DR. AL-QARADAWI: AGAMA HANYA SEBAHAGIAN DARIPADA ISLAM

Banyak pandangan yang diratib dan diwirid kepada kita oleh cerdik pandai Muslim termasuk golongan ulama sejak berpuluh dan berratus tahun menjadi seolah-olah wahyu atau sekurang-kurang dogma yang tidak berubah. Lalu kita pun percaya dan berpegang dengan tanpa berfikkir lagi. Ini termasuklah perkataan atau istilah agama yang dilihat menjadi kudus dan tidak boleh disentuh sama sekali.

Saya banyak bermusykil bila mengkaji perkataan atau istilah agama sejak meletus revolosi Iran pada tahun 1979 lagi. Pada waktu itu saya masih menuntut di Maghribi. Ini kerana ketika itu perubahan dapat dilihat di mana-mana dalam masyarakat umat Muslim di seluruh dunia dari sudut agama dan politik sekali gus.

Dari sudut agama perbubahan yang berlaku lebih bersifat konservatif dan mundur. Manakala dari sudut politik pula pada mulanya ada ciri-ciri dan progresif, tetapi kemudian berubah menjadi konservatif dan mundur pula bila golongan agama di Iran berbalah dan berebut kuasa dengan golongan Muslim progresif (kiri/liberal). Golongan agama Iran berjaya mengusir dan membantai golongan Muslim progresif itu. Sesetengah pemimpin golongan Muslim progresif ini, ada yang sempat melari diri ke Eropah termasuk presiden pertama Iran, Abulhassan Banisadr dan ada yang kena bunuh seperti Menter I Luar Negeri Sadegh Ghotbzadeh.

Di luar Iran pula muncul dari sudut politik ciri-ciri revolusioner dan progresif terutama di kalangan mereka yang berada dalam pergerakan-pergerakan politik Islam. Ini barangkali kerana mendapat suntikan semangat dan pengaruh daripada perang antara Iran dan Iraq dan perang Amerika Syarikat (AS) terhadap komunis di Afghanistan dengan memperalatkan agama Islam dan umatnya serta wang negara-negara Teluk terutama Arab Saudi.

Bagaimanapun, kerana semuamya berinspirasikan revolusi Iran, maka berlakulah perubahan seperti yang berlaku di negara Syiah itu kerana selepas kedua-dua perang itu tamat, golongan agama konservaif dan mundur kembali muncul dan golongan revolusioner dan progresif pula tenggelam dan hilang.

Sejak itu saya menganggap tidak mahu kebangkitan agama, tetapi yang saya mahu adalah kebangkitan Islam yang menyeluruh dan lengkap. Tetapi malang perkara itu tidak berlaku. Sebaliknya yang berlaku hanya kebangkitan agama yang sumbing dan lebih menjurus ke arah kejumudan, berkotak-kotak dan berpuak-puak. Tidak kurang juga yang menjadi radikal, melampau dan ganas.

Malah amalan agama pula kebanyakannya melibatkan perkara karut-marut (seperti dilakukan orang Muslim tradisional), tidak membeza antara ibadat dengan adat, menilai hukum dari sudut sunnah dan bidaah dan bukan dari sudut halal dan haram (seperti dipegang puak Salafi ala Arab Saudi) dan sebagainya.

Bagaimanapun, saya tidak berani membincang aspek-aspek agama yang negatif ini kecuali dalam bentuk yang umum walaupun saya yakin agama bukan segala-galanya atau agama itu tidak sempurna.

Beberapa minggu lalu saya terbaca tulisan Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk Agama dan Politik ( الدين والسياسة) menjelaskan bahawa ‘agama itu hanya sebahagian daripada Islam’ . Kerana agama itu adalah salah daripada lima perkara penting yang dipanggil kepentingan berlima (adh-dharuriyyat al-khamsa/الضروريات الخمسة), iaitu agama (1), diri (2), keturunan (3), akal (4) dan harta (5).

Kata-kata Dr. al-Qaradawi ini membuka jalan kepada saya untuk kembali membincang tentang ketidaksempurnaan agama kerana yang sempurna dan lengkap adalah Islam yang universal itu. Insya-Allah saya akan menghasilkan sebuah buku mengenai topik ini.

Kata-kata Dr. al-Qaradawi dalam bahasa Arab boleh dibaca di laman web beliau di sambungan ini:

Laman web Dr. al-Qaradawi.

Ulasan

perayau berkata…
salam tuan,

Baik kebangkitan agama atau kebangkitan Islam seperti yang tuan cenderung itu, pada saya itu semua tidak perlu.
Kedua-duanya sudah lengkap, sudah sempurna.
Yang perlu untuk dibangkitkan ialah manusia, baik Melayu di selatan Thai atau di semenanjung di sini. Atau di mana-mana sajalah, dari hujung barat ke hujung timur dari hujung utara ke hujung selatan.
Kata kuncinya ialah PENGETAHUAN.