Salafi kata: Siapa tidak mengkafirkan orang bukan Muslim, dia jadi afir

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (lahir 1703 di Uyainah dan meninggal 1792 ) dalam surat kepada Muhamad bin Faris berkata:
من لم يكفر المشركين، أو شك في كفرهم، أو صحح مذهبهم كفر إجماعاً
“Sesiapa tidak mengkafirkan orang musyrik atau mengesyaki kekufuran mereka atau mengesahkan mazhab mereka, dia adalah kafir secara ijmak.”

Sudah tentu banyak soalan yang mungkin menerpa dalam kepala sesiapa saja yang mampu berfikir dengan waras bila membaca kenyataan hukum putus dan qat’i persis Allah dan Rasul-Nya yang mengeluarkannya ini.

Kenyataan hukum putus Syeikh Muhammad bin Abdull Wahhab ini merupakan antara beberapa banyak kenyataan mengkafirkan orang Muslim secara umum tanpa menentu siapa mereka dan apa nama mereka. Ia dipanggil pengkafiran tanpa penentuan, takfir biduni at-ta’yin (تكفييربدون التعيين). Bagaimanapun, terdapat beberapa banyak kenyataan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang mengkafirkan orang Muslim secara khas dengan menentukan siapa mereka dan apa nama mereka. Ia dipanggil pengkafiran penentuan, takfir bitta’yin ( تكفير باالتعيين). Harap pembaca yang menguasai bahasa Arab boleh merujuk kepada kitab-kitab beliau. Saya sendiri akan menukil sebahagian daripadanya dalam tulisan akan datang.

Betulkah hukum wajib mengkafirkan orang musyrik dan sesiapa tidak mengkafirkan mereka menjadi kafir ada dalam Islam,  dalam erti kata ada ayat al-Quran dan hadis yang memperuntukkan hukum itu secara jelas? Jika tiada dalam al-Quran dan hadis, betulkah ada ijmak atau konsensus ulama mengenai hukum tersebut? Ini semua perlu memberi penjelasan kepada masyarakat supaya mereka mengetahui hakikat sebenar pemikiran Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak seperti yang dicanang puak Salafi di Arab Saudi dan di merata negara.

Bagaimana pula mahu dilaksanakan hukum berkenaan dalam masyarakat multi agama seperti kami di Thailand, orang Muslim di Malaysia, Indonesia, Brunei, Mesir, Maghribi, Algeria, Tunisia, Jordan, Syria, Turki dan lain-lain. Kerana jika dilaksanakan hukum ini sudah tentu kebanyakan orang Muslim di Thailand dan Malaysia adalah kafir kecuali puak Salafi.

Dalam konteks Malaysia orang UMNO kafir, orang Pas kafir, oran PKR kafir dan semua orang Muslim kafir menurut hukum tersebut. Hanya dikecualikan puak Salafi sahaja. Kerana dalam bahasa dan lituratur Syeikh Muhammad Abdul Wahhab tidak mencukupi orang Muslim menganggap dalam hati bahawa orang bukan Muslim itu kafir, tetapi pasti mengumum dan mengisytiharkannya.

Siapakah di kalangan orang Muslim di Malaysia berani membuat pengumuman dan pengisytiharan begitu? Bukankah di Malaysia memanggil secara hikmah orang agama lain sebagai orang bukan Muslim?

Tidak ada hikmah dan menyalahi pendekatan dakwah pun melaksanakan pandangan atau hukum Syeikh Muhammad Abdul Wahhab ini.

Peranan memberi penjelasan inilah yang perlu dimainkan oleh semua golongan berpendidikan agama untuk berhujah dengan masyarakat dalam usaha melancarkan perang intelektual ke atas puak Salafi yang lebih dikenali Wahhabi itu.

Bukan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka seperti yang sering dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sedangkan masyarakat masih sendiri masih jahil dan keliru tentang pemikiran Salafi. Tindakan undang-undang jika perlu ia hanya langkah terakhir yang patut dilakukan dan itu pun dengan cara yang amat bijaksana memandangkan banyak faktor yang perlu mengambil kira.

* Kemaskini 23 Februari 2011 

Ulasan

Kerikil Jalanan berkata…
Sdr Astora,
Pada pandangan sdr, apakah bekas mufti perlis, Dr. MAZA seorang yang tidak mengurung agama dlm mazhab, puak, dan parti? Bagaimana pula dengan golongan salafi? Apakah mereka taksub dengan kumpulan sendiri?
Astora Jabat berkata…
Salam Kerikil,

Saya percaya Dr. Asri berfikiran rasional seperti saya berhubung mazhab. Tetapi beliau ada puak dan pengikut serta mencari kedudukan lebih tinggi sekurang-kurangnya untuk melepas diri dari segala serang dan tindakan undang-undang diambil oleh pihak yang memerangi beliau, maka beliau termasuk memberi pandangan secara berlapik dan taqiah seperti dilakukan oleh puak Salafi di Arab Saudi dan mana-mana negara yang mendakwa mereka bukan mazhab baru kerana mereka bermazhab Hanbali yang juga dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ya, soal taksub kumpulan memanglah ketara di kalangan mereka. Di mana-mana saja mereka begitu. Saya ada banyak kawan yang dulu terbuka, tetapi bila masuk golong itu menjadi tertutup dan puja golongan mereka saja.

Mereka juga akan menolak dan menyingkir dan menyekat orang lain bila mereka menjadi besar. Ini yang berlaku di tempat saya di selatan Thailand. Tetapi saya baik dengan mereka walaupun mereka tidak suka saya.
Kerikil Jalanan berkata…
Saya melihat ada pemimpin kumpulan yang taksub ini yang pandai sekali mengelak daripada dilihat sebagai berfikiran tertutup.

Mereka mungkin tidak mengkafirkan orang yang tidak berpandangan seperti mereka. Tetapi pada masa yang sama, licik sekali dalam menggunakan 'kewibawaan' mereka dalam menjatuhkan hukum 'salah', 'tak betul' , 'tidak boleh diterima' dan sebagainya bersandarkan andaian yang melulu. Begitu juga dalam membuat kesimpulan murahan semata-mata untuk menghentam lawan.

Barangkali apa yang penting bagi mereka bukanlah percambahan pemikiran, tetapi lebih kepada menguatkan sokongan para pengikut, dan pada masa yang sama cuba menarik orang ramai ke dalam puak mereka - strategi turun-temurun.
Astora Jabat berkata…
Salam Krikil,

Saya yang perlu kita ialah membincang tentang pemikiran berdasar pendekatan ilmiah untuk mengangkat tafar pemikiran orang Muslim.

Berhubung dengan puak Salafi, jangan buat andaian untuk membincang tentang pemikiran mereka seperti dilakukan pegawai Jakim dan puak-puak sufi.

Tetapi guna fakwa dengan merujuk kepada buku-buku Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri.

Ramai tidak tahu bahawsa memang betul Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab betul-betul mengkafirkan orang Muslim dan membunuh puluhan ribu orang Muslim Semenanjung Arab dan Iraq.

Dalam telaga zam zam dulu penuh dengan telung dan tengkorat mangsa puak Salafi ini.

Teks dari Syeikh Muhamamd Abdul Wahhab dan fakta-fatka lain perlu didedahkan.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk berbuat demikian kerana mereka kuat. Mereka ada orang dalam kerajaan dan mereka ada universiti antarabangsa kini di Malaysia, iaitu Universiti Madinah Antarabangsa.

Di UIA dan banyak universitu penuh dengan mereka.

Puak Salafi adalah puak terkaya di dunia.
Kerikil Jalanan berkata…
Usaha saudara dalam mengangkat taraf pemikiran ilmiah masyarakat Islam amat baik sekali. Dan ia tentu sekali bukanlah tugas orang-orang tertentu sahaja.

Saya setuju bahawa kita harus mengelak daripada berandaian melulu. Sebab kalau banyak sangat andaian dan prasangka, kita pun akan jadi sama seperti mereka.

Saudara fikir, adakah fatwa-fatwa Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, seperti fatwa takfir itu masih digunapakai oleh golongan salafi di Malaysia hari ini?

Dr. Asri pernah mengeluarkan satu artikel hujung tahun lepas dalam laman webnya, menyeru umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan budaya kafir-mengkafir ini. Ini satu perkara yang bagus saya rasa.

Begitu hebat sekali sejarah Wahhabi ini. Saya sendiri tidak pernah mengetahui hal ini secara sebegitu terperinci, terutama sekali bedasarkan rakaman-rakaman sejarah.
Astora Jabat berkata…
Salam Kerikil,

Saya percaya Asri dan ramai pengikut Salafi tidak akan mengamal budaya ekstremisme Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhabi kerana sesuai dengan zaman ini. Nanti baca sambungannya dalam tulisan akan datang di mana saya akan menyebut beberapa teks yang membukti secara tuntas bahawa Ibn Abdul Wahhab mengkafirkan orang Muslim secara jelas.
Jebon berkata…
Salam Astora

Diantara Syekh Ibn Tamiyah dgn Syekh Muhammmad Abdul Wahab yang mana lahir dulu, jika Syekh Ibn Tamiyah yg lahir dulu kenapa konsep ketuhanan tiga serangkai Syekh Ibn Tamiyah dinisbahkan kpd mazhab Wahabi???
Kerikil Jalanan berkata…
Dalam tulisannya yang bertajuk"Bahaya Hujah dibayar Darah", Dr. Asri menamakan Abdullah Al-Harari (m 2008M), pengasas dan mursyid kerohanian bagi gerakan al-Ahbash, sebagai seorang yang giat mengkafirkan orang Islam semasa hidupnya.

Dalam tulisan itu juga, dinyatakan bahawa salah seorang yang dikafirkan oleh Abdullah Al-Harari adalah 'tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah', Al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.Ironinya dalam tulisan tersebut, Ibnu Abdul Wahhab tidak pula dinyatakan sebagai mengeluarkan fatwa takfir, sedangkan sebagaimana yang Saudara Astora nyatakan, pemimpin puak salafi inilah yang telah menyebabkan puluhan ribu orang Islam dibunuh berdasarkan fatwa itu. Nampaknya kesalahan yang dilakukan oleh Al-Ahbash tidaklah sehebat puak salafi.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun Dr. Asri dan Saudara Astora sama-sama menulis tentang isu fatwa takfir dan kesan-kesannya terhadap kehidupan dan kebebasan intelektual masyarakat Islam, tetapi dalam tulisan mereka ada juga perbezaan yang ketara, saya fikir, bukan perbezaan kecil yang boleh diabaikan oleh para pembaca.
Astora Jabat berkata…
Salam Jebon,

Pembahagian tauhid kepada tiga dalam akidah itu sama dengan pembahagian hukum muamalah fiqah kepada sunnah dan bid'ah.

Tapi hukum akidah itu boleh bunuh dan itu yang dilakukan ke atas orang-orang yang dimusuhi Bin Abdul Wahhab kerana menganggap mereka melakukan perkara yang menyalahi tauhid rububiyyah dan tuhid uluhiyyah.

Semua adalah ijtihad dan tidak ada dalam al-Quran dan hadis,
Astora Jabat berkata…
Salam Kerikil,

Kedua-dua mereka sama-sama mengkafirkan orang. Dr. Asri hanya tonjolkan yang Ahbash itu saja, tetapi tidak tonjol yang Bin Abdul Wahhab walaupun jauh lebih dahsyat.

Punca Ahbash yang menjadi hebat kerana mengkafirkan pada zaman sekarang di mana semuanya sudah maju dan civilized.

Kalau dia muncul pada kurun 18 dan sebelumnya mungkin dia akan akan seperti Bin Abdul Wahhab, selepas hukum, boleh bunuh.

Zaman itu semua guna kekerasan dam keganasan.
Kerikil Jalanan berkata…
Salam Astora,
Bolehkah saudara berikan beberapa contoh buku, tidak kiralah dalam bahasa Arab, Inggeris, atau Melayu, yang merakamkan pembunuhan puluhan ribu orang Islam oleh Ibnu Abdil Wahhab itu. Saya rasa para pembaca harus melihat sendiri kenyataan-kenyataan itu berdasarkan kajian sejarah.
Astora Jabat berkata…
Salam Kerikil,

Saya membaca banyak sumber dan sesetengahnya ada dalam simpanan pustaka saya di kampung di Resak, Narathiwat. Tetapi kini berada berjauhan dari kampung saya dan dapat nak cari. Tetapi seingat saya ada sebuah buku bernama Ajaib Al-Athar jika tidak silap, karya Abdul Rahman al-Jabarti. Buku itu dalam bentuk dpf boleh dimuat di sambungan ini.

http://www.jamaa.cc/book12051.html