kekerasan. Keganasan melahirkan keganasan - maka lebih baik kita memelihara toleransi dan pemahaman, bukannya dengan menutup suara kebencian tetapi dengan meninggikan lagi suara ketaakulan. Pujukan, perundingan dan kerjasama. Ini semua mesti menjadi senjata kita berdepan dengan permusuhan dan niat jahat.

Pada penulis Malaysia dan Asean masing-masing boleh menjadi contoh negara dan kumpulan negara yang mengamal konsep kesederhaan secara relatif. Tetapi hakikatnya pengamalan konsep  keserderhaan dalam banyak konteks lebih ketara berlaku dalam kerajaan dan bukan dalam pembangkang.

Mungkin tidak perlu membangkitkan apa yang dinyata dan dilakukan Pas atau para pemimpinnya yang menjadi ulama berhubung perkara ini, Tetapi memadai menyebut satu perkara itu, iaitu keghairahan mereka menggunakan isu liwat Anwar Ibrahim sebagai batu loncatan untuk kepentingan politik. Dulu mereka dengan DAP yang membuka keaiban Anwar itu. Akhbar Harakah dan majalah Tamadun serta buku-buku Ahmad Lutfi Othman dan ceramah Mat Sabut adalah antara terawal yang membuat pendedahan keaiban Anwar berkenaan. Tapi mereka membela Anwar dan mengganggap bersih. Kini video seks Anwar dengan perempuan Cina tak boleh disanggah mana-mana orang-orang yang melihatya bahawa ia benar, tetapi ulama-ulama Pas bermainan politik kotor juga. Ini sudah sangat ekstrem yang disebut sebagai melampau batas dalam al-Quran. Mereka sanggup melakukan perkara itu kerana mengamalkan konsep boleh melakukan dosa untuk berbuat baik secara tidak betul.   

Bagaimanapu, ektremisme di negara penulis pun teruk juga. Kerana kebanyakan kerajaan yang dipilih rakyat biasanya akan diguling dengan keganasan pembangkang dan tentera, iaitu tunjuk perasaan pembangkang dan rampasan kuasa tentera. Kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra tidak berkecuali. Sudah ada macam usaha haram jadah untuk menggulingnya dan seserang general tentera telah memberi pandangan bahawa perlu diadakan rampasan kuasa jika kerajaan mahu meneruskan rancangan pemindaan Perlembagaan yang berpihak kepada tentera.

Sedikit lagi mengenai ekstremisme di Malaysia. Selain contoh Pas di atas berlaku juga kaum dalam UMNO, pembangkang (DAP) dan NGO-NGO (Perkasa Datuk Ibrahim Ali). Tidak kurang juga ekstremisme agama di kalangan ramai ustas dan ulama termasuk dalam UMNO, Pas dan sebagainya.

Penulis ingin menasihat orang UNMO dan BN jangan sama sekali salah memahami mesej yang dalam terkandung dalam seruan semangat kesederhaan Najib. Lalu mereka menyebabkan leka dan terlena kerana memikirkan mereka berada di zon selamat.

 Di luar sana pihak lawan terus-menerus memperkasa diri dan membuat  serangan besar-besaran tanpa banyak dijawab oleh orang UMNO dan BN terutama isu-isu agama yang ekstrem. Malah kadang-kadang orang UMNO dan BN menelan bulat-bulkat isu-isu agama yang ekstrem itu kerana menganggapnya sah dan turut dibelanya habis-habisan. Ini mengingat penulis apa yang dilakukan dalam kerajaan sebelum ini (Pak Lah) di mana serangan dibiarkan dan tidak dijawab kerana itu dianggap satu hikmah kebiksanaan. Orang-orang di belakang Pak Lah pada waktu itu menyokong Pak Lah mengambil sikap demikian kerana dianggap satu hikmah kebijaksaan. Akibatnya banyaklah kerusi melayang. Kini pun jika asyhik bermain zapin atau mak yong di padang bola politik,  bukan saja kerusi-kerusi yang telah melayang tidak dapat diambil balik, tetapi kerusi-kerusi yang lain yang melayang juga. Na’uzubillah min zalik.

UMNO dan BN serta penerangan masing-masing  perlu sedar bahawa politik itu hampir sama dengan perlawanan sukan seperti bolak sepak  di mana tidak cukup sama sekali setakat mempertahan diri, tetapi perlu membuat serangan juga. Dalam politik pun begitu. Perlu ada serangan jika mahu kemenangan.

Penulis percaya kepada pendekatan yang holistik dalam politik. Penerangan yang gigih serta jawab yang berterusan terhadap segala isu yang dibangkitkan terutama isu-isu agama adalah tergolong dalam pendekatan holistic politik itu.

Mengenai kemungkinan salah menerima mesej kesederhaan yang menyebabkan ramai leka dan terlena ini, Perdana Menteri menjelaskan: “Memilih kesederhanaan bukan bermakna lemah, mengalah atau menginstitusikan prestasi rendah. Dan ia bukan tentang melakukan dengan separuh hati sesuatu yang memerlukan dedikasi penuh. Jauh daripada menjadi ideologi kelemahan jati diri, seperti yang sesetengah pihak mahu kita percaya, kesederhanaan sebenarnya memperkasakan diri kita untuk mara ke hadapan dan meninggalkan kesan kebaikan - menjaga keperluan, kekecewaan dan kebimbangan orang lain dan juga diri sendiri pada masa yang sama.

“ Ia bukan satu kempen untuk mereka yang lemah semangat tetapi kita tidak boleh membiarkan detik ini dikuasai ekstremis,”katanya.

Selamat Berjuang.

Ulasan

zukeri berkata…
Salam,
Selamat kembali dan selamat menulis, bukan sahaja politik bahkan agama. Saya akan selalu bersama tulisan anda.
Astora Jabat berkata…
Insya-Allah saya akan terus menulis di blog ini.
koloGnyer berkata…
salam,

selamat kembali tn astora jabat...lama menunggu posting terbaru..lama ternanti idea, pemikiran dan pandangan terbaru dr tn...
Salam Sdra.

Lamo benor sdra tidak menulis. Apabila saya membuka blog saya, saya senantiasa memerhatikan sama ada blog sdra (saya linkedkan blog sdra dikolum kiri blog saya - MY THINKING BLOGS) diupdatedkan dengan berita terbaru.

Saya suka membaca hasil tulisan sdra mengenai agama dan perkembangannya.
Tanpa Nama berkata…
Tuan astora dijemput menulis di suaris.wordpress.com kendalian saya (zainudin, Kori dan Rozipi). Ataupun tuan boleh kendalikan ruangan soal jawab agama, atau bicara agama sepertimana kat Utusan dulu.

Salam. Zainudin@ umarzain