Friday, June 25, 2010
PENGUMUMAN ASRI
Posted by
Astora Jabat
at
9:36 PM
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uar akan menyerahkan borang sebagai ahli Umno semalam menegaskan bahawa beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini, lapor mStar pagi ini.
"Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.
"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dalam kiriman sms yang dihantar pada lebih kurang jam 10.35 pagi ini.
Pada masa yang sama, kata ulamak muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik.
"Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain.
"Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
Salam
1.Dr.Asri mengharap keredaan manusia maka pada manusialah dia diserahkan!!
2.Dr.Asri tak sembayang Istiharah ke?...sebelum buat keputusan.
Salam
Berharap beliau telah melakukan segala-galanya sebelum mengambil keputusan sukar itu.
Post a Comment