Bahaya mentaliti baik dan jahat secara hitam putih




Manusia sebenarnya berhadapan dengan sangat banyak peluang untuk menjadi rosak dan jahat kerana pendidikan bersifat baik-jahat dan hero-penyangak secara hitam putih.

Akibatnya muncul mentaliti menilai sesuatu dari sudut pandangan hitam putih itu menghukum aku/kami baik dan engkau/kamu jahat, aku/kami pasti menang dan engkau/kamu pasti kalah dan sebagainya.

Gejala ini berlaku dalam semua peringkat mencakupi sosial, ekonomi dan politik.

Dengan itu dalam politik kita pasti melihat fenomena orang-orang politik dalam parti-parti kerajaan dan parti-parti pembangkang bercakaran dengan mendakwa diri masing-masing benar dan betul dan menuduh lawan politiknya tidak salah dan tidak betul. Malah dalam parti yang sama pun boleh berlaku perkara yang sama.

Kerap juga bercakaran ini dihujah dengan nas-nas agama untuk mengesahkan dakwaan dan tuduhan masing-masing.

Fenomena ini berlaku di seluruh dunia.

Dalam Islam tidak ada konsep hitam putih ini kerana manusia yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi ini berkedudukan antara malaikat dan syaitan yang bermaksud pasti baik tetapi tidak dapat lari daripada kejahatan.

Ulasan