HARI KETIGA: Pertempuran masih berterusan

Pertempuran antara tentera dan penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah di Bangkok masih berterusan dan tidak ada tanda akan berhenti dalam waktu terdekat ini. Sehingga pukul 11.00 malam tadi seramai kira-kira 10,000 penunjuk perasaan berkumpul di Rajprasong, lapor seorang wartawan radio MCOT (the Mass Communications Organization of Thailand).
Bagaimanapun, wartawan itu berkata, para penunjuk perasaan itu boleh keluar dari kawasan elit kerana dikepung oleh tentera. Manakala penunjuk perasaan dari luar kawasan berkenaan juga tidak dapat memasuki kawasan itu kerana akan menembak mereka.

Menurut wartawan itu kini terdapat seramai 20 orang wartawan bersama kumpulan Baju Merah dan mereka juga menghadapi masalah besar untuk meninggalkan kawasan itu. Seorang wartawan dari akhbar the Nation telah ditembak tentera hari ini, kata wartawan tersebut.

Pada pukul 10.00 malam tadi seorang wartawan lain daripada radio sama membuat laporan bahawa tembak menembak dan letupan bom masih berlaku. Ketika dia membuat laporan, kedengaran tembak menembak dengan jelas.

Tengah hari tadi tentera berkata bahawa mereka memerlukan masa untuk menguasai kawasan Rajprasong.

Bagaimanapun, beribu-ribu penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah telah berkumpul di beberapa kawasan lain di Bangkok.

Ulasan

zainal mohd jais berkata…
Sahabat, tragedi ini perlu menjadi iktibar kpd rakyat Malaysia.
Perpaduan, keharmonian, kestabilan, bukan sesuatu yang wujud begitu sahaja. Dia sesuatu yg sangat fragile.
Bagaimanalah kita mahu memahamkan rakyat, supaya jangan bermain api, jangan berjudi dengan undi atas nama hak kononnya.
Mengundi mesti bijaksana.
Tugas penulis dan wartawan nampaknya lebih besar dari yang kita fikir.

Semoga Tuhan melindungi kehidupan anak cucu kita.
Astora Jabat berkata…
Salam Zainal,

Saya setuju dengan saudara. Rakyat Malaysia perlu lebih bijaksana.