KERETA API ISLAM MALAYSIA

Malaysia baru ada gerabak kereta api yang memisah antara lelaki dan wanita. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah pemisahan ini kena mengena dengan fiqah Salafi dogmatisme yang dilaksanakan di Arab Saudi.

Katanya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mewujudkan gerabak gender itu mengambil contoh Jepun dan meniru negara-negara lain dalam usaha untuk membanteras ganguan seksual dan meningkatkan keselesaan para penumpang.

Pas sudah tentu menyambut baik langkah diwujudkan gerabak gender KTMB yang boleh dipanggil gerabak atau kereta api Islam itu kerana selari dengan dasar dan ajaran yang diperjuangkan selama ini.

Ketika amalan pengasingan gender semakin luas dilaksanakan di Malaysia, di Saudi pula terdapat usaha-usaha untuk mengsosialkan wanita dan integrasikan mereka dalam masyarakat dengan membuangkan sebanyak mungkin halangan dan sekatan gender termasuk membenarkan pergaulan antara lekaki dan wanita.

Kini berdebatan masih berlaku antara ulama yang menyokong dan yang menentang pergaulan gender di Saudi selepas ketua pengarah Lembaga Amar Makruf dan Nahi Mungkar bahagian Mekah, Dr. Ahmad Qassim al-Ghamidi mengeluarkan fatwa menganggap harus pergaulan antara lekaki dan wanita.

Walaupun perpaulan dianggap perkara biasa di negara-negara Arab lain, tetapi Saudi yang masih tidak membenarkan wanita memandu kereta itu menganggap pergaulan ditegah dalam Islam.Itulah pandangan kebanyakan ulama Saudi.

Dengan itu tidak hairan jika Dr. al-Ghamidi ditentang oleh kebanyakan ulama Saudi dan beliau dengan secepat kilat dipecat oleh Kepimpinan Umum Lembaga Amal Makruf dan Nahi Mungkar.

Bagaimanapun, kerajaan Saudi bertindak menyekat pecematan Dr. al-Ghamidi beberapa jam selepas Kepimpinan Umum Lembaga Amal Makruf dan Nahi Mungkar mengeluarkan arahan.

Dalam Islam, tiada nas yang muktamad dalam al-Quran melarang wanita bergaul dengan lelaki di tempat awam. Sebaliknya dalam sunnah pula ada kejadian-kejadian yang menganjurkan pergaulan kerana ketika sembahyang jemaah pun tidak diasingkan wanita daripada lelaki pada zaman Rasulullah s.a.w. Wanita dan lelaki sembahyang jemaah bersama tanpa ada sekatan seperti yang dilaksanakan pada zaman ini. Malah wanita pun ambil sembahyang dalam bekas air yang sama.

Ulasan

Unknown berkata…
salam saudara astora yang dihormati.Apa betulkah ada pada zaman rasullullah s.a.w muslim dan muslimah berjemaah sekali? dalam satu saf? bersentuh bahu?