
"Ada pakatan jahat menentang Libya," kata Saif, dengan memberi alasan bahawa "sebuah kumpulan Islam dengan agenda tenteranya yang berada di balik rusuhan yang berlaku di beberapa bandar besar Libya kini.
Saif mendakwa Libya akan menyaksi "sungai darah" serta pemergian syarikat-syarikat minyak asing dan negara akan dikuasai "imperialis" jika kekerasan berterusan.
Alasan yang sama pernah diguna di Tunisia dan Mesir sebelum ini bagi menakutkan masyarakat dunia bahawa puak Islam akan berkuasa jika kerajaan konvensional yang ada kecundang.
Sementara anak-anak lain Gaddafi seperti Khamis dan Saadi serta ketua perisikan negara, Abdullah Sanussi dilaporkan memimpin kempen untuk menghentikan tunjuk perasaan di Benghazi.
Laman web Al-Ikhwan al-Muslimun pula mendakwa Seif al-Islam Gaddafi cedera dalam kejadian tembak menembak ketika ayahnya telah melarikan diri bersama isteri dan puterinya.
Selain itu, Reuters pula melaporkan bahawa ramai tentera Libya telah membelot dan bergabung dengan penunjuk perasaan.
Ini merupakan gelombang kedua kebangkitan umat Arab dan ia berbeza dengan gelombang pertama kebangkitan mereka. Ini kerana gelombang kedua ini boleh dikategori sebagai kebangkitan politik disebabkan digerakkan oleh pelbagai puak pembangkang bersama gabungan massa dan suku kaum dalam konteks Libya, kebangkitan politik dan mazhab dalam konteks Bahrain dan kebangkitan politik dan pemisahan wilayah dalam kontesk Yaman. Sedangkan gelombang pertama boleh dikategori sebagai kebangkitan massa kerana ia digerakkan oleh golongan muda kemudian segenap lapisan masyarakat ikut serta. Puak pembangkang ketinggalan ketera api dalam gelombang pertama ini dan mereka baru muncul selepas kereta api bertolak. Malah ada juga yang baru muncul selepas kereta api telah sampai ke destinasi.

3 comments:
Salam saudara,
saya baru menonton siri debat saudara bersama asri.
sejujurnya, saya kagum dengan kesabaran saudara berkongsi pandangan tentang isu aurah tu.
hakikatnya memang sebahagian besar pemikiran umat islam malaysia disempitkan oleh mazhab2 tertentu, aliran2 tertentu.
saya agak terkilan sebagai rakyat malaysia, saudara yang sanggup meninggalkan universiti untuk menjadi penulis di bumi Malaysia dilayan sebegitu rupa. Walaubagaimanapun,saya harap usaha saudara berjaya dalam membangunkan universiti di selatan thailand.
dan izinkan saya memohon maaf,mewakili para hadirin tempoh hari yg bg saya langsung tidak menggambarkan kesopanan orang melayu, apatah lagi nilai2 islam.
terima kasih dan saya doakan perjalanan saudara diredhai dan sentiasa mendapat keberkatan dari yang Maha Kaya, Allah.
terima kasih, dan terus menulis!
Saudar Astora Jabat,
Maaf jika luar topik. Namun saya merasakan saudara seorang muslim yang terbuka dan memahami.
Saya dilahirkan dalam keluarga melayu di malaysia.
Kini, saya memilih untuk keluar dari Islam. Namun, seperti yang tuan tahu, keadaan orang islam yang ingin keluar dari Islam tidak mendapat kebenaran sama sekali.
Soalan saya adalah, bagaimanakah saya mampu untuk hidup dalam keadaan terkurung dalam dunia Islam?
Mengapa seksaan sebegini?
Mr Otto,
Keluar Islam.???
Waia saya tidak pot dan tidak setuju pemurtad di bunoh.Hukum itu hukum hadis palsu yang di tiru dari Bible Old Testament.Quran tidak sebut hukumam duniawi bagi pemurtad.Cuma hukuman neraka di akhirat di sebut oleh Quran bagi simurtad.
Bagi saya ia nya "Good riddence to bad rubbish".!!!
Dan anda masuk Kristian,bukan.???
Kristian adalah satu agama yang berasaskan bohongan(lie). Mengatakan Tuhan itu satu dan kemudian berkata Tuhan itu tiga, adalah bohong semata mata.
Berkata Tuhan boleh mati di seksa orang Roman dan hidup semula adalah bohong juga.
Berkata Jesus mengabil dosa orang Kristian juga adalah bohongan.
Original sin adalah bohongan kerana sin tidak boleh tukar milik ataupun di inherit.
Seksa.??? Allah janjikan seksa bagi mereka yang kafir di dunia dan di akhirat masuk neraka.
Sila baca
http://warongpakyeh.blogspot.com/2009/06/christian-dogmas-debated.html
Post a Comment