BUBAR PARLIMEN ATAU TUMPAH DARAH?

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva ditonjol oleh sesetengah media Thai sebagai perdana menteri Thailand paling lemah kini. Mungkin ada motif politik di sebalik penonjolan itu walaupun adalah benar Abhisit adalah merupakan perdana menteri Thailand paling lemah. Kerana mungkin bertujuan untuk mendesak Aphisit bertindak lebih agresif terhadap para penunjuk perasaan Baju Merah. Ini disebabkan semua media itu adalah antiBaju Merah belaka. Tetapi Aphisit seperti juga Baju Merah disebabkan mereka masing-masing mempuyai pertimbangan lain, iaitu tidak mahu dianggap terlalu zalim dalam pertarungan politik kotor mereka kini. Kerana jika itu yang berlaku, maka peluang untuk mereka menang dalam pilihanraya umum akan datang tipis.

Guna kereta perisai lawan Baju Merah (gambar muka depan Bangkok Post hari ini)

Dengan itu walaupun sanggup bermain kotor seperti menggunakan peluru hidup dari dua belah pihak dan kadangkala menggunakan bom yang tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab, tetapi mesti bijaksana dan ada alasan yang boleh dihujah kepada masyarakat. Kini Abhisit dan Baju Merah boleh dikatakan seri dalam melakukan kesalahan dan kezaliman. Kedua-dua
pihak seimbang. Dengan itu rakyat yang terdiri daripada majoriti senyap masih tidak dapat membuat keputusan untuk memihak kepada mana-mana kumpulan. Semua mereka sama.


Sebenarnya semua perdana menteri Thailand dianggap lemah untuk berhadapan dengan tunjuk perasaan. Dengan itu tidak hairan jika semua mereka kecundang belaka. Bagaimanapun, Abhisit dianggap paling lemah kerana pemerintahan beliau selain beliau menjadi paksi tentera yang menjalankan pemerintahan dari berek tentera, ramai tentera, polis dan pegawai kerajaan pula tidak menyokong beliau dan kerjaannya kerana mereka berpihak kepada Baju Merah secara senyap-senyap dan secara terbuka.

Yang menyokong secara senyap-senyap di kalangan tentera dipanggil tembikai (hijau di luar tetapi merah di dalam). Yang menyokong senyap-senyap di kalangan polis pula dipanggil tomato.

Yang menembak rambang dan melancarkan serangan bom adalah dilakukan oleh tentera tembikai dan polis tomato ini. Abhisit memanggil mereka pengganas dan mendakwa mereka kereka mahu mengguling Raja Bhumibol Adulyadej.

Jalan Keluar: mungkin bubar parlimen atau tumpah darah

Bagaiamanapun, semalam Abhisit berkata merancang untuk memperkenalkan sebuah peta jalan rekonsiliasi nasional yang katanya akan mengakhiri kekacauan politik dengan Baju Merah, termasuk rancangan membubarkan parlimen lebih awal.

Hari ini beberapa orang pemimpin kerajaan memberitahu bahawa parlimen akan dibubarkan dalam masa enam bulan, iaitu lebih awal tiga daripada yang diisytihar Abhisit ketika berunding dengan Baju Merah beberapa minggu lalu.

Di pihak lain Baju Merah telah memunggah sebahagian perintang mereka di Jalan Ratchadamri semalam untuk membenarkan akses ke unit darurat Hospital Chulalongkorn.

Namun dalam sidang akhbar semalam, Abhisit memberitahu wartawan asing bahawa beliau membubar parlimen sebelum sembilan bulan dan pada waktu yang sama mahu mengambil tindakan untuk mengurai tunjuk perasaan. Yang pertama mungkin boleh dilakukan dengan mudah walaupun Baju Merah tidak bersetuju. Tetapi yang kedua mungkin ada banyak masalah walaupun boleh jadi tidak akan berlaku seperti ketiga-tiga usaha kerajaan sebelum ini yang gagal belaka dan mengakibatkan 27 orang terbunuh dan lebih 800 cedera.

Abhisit berkata, perincian peta jalan akan diumumkan dalam satu atau dua hari.

`` Kami percaya kami bisa meringankan pergolakan politik dengan melakukan dua hal secara bersamaan,''kata Abhisit.

`` Pertama, kita perlu solusi politik dari beberapa jenis, peta jalan untuk mencapai rekonsiliasi ... dan, kedua, kita harus memastikan bahawa undang-undang dijunjung tinggi.''

Beliau menegaskan bahawa kerajaan mempunyai pendekatan pasti untuk merebut kembali daerah itu di persimpangan Ratchaprasong daripada Baju Merah.

`` Kami akan mengirimkan isyarat yang jelas bahawa kami telah memberikan cukup waktu kepada mereka untuk meninggalkan zon yang diduduki mereka. Kita sekarang dalam proses penutup dan memotong dokongan (kepada Baju Merah) sebelum kita memasuki zon itu''

Hari ini tentera telah pun menggerakkan beberapa kereta perisai menju ke Ratchaprasong untuk meleraik penujuk perasaan Baru Merah di sana.

Ini adalah pertama kali tentera menggunakan kereta perisai untuk berhadapan dengan 6000 atau 8000 penunuk perasaan di Ratchaprasong.

Nampaknya pertempuran akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Mungkin malam ini atau esok. Sedangkan bubar parlimen belum tentu kerana bergantung kepada menang dan kalah dalam pertempuran yang bakal berlaku.
 
Abhisit pandai bercakap dan tidak pandai buat.

Ulasan