TUNJUK PERASAAN BERHENTI, PILIHANRAYA 14 NOVEMBER

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mengumumkan melalui televisyen malam ini bahawa pilihanraya umum boleh diadakan pada 14 November ini jika semua pihak setuju untuk proses rekonsiliasi yang dicadang kerajaan serta perdamaian dipulihkan di negara ini.


Beliau memutuskan untuk meneruskan rancangan rekonsiliasi jika perdamaian tidak dapat dipulih pun tetapi beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak dapat menetapkan tanggal pilihanraya jika keadaan kecamuk masih berterusan.

Peta jalan yang diumumkan itu mengandungi lima perkara mencakup hal-hal berikut:

1. Menghormati monarki.
2. Menyelesaikan ketidakadilan sosial dan ekonomi melalui reformasi nasional.
3. Memastikan media bebas tapi bertanggungjawab.
4. Menyelidiki insiden yang mengakibatkan hilangnya nyawa atau yanbg memberi kesan terhadap sentimen publik. Insiden itu mencakup insiden pertempuran 10 April dan sekatan pengaksesan ke Hospital Chulalongkorn.
5. Meminda Perlembagaan supaya menjadi lebih adil kepada semua parti politik

Para pemimpin kumpulan Baju Merah menerima cadangan Abhisit dan mereka akan membahas cadangan itu malam ini untuk dirumuskan esok atau sehari sebelum Hari Penabalan.

Dengan itu tunjuk perasaan kumpulan Baju Merah pun tidak akan diteruskan. Tunjuk perasaan kumpulan Baju Merah baru memasuki bukan kedua dan ia dianggap pendek berbanding tunjuk perasaan kumpulan Baju Kuning yang memakan masa enam bulan dan berupaya menjatuhkan tiga perdana menteri sokongan Baju Merah. Kumpulan Baju Kuning mendapat sokongan tentera, elit Bangkok dan Parti Demokrat (DP). Oleh sebab itu tidak berlaku pertempuran antara kumpulan Baju Kuning dengan tentera dan polis seperti yang berlaku dengan kumpulan Baju Merah.

Ulasan