Pemimpin Pas berkuasa sampai mati


Mungkin ramai masih ingat pembangkang menghalau Tun Dr. Mahathir Mohamed dan menuntut beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada tahun 1999, 1998 dan 1997. Ketika itu Malaysia dilanda krisis politik yang teruk akibat pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO.
Para pemimpin Pas termasuk yang merupakan ulama sangat ghairah membuat tuntutan mendesak pengunduran Tun Mahathir kerana mereka menganggap pemimpin terunggul itu terlalu lama memerintah dan sudah tua dan sebagainya.

Pada 31 Oktober 1983 Perdana Menteri ke- 4 Malaysia berundur dengan tenang di waktu beliau di kemungcak kegemilangannya.

Beberapa tahun berlalu dan kini memasuki tahun sembilan Tun Mahathir meninggalkan kuasa, kedengaran suara kurang senang dididengar oleh pembangkang secara am dan Pas secara khasnya, iaitu Abdul Hadi menawarkan diri untuk berundur dan tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang kerana sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

Bagaimanapun, Mursyid Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju.

Jika cakap berdasarkan logik dan hakikat yang jelas, Haji Hadi berbanding Nik Aziz dianggap lebih layak untuk berada pada kedudukan sekarang. Haji Hadi tidak terlalu tua seperti Nik Aziz. Nik Aziz  pula selalu uzur. Kerana terlalu tua dan uzur ini menyebabkan yang memerintah di Kelantan bukan Nik Aziz, tetapi golongan Erdogan di belakang beliau yang menentang Haji Hadi.

Sebenarnya adalah jelas bahawa alasan terlalu lama memerintah atau menjadi yang berhormat, sudah tua dan sebagainya hanya mahu dilaksanakan ke atas musuhnya saja, iaitu UMNO dan BN. Sedangkang Pas sendiri mahu pemimpinannya memerintah sampai mati.

Dengan itu Nik Aziz yang ditonjol Pas sebagai keramat hidup itu berhujah dengan berkata:

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," kata Nik Aziz yang dipetik akhbar Sinar Harian pada hari ini (30 Januari).

Inikah pemerintahan cara Islam? Cuba pembaca memberi pandangan.Jika anda membaca sejarah Islam, anda akan tahu.

Bagaimanapun, dalam sejarah pemerintahan komunis pada abad lalu memerintah seumur hidup juga. Malah saki baki pemerintah komunis yang ada pun melakukan perkara yang sama seperti di Korea Selatan, Kuba dan lain-lain.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya sangat bersetuju dengan pendapat sdr Astora.Apa yg sy perhatikan hari ini, orang yg satu masa dahulu melabelkan Tun Mahathir sbg firaun (kerana dikatakan terlalu lama memerintah Malaysia) hari ini mula memakan kata2nya sendiri. Saya lihat beliau sendiri sebagai firaun yg tak rela melepaskan kedudukannya. Rasa cinta kepada kedudukan beliau terlalu kuat sehinggakan beliau mengeluarkan pelbagai alasan utk menghalalkan perbuatan beliau.