TUNJUK PERASAAN BERUBAH JADI PERANG SAUDARA

Kerana tiada tolak ansur antara kerajaan dan pembangkang, rundingan hanya sempat berjalan separuh jalan dan cadangan berhenti tunjuk perasaan dan diadakan pilihanraya pun terkendala. Lantas perang saudara mengambil tempat di Bangkok. Tetapi nampak perang ini ada kemungkinan akan merebak ke wilayah-wilayah lain jika kerana tentera tidak dapat menang segara dalam pertarungan kedua dengan kumpulan Baju Merah ini.

Jika perang berlanjutan begitu lama, selain daripada penunjuk perasaan akan dapat mempelajari cara mempertahan diri dan melancar serangan balas terhadap tentera serta mengumpul sebanyak mungkin, mereka juga akan dapat meraih sokongan rakyat termasuk penduduk Bangkok.

Kini pun kerajaan berhadapan dengan penunjuk perasaan di wilayah-wilayah lain dan ini menyebabkan kerajaan mengisytiharkan undang-undang darurat di 17 wilayah. Bagaimanapun, tunjuk perasaan kini berlaku di 39 wilayah. Ada di antara mereka bukan lagi mengadakan tunjuk perasaan, tetapi melakukan bermacam bentuk serangan termasuk ke atas pusat-pusat pentabdiran kerajaan.

Di kalangan kumpulan Baju Merah pun ada tentera, polis dan pegawai kerajaan. Dengan itu mereka tidak saja berperang dengan tentera kini mengguna batu, bom molotof, bom roket buatan orang kampung, tetapi mereka juga mengguna senapang, pistol dan bom. Katanya lebih 70 serangan bom yang berlaku di Bangkok dalam masa dua bulan ini adalah kebanyakan dilakukan tentera yang berada dalam kumpulan Baju Merah.

Semalam kerajaan menuntuk dibuat penyiasatan terhadap laporan sebuah agensi berita bahaw yang melaporkan bahawa polis di sebuah balai polis Bangkok menembak tentera yang sedang menggempur kumpulan Baju Merah.

Sehingga jam pukul 11.00 pagi ini kira-kira seramai 16 orang terbunuh dan lebih 140 cedera dalam pertempuran selama dua hari.

Angka kematian dan kecederaan kini meningkat masing-masing kepada 46 orang dan lebih 1000 dalam masa dua bulan bergaduh.

Ulasan