Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim adalah kawan baik saya. Beliau yang berfikiran terbuka itu banyak membela saya bila diserang orang-orang tertentu dalam kerajaan yang memusuhi saya tertamasuk seorang ulama. Walaupun beliau dikelilingi orang-orang Salafi yang lebih dikenali sebagai Wahabi itu, tetapi beliau tetap memberi sokongan kepada saya yang tidak disukai puak Walafi ini.
Beliau pernah memberitahu kepada hadirin dalam sebuah seminar mengenai pemikiran Syeikh
Muhammad bin Abdul Wahhab di mana saya menjadi salah seorang pembentang kertas kerja bersama beberapa pembentang kertas kerja Salafi bahawa biarlah Astora berbeza dengan kita.
Saya kenal Shahidan sebelum Dr. Mohd Asri Zainul Abidin kenal beliau, iaitu kekita saya bertugas di Kaherah dan ketika itu beliau masih menjadi wakil rakyat biasa. Tetapi saya hanya rapat dengan beliau menjadi menjadi Menteri Besar Perlis.
Walaupun Shahidan merupakan ahli politik yang mudah baik dengan semua orang dan mudah mengadakan hubungan dengan sesiapa saja, tetapi saya tidak percaya beliau ada kaitan dengan Jemaah Islamiah (JI). Jika mahu menganggap beliau menjadi ahli JI atau memberi pertolongan dengan puak itu sudah tentu saya tidak akan menerima langsung.
Shahidan bukan saja berfikiran terbuka dan memehami ajaran agama secara universal seperti saya ketengahkan dalam tulisan saya di Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan AL ISLAM, tetapi beliau juga paling menentang kekerasan dan
keganasan.
Malah dalam perbincangan dengan saya beliau juga turut mengkritik keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pergerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan pergerakan-pergerakan pengikutnya pada masa lalu.
Oleh itu bila ada orang politik di kalangan pak menteri yang menyoal saya tentang Shahidan, saya memberitahu mereka bahawa beliau bukan Wahhabi agama, tetapi Wahhabi politik dalam erti kata beliau bukan Wahhabi. Beliau berada di kalangan orang seperti itu kerana begitulah persekitran di negeri beliau dan beliau perlu kepada mereka untuk sokongan politik mereka.
Saya menganggap tindakan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin mengaitkan Shahidan pengganas JI sebagai tidak
ada fakta dan ia merupakan gosip politik.
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment