Punca Negara-Negara Umat Muslim Zaman Dahulu Kuku Besi


Mungkin ada hikmahnya di sebalik Allah tidak membiarkan Nabi Muhammad s.a.w. menubuhkan negara, tetapi Maha Bijaksana membiarkan baginda meletak asas negara sahaja. Pada waktu yang sama Allah mematikan semua anak lelaki baginda. Jika tidak, kita pasti dapat menyaksikan perang demi perang antara orang-orang yang mendakwa menjadi anak cucu Nabi dari sebelah lelaki lebih teruk daripada semua perang yang berlaku antara Sunnah dan Syiah dulu dan sekarang.


Dulu dan sekarang perang hanya berlaku di pihak anak  cucu baginda daripada seorang anak perempuan baginda sahaja, iaitu Fatimah dengan penghulu-pengulu Arab.


Itu pun kita sudah pening  kepala. Kalau ada anak-anak lelaki Nabi pasti ada orang-orang yang daripada Ahlul Bait menganggap diri mereka lebih istimewa dan berbalah sesama mereka dan  menyebabkan dunia kelam kabut tak terkira seolah-olah kita berada di ambang kiamat.


Sebenarnha negara-negara umat Muslim agung dan tersanjung adalah bermula dengan kerajaan-kerajaan hebat seperti Umawiah dan Abbasiah sehingga ke kerajaan Uthmaniah pada abad ke 20 (1908-1922).


Sekarang sudah tidak ada lagi negara umat Muslim. Mesir pada zaman Abdul Nassir cuba mahu mengambil tempat khalifah, tetapi mahu menjadi pemimpin dunia Arab tidak mampu.


Saudi Arab melakukan percubaan yang sama dulu dan sekarang. Sekarang  Saudi menjadi pihak utama dalam campur tangan politik di negara-negara Arab selepas dilanda Arab Spring bermula dari Tunisia sehingga ke Mesir, Syria,  Yaman dan lain-lain. Gelora dan kecamuk semua negara Arab berkenaan, tetapi usaha Saudi belum berhasil.


Kembali kepada isu negara-negara Muslim zaman dahulu. Jika dipandang dari sudut fahaman agama zaman manusia maju kini yang ada kebebasan, demokrasi, hak asasi manusia dan sebagainya nyata sekali bahawa semua negara umat Islam yang juga dipanggil negara khalifah adalah kuku besi atau diktator belaka.


KENAPA?


JAWAPANNYA bukan sama sekali Islam itu membenarkan dilaksanakan politik secara zalim, tetapi kerana zaman itu dan zaman sebelumnya seperti zaman pertengahan macam di negara-negara Eropah, zaman Yunani-Roman, zaman Firaun, zaman China purba, zaman India purba, zaman Melayu purba dan sebagainya adalah kerajaan berkuku besi yang memerintah masyarakat yang serba kasar, bengis, jahat dan zalim belaka.


Kini negara-negara Muslim di Asia Barat masih berciri negara-negara Muslim atau negara -negara khalifah zaman dahulu kerana tidak ada sebuah negara Arab tidak berkuku besi, sama ada yang dipedintah oleh raja atau tentera.


Logikkah umat Muslim ambil contoh negara-negara umat Muslim atau negara khalifah itu untuk dilaksanakan seperti yang pernah diusahakan oleh Taliban dan kini sedang diusahakan oleh ISIS pula?



Ulasan

Unknown berkata…
Saya setuju.. Allah ada perancangannya sendiri.