Monday, June 21, 2010

PELBAGAI REAKSI DR. ASRI MASUK UMNO

Di bawah ini beberapa rencana yang mengandungi reaksi daripada pelbagai pihak. Sila baca dan renung.


1- Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri - PAS

Oleh SIRA HABIBU (mStar)


PETALING JAYA: PAS tidak gentar dengan strategi Umno untuk menarik lebih ramai ulama menyertai parti itu.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata parti itu tidak akan lemah walaupun lebih seribu ulama menyertai Umno.

"Ulama yang menyertai Umno itu akan hanya 'mengorek lubang untuk menguburkan' diri mereka sendiri kerana parti itu

tidak akan memberi jawatan penting kepada pemimpin berkenaan.

"Kami tidak berasa terancam kerana akhirnya ulama yang menyertai Umno itu akan menjadi lemah,” katanya di sini

hari ini.

Idris berkata demikian sebagai mengulas artikel Umno Online yang mendakwa 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis,

Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai parti itu Jumaat ini.

Dalam entri terbaru yang dimuat turun di blognya semalam, Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat sebarang

keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib ragu-ragu dengan dakwaan bahawa bekas Mufti Perlis itu akan

menyertai Umno.

“Saya tidak yakin Dr Asri akan bekerjasama dengan Umno. Jika beliau menyertai Umno maka tanggapan saya mungkin

silap,” katanya.

Harun berkata ulama yang menyertai Umno adalah golongan yang tidak bertakwa.

“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara

terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah,” ujarnya.

Jelasnya, PAS tidak merasa terancam dengan langkah Umno merekrut ramai golongan ulama.



2- Saya Tidak Fikir Asri Akan Sertai Umno?

Oleh Mohd Sayuti Omar

DESAS desus bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai parti politik mendapat perhatian ramai termasuk kalangan pemimpin politik. Walaupun Asri menjelaskan beliau belum buat keputusan tetapi ia tetap menjadi perhatian. Semuanya bermula dan jadi heboh bila perkara Asri nak sertai Umno ini didedah oleh Setiausaha Kerja Umno, Abdul Raof Yusuf.


Menurut Raof, Asri akan sertai Umno bersama 100 orang cerdik pandai Islam termasuk yang berkelulusan Phd? Tarikhnya Jumaat ini bersempena dengan hari Umno akan mengadakan mesyuarat MT. Mungkin Najib Razak akan mengumumkan ketika itu? Kata Raof, Asri diberitakan akan menjadi ahli Dataran Merdeka dalam kawasan Bukit Bintang?

Melihat cara Raof menghebahkannya ia seperti benar akan berlaku. Tetapi dari sisi lain hebahan itu ada semacam tektik tertentu saja. Anihnya tidak ada pula tokoh-tokoh besar mengalu-alukan desas desus itu apakah ada orang Umno tidak berminat dengan Asri?

Ramailah juga orang mengajukan pertanyaan kepada saya apakah benar desas desus itu. Saya tidak dapat nak mengesahkan cuma mengikut perkembangan - desas desus itu menerusi portal berita saja. Adapun kali terakhir saya berjumpa dengan Asri ialah pada hari kematian Hassan Shukeri. Beliau turut hadir untuk menyembahangi jenazah Hassan.

Sementara menanti kehadiraan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, saya nampak Asri duduk di kerusi bersama Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin yang lain. Ketika dia berjalan nak masuk bawah bangsal tempat sembahyang jenzah dia ada berjalan ke arah saya dan bersalaman. Kami sempat bercakap sepatah dua, dan beliau menceritakan biliau biasa ziarah Allahyarham.

Semasa muktamar Pas di Kota Bharu dua minggu lepas beliau juga hadir. Menjadi tetamu pada muktamar Dewan Pemuda Pas dan juga tetamu VVIP pada muktamar penuh di Putik. Kehadiran di dua majlis itu menjelaskan secara politiknya beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Pas. Ada tanda-tanda beliau berminat dengan Pas.

Pun begitu kalau dia tiba-tiba nak sertai Umno tidak menjadi masalah. Tidak semestinya orang yang hadir pada muktamar Pas, menjadi tetamu kehormatan tidak boleh masuk Umno. Sedangkan pemimpin Pas sendiri ada yang masuk Umno. Mungkin juga Asri nak melihat bagaimana Pas bermuktamar. Ataupun dia hadir kerana menghormati jemputan. Atau pun merisik dan melihat sejauh mana penerimaan orang Pas ke atas kehadirannya.

Mungkin juga disebabkan kehadiran Asri itu maka Umno merasa gerum dan bimbang. Makanya sesuatu kena dibuat. Itulah Raof pun buat kenyataan yang Asri nak sertai Umno. Hubungan Asri dengan bekas MB Perlis Shahidan Kassim digunakan sebagai hujahnya. Shahidan juga mengatakan yang Asri mungkin pilih Umno. Sekali lagi hubung baik Asri dengan Shahidan tidak semestinya Shahidan akan menyertai Umno.

Semasa berlaku kes Asri ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah saya berkesempatan berjumpa dengannya di sebuah rumah di Hulu Klang. Ada beberapa orang pengikutnya menyebut, kalau payah sangat nak ceramah dan mengajar buat mereka suruh Asri parti sendiri. Berdasarkan kata-kata itu boleh dianggap kalau Asri menyertai mana-mana parti pun sebagai helah atau dijadikan platform untuk beliau berdakwah saja. Pada saya tugas dan tanggungjawab Asri memecahkan beberapa persoalan dalam Islam lebih penting untuk beliau sertai parti kerana nak jadi Yang Berhormat.

Justeru saya tidak kira Asri akan menyertai parti politik dalam masa terdekat. Kalau beliau benar menyertai Umno pilihan itu pada saya salah. Beliau tidak akan mampu untuk memperbaiki parti berkenaan. Begitu juga kalau penyertaanya bertujuan untuk memperkasakan Umno. Dalam perhatian saya penerimaa dan tafsiran kepentingan Melayu dalam minda Asri sama dengan penerima dan tafsiran Nik Aziz. Perjuangan Asri bukan kepada Melayu tetapi kepada masalah kekeliruan, bidayaah atau kurafat dalam Islam. Manakala mempercayai kepada Melayu itu sebagai satu-satu kuasa dapat menyelamatkan Malaysia juga saya kira kurafaat atau bidaah!

Kerana itu beliau tidak akan cari fasal dengan Umno. Begitu juga kalau beliau menyetertai Pas beliau juga tetap bermasalahan. Tuduhan beliau sebagai penganut fahaman wahabi menyebabkan beliau akan ditentang oleh sebahagian ahli Pas yang kuat berpegang kepada mazahab. Kalau ada beberapa fahaman dan pembaharuan yang dibuat Nik Aziz pun dipersoalkan apa lagi kalau Asri bercakap sebagai ahli Pas.

Secara peribadi saya masih berpegang kepada nasihat saya kepada Asri sebelum ini agar beliau tidak menyertai mana-mana parti politik untuk mengekekalkan kehebatannya. Martabat dan wibawanya sebagai ulama akan tercemar kalau beliau menerjunkan diri dalam parti politik. Beliau akan terus disanjung dihormati oleh semua pihak jika beliau berada dalam keadaan bebas. Hari ini orang Umno tidak membenci Asri, orang Pas juga tidak membencinya dan orang PKR juga tidak mencemuhnya. Tetapi kalau beliau sudah menyertai mana-mana politik boleh akan dibenci dan akan dicemuhi.

Kalau beliau sudah menyertai Pas beliau tidak lagi akan dipanggil ke majlis-majlis Umno begitu juga kalau beliau menjadi ahli Umno. Politik Malaysia yang masih lagi belum tamadun, terbuka dan profesional sukar untuk sesuatu parti menerima pandangan dan hujah pihak lain. Malahan bukan saja untuk diudang memberi pandangan yang berkadas, hatta setakat untuk berada dalam satu majlis pun sukar.

Kalau boleh biarlah Asri kekal dengan kedudukan seperti hari ini, berkawan dengan semua pihak di mana cara ini juga memberi peluang beliau untuk berdakwah seluas dan sebebasnya. Kalau beliau membuat teguran atas kedudukannya sebagai bebas beliau tidak akan dilihat sebagai teguran politik dan mungkin diterima. Tetapi kalau sudah menjadi ahli parti teguran itu akan dianggap sebagai teguran politik walaupun ia adalah yang haq tetapi akan dianggap sebagai jahat

http://msomelayu.blogspot.com/


3- MP Pakatan: Lebih wajar Dr Asri kekal bebas

Oleh Zulaikha Zulkifli (Malaysiakini)


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat lebih sesuai tidak menyertai mana-mana parti politik dan

kekal bebas seperti sekarang.

Ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berpendapat, lebih wajar bagi pensyarah Universiti Sains Malaysia

(USM) itu tidak menyertai Umno bagi "mengembangkan ilmu agamanya".


"Jika beliau sertai parti politik, beliau tidak boleh menjadi pensyarah. Banyak ilmu beliau perlu dikembangkan

kepada anak-anak muda.

"(Selain itu) beliau juga tidak akan ada kebebasan untuk bersuara kepada semua pihak. Jadi lebih baik dia tidak

menyertai parti politik," katanya semasa dihubungi Malaysiakini semalam.

Selain itu, Dr Lo' Lo' juga berkata, sukar baginya untuk mempercayai jika Dr Mohd Asri akan menyertai Umno.

"Bagaimana seorang yang menentang Umno tiba-tiba akan menyokong Umno.

"Banyak dasar-dasar Umno yang beliau kritik. Jadi amat sukar untuk mempercayai beliau akan masuk Umno," katanya

yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

Mengulas ura-ura penyertaan 100 lagi ulama ke dalam Umno Jumaat ini, Dr Lo' Lo' berkata perkara itu tidak logik

kerana banyak ulama popular seperti Datuk Dr Harun Din dan Taib Azamuddin memilih bersama pembangkang.

'Kami percaya dia akan masuk Pakatan'

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula berkata, beliau juga tidak percaya Dr Mohd Asri akan

menyertai Umno kerana "beliau sendiri amat menentang prinsip yang dipegang Umno"


Bagaimanapun Zuraida menambah, pihaknya akan bersikap terbuka dan tidak akan mendesak Dr Mohd Asri untuk

menyertai Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, jelasnya, terserahlah kepada kebijaksaaan Dr Mohd Asri untuk menentukan masa depannya melalui sesuatu

parti politik.

"Kami percaya, jika beliau (Dr Mohd Asri) nak masuk dalam dunia politik, beliau akan masuk Pakatan," katanya yang

juga ahli parlimen Ampang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula ketika dihubungi menyerahkan perkara tersebut kepada Dr Mohd Asri

sendiri untuk menentukannya.

Khalid berkata, beliau inginkan pengesahan terlebih dahulu sebelum beliau membuat apa-apa kenyataan berhubung

perkara ini kerana tidak pasti dengan kesahihan ura-ura itu.

"Bagi saya, Dr Mohd Asri tidak berminat hendak sertai politik. Kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Atau perkara yang diwar-warkan ini adalah untuk memulihkan imej Umno," katanya.



4- Timbangan politik mungkin hadkan peranan Asri di Umno
Oleh Adib Zalkapli (Malaysian Insider)


June 21, 2010KUALA LUMPUR, 21 Jun - Ketika Umno berharap untuk pulih daripada kesan tsunami

politik 2008 dengan memikat Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beberapa pemimpin agama menyifatkan kontroversi yang

melibatkan beliau boleh membataskan impak dan kemampuan bekas mufti Perlis itu untuk mmenjana sokongan pengundi-

pengundi Melayu.

Beberapa tokoh yang dihubungi berpendapat bahawa pendirian Asri dalam isu-isu agama kemungkinan akan terikat atau

terhad disebabkan pertimbangan politik.

Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad berkata Asri perlu terlebih dahulu membuat keputusan berhubung

peranan yang beliau mahu mainkan dalam Umno.

“Itu terpulang kepada beliau sama ada mahu terlibat secara aktif ataupun tidak,” kata Nakhaei yang meninggalkan

PAS pada 1980 sebelum menyertai Umno.

Bagaimanapun Nakhaei menolak pandangan PAS bahawa ulama seperti Asri akan disisihkan selepas menyertai parti

Melayu kebangsaan itu.

“Ketika saya dalam PAS, saya tidak menyumbang banyak kepada Islam tetapi selepas menyertai Umno, mereka yang

banyak memahami kerja yang saya lakukan amat menghargai sumbangan saya,” kata beliau yang mengetuai Yayasan Islam

Yadim sehingga akhir tahun lepas.

“Saya tidak hilang apa-apa apabila meninggalkan PAS,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Pun begitu, Nakhaei mengakui Asri perlu mengelak daripada membuat sebarang kontroversi yang boleh memberikan kesan

kepada Umno.

“Beliau perlu lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan kontroversi yang boleh beri kesan kepada Umno,” kata

Nakhaei.

Asri terkenal kerana pendirian progresif beliau berhubung soal syariah tetapi ada pihak yang tidak senang

dengannya.

Ketika menjadi mufti Perlis, beliau bercakap mengenai polisi moral yang menyebabkannya popular di kalangan

komuniti Muslim tetapi pada masa sama mengundang kontroversi.

Sementara beliau popular di kalangan golongan muda, Asri dilihat tidak digemari beberapa mufti negeri dan golongan

ulama.

Bekas presiden Abim, Dr Muhd Nur Manuty memberitahu Asri popular di kalangan orang Muslim tetapi tidak cukup kuat

untuk membantu Umno mendapatkan semula sokongan daripada mereka.

“Beliau mungkin mempunyai idea untuk menarik generasi muda tapi Umno kini dalam krisis,” kata Muhd Nur.

Ada yang berpandangan bahawa Asri akan menghadapi nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam Abim.

“Ketika Anwar menyertai Umno, parti itu berada di puncak di bawah pemerintahan Mahathir. Tetapi sekarang tidak

lagi,” tambahnya.

Muhd Nur merupakan sebahagian daripada pemimpin nasional Abim ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Umno pada

1982.

Muhd Nur, kini merupakan anggota biro politik PKR, telah berkhidmat sebagai presiden Abim dari 1991 hingga 1997.

“Saya tidak rasa ia akan memberi impak besar. Beliau (Asri) terlalu jauh berbeza daripada Anwar. Anwar merupakan

aktivis pelajar, Dr Asri seorang cendekiawan,” katanya.

Setiausaha Agung Abim, Raimi Rahim memberitahu The Malaysian Insider, Asri kemungkinan akan ada peranan untuk

dibawa dalam kerajaan sebagaimana dilakukan oleh pemimpin-pemimpin agama lain seperti Datuk Jamil Khir Baharom

yang kini bertanggungjawab terhadap hal-hal agama Islam dan timbalannya Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

“Beliau akan membawa idea baru, pendekatan baru yang mungkin boleh membuat orang kurang senang,” katanya.

“Tetapi sama seperti Jamil Khir dan Dr Mashitah beliau akan diberikan peranan. Selaku tokoh kontroversi beliau

akan membawa impak tetapi Umno perlu menjaganya denga baik,” tambahnya.

Semalam Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh memberitahu The Malaysian Insider bahawa Asri dijangka

menyertai Umno, Jumaat ini bersama beberapa ulama lain yang boleh membantu Barisan Nasional (BN).

Asri pula berkata masih belum membuat keputusan akhir lagi.



5- Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad (Malaysian Insider)


June 21, 201021 JUN — Hari ni heboh kononnya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan masuk Umno Jumaat ini bersama 100

orang ulama termasuk yang berkelulusan Phd. Berita Harian memetik kata-kata Setiausaha Kerja Umno dan Ketua Umno

Bahagian Bukit Bintang sebagai berkata bahawa kemasukan Asri dan kumpulannya ini akan menyemarakkan sokongan orang

Melayu kepada Umno. Beliau ini dilaporkan sebagai turut terlibat untuk membawa masuk Asri. Asri sendiri dalam

kenyataan ringkas dalam laman webnya menafikan telah membuat keputusan untuk masuk mana-mana parti politik.

Sebelum timbulnya berita ini, akhir-akhir ini, Asri nampaknya lebih mesra dengan PAS. Ketika panas isu beliau

ditahan, beliau membuat kunjungan strategik melawat Mursyidul ‘Am PAS di Kelantan. Gambarnya menghadiri Muktamar

Pemuda PAS baru-baru ini tersiar di akhbar perdana. Beberapa kali beliau dijemput mengisi forum anjuran kerajaan

Kelantan. Jadi berita terbaru ini mungkin mengejutkan dan menggusarkan peminat beliau di dalam PAS atau Pakatan

Rakyat.

Mengenali beliau, saya tidaklah terlalu terkejut dengan semua gerak-geri Asri dengan orang-orang politik seperti

di atas. Cuma saya simpati kepada mereka yang terlalu lurus dalam membaca gerak-geri politik Asri. Izinkan saya

buat komen ringkas untuk bagi membantu menjelaskan letak duduk perkaranya...

1. Tentang benar atau tidak berita ini, saya rasa kalaupun tidak benar tetapi mesti ada asasnya. Kalau tak ada

angin takkan pokok bergoyang. Yang bercakap ini bukan sebarang orang. Dalam majlis yang sama ada Datuk Seri

Shahidan Kassim, gandingan utama dan penyokong kuat Asri.

2. Bagi mereka yang cenderung kepada PR, sukakan Asri dan marah dengan berita ini saya katakan: Takkanlah tak tahu

lagi hubungan rapat selama ini antara Asri dengan beberapa tokoh Umno terutama Shahidan Kassim yang merupakan

“promoter” dan pendokong Asri yang sangat komited dan aggresif. Dari dulu saya agak hairan dengan bacaan politik

pemimpin dan pendokong PR yang terlalu “berminat” dengan Asri.

3. Tentang dakwaan bahawa kemasukan Asri akan membawa keuntungan, seperti yang saya tegaskan dan jelaskan dalam

beberapa tulisan saya sebelum ini ialah, Asri, aliran dan kumpulannya adalah merupakan suara minoriti dan janggal

(syaz) dikalangan para ulama dan ilmuwan Islam di negara kita dan dalam peta aliran Islam global amnya. Cuma tak

semua ulama dan ilmuwan arus perdana itu mahu bersuara secara terbuka. Jadi hakikatnya, mana-mana parti yang

memberi ruang kepada Asri dan mereka yang seumpamanya sebenarnya telah tidak peka dan sensitif kepada pandangan

dan perasaan sebegitu ramai ulama dan ilmuwan Islam yang lain. Para ulama dan ilmuwan ini bersikap demikian

terhadap Asri berasaskan ilmu dan iman yang ada pada mereka. Mereka ini pula semuanya ada ruang pengaruh mereka

masing-masing dan tidak hanya berdiam diri melihat sesuatu yang pada ilmu dan Iman mereka diyakini salah. Oleh

itu, dalam realiti politik Malaysia, mana-mana parti politik yang memberikan ruang dan tempat kepada Asri dan

mereka yang seumpamanya adalah sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko kehilangan sokongan dan bahkan

tentangan daripada suatu kelompok yang begitu penting — baik dari segi prinsip agama mahupun perkiraan politik.

Maka, eloklah parti-parti politik yang berminat sangat untuk memberi ruang kepada Asri lebih banyak mengkaji,

meneliti dan mengambil pandangan-pandangan yang patut diambil.

(Dalam konteks PAS, saya teringat Subki Latiff, tokoh veteran PAS yang luas pengalamannya, telah menulis dalam

kolumnya di Harakah tentang Asri ketika hangat isu penangkapannya dulu. Secara halus dan berlapik, Subki

menyatakan pandangannya bahawa PAS tidak sesuai bagi seseorang yang seperti dan mempunyai agenda seperti Asri.)

4. Tentang dakwaan bahawa ada 100 orang ulama berkelulusan tinggi yang akan bersama-sama Asri menyertai Umno, saya

agak sangsi dengan maklumat ini. Tak semua maklumat yang berkaitan Asri mestinya benar seperti dalam kes “minum

air ludah ustaz” yang beliau timbulkan baru-baru ini. Kalau dihitung-hitung rasanya tak cukup 100 orang ulama yang

benar-benar ulama yang bersama dengan Asri. Memang ada mereka yang berkelulusan agama yang bersama Asri, tetapi

hatta mereka ini belum tentu akan mengikuti langkah Asri jika betulpun beliau akan masuk Umno atau PAS. Saya

ketahui dengan pasti bahawa hatta mereka yang berkongsi beberapa fahaman agama dengan Asri tidaklah sentiasa bulat

menyokongnya.

Begitulah komen ringkas saya. Moga-moga ada manfaatnya dalam membentuk persepsi yang lebih betul. WaLlahu a’lam.

* Dr Yusri Mohamad ialah Bekas Presiden ABIM, Naib Presiden Majlis Amal Islami Malaysia, dan pensyarah UIAM.



6- Umno membisukan ulama
http://episodeperjuangan.blogspot.com/


1. Kesempatan saya menziarahi bumi Sana'a dimanafaatkan sepenuhnya untuk bermujaalasah bersama ulama' - ulama' al

amilin yang hebat dan terbilang di Yaman . Insyaallah , saya akan ceritakan kemudian beberapa mutiara ilmu dan

berkongsi pengalaman berharga dengan sahabat - sahabat sekelian.

2. Ulama' adalan insan yang dimuliakan oleh Allah swt dengan ilmu dan keperibadiannya yang menepati ilmu yang

dimiliki . Pun begitu , sebahagian ulama' ada yang mendapat kemurkaan dan kutukan Allah swt lantaran mereka

mengkhianati ilmu yang dimiliki.

3. Menjual agama demi mendapatkan habuan dunia , mendiamkan diri tatkala berdepan maksiat dan mungkar ,

menyembunyikan kebenaran dan bertindak tidak berasaskan ilmu adalah contoh pengkhianatan terhadap ilmu Islam .

Ulama' yang mengkhianati ilmu dan agama Islam ini turut digelar sebagai ulama' as Suu' [ jahat ] atau Syaithan

Akhras [ bisu ] .

4. Sehari dua ini riuh rendah negara dengan berita kononnya 100 ulama' yang bertaraf sarjana dan memiliki Phd akan

menyertai Umno . Berita ini sekali lagi menjadi fenomena sensasi negara, mungkin untuk menghiburkan rakyat yang

sedang menderita ekoran peningkatan kadar jenayah dan kemungkaran yang melampau atau mengalih pandangan rakyat

dari isu - isu negara [ seperti : rasuah , judi dll ] yang menuntut kesedaran dan kebangkitan mereka untuk membuat

perubahan .

5. Umno dan BN adalah sebuah parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka malah aktiviti

mereka kadangkala tidak menghiraukan dosa dan pahala . Bahkan kerajaan yang mereka pimpin juga sering menganjurkan

kemungkaran tanpa sedikitpun rasa bersalah sebaliknya mereka pertahankan segala dasar yang bertentangan dengan

wahyu Allah swt .

6. Ulama' sebagai institusi yang hampir dengan agama dan dekat pula dengan Allah swt sewajarnya arif dan faham ,

dimanakah wajarnya untuk menempatkan diri mereka agar diredhai oleh Allah swt . Mereka jua selayaknya bijak

menilai flatform manakah sesuai untuk mereka berperanan dan menjalankan tugas mengimarahkan ilmu yang mereka

miliki .

7. Umno dan BN bukanlah sukar untuk dinilai . Malah sebelum ini UMNO pernah dianggotai oleh para alim ulama'

sehingga wujudnya biro agama dalam Umno . Tetapi sejarah telah memahat satu iktibar yang perlu diinsafi sepanjang

zaman oleh semua termasuk para alim ulama' sendiri . Membantah kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO pada waktu itu

termasuk judi yang dihalalkan oleh UMNO , maka sekumpulan ulama' yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Fuad

Hassan , Al Fadhil ustaz Hj Ahmad Maliki , Al fadhil ustaz Hj Ahmad Badawi , Al Fadhil Tuan Guru Tuan Hj Ahmad

Tuan Husein , Al Fadhil Tuan Hj Mansur dan ramai lagi telah keluar daripada UMNO lalu menubuhkan persatuan Ulama'

Se Malaya dan kemudiannya menjadi Persatuan Islam Se Malaya dan kini PAS [ Parti Islam Se Malaysia ] .

8. Realitinya UMNO tidak sesuai untuk ulama' berperanan dan berfungsi sebagai pejuang , pemimpin serta penyelamat

ummah yang meletakkan kepentingan agama mengatasi segalanya. Kecuali ulama' kelas kedua seperti ulama' dunia ,

ulama' jahat , ulama' cari makan , ulama' kuda kepang , ulama' terompah kayu dan ulama' bisu .

9. Ulama' yang masih kekal berada di dalam UMNO sehingga hari ini ialah ulama' bisu yang hanya mampu melihat

kemungkaran dan kemaksiatan berlaku dihadapan mereka tanpa mereka mampu berbuat apa - apa . Sebaliknya ulama' -

ulama' ini dijadikan alat untuk menyerang PAS . Mereka diam membisu tanpa sepatah kalimah apabila kerajaan

menambah dan meluluskan lesen judi . Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga tatkala berdepan dengan

aktiviti mungkar yang dianjurkan oleh kerajaan UMNO dan BN . Lebih menyedihkan apabila ulama' ini diperlaku

bagaikan lambakan kain buruk yang tidak bernilai dan hanya digunakan bila perlu . Itu pun sekadar untuk membaca

doa di majlis keraian , mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan dan berhujjah menghadapi hujjah dari PAS .

10. Menyertai UMNO seperti terperangkap di pasir jerlus . Sukar untuk menyelamatkan diri . Nilai hebat sebagai

ulama' tidak diiktiraf sebaliknya mereka tidak ubah seperti orang awam malah lebih rendah daripada itu apabila

peranan mereka dibatasi dan dihalang . Entah tidak diketahui sejak bila pula UMNO tahu menilai dan menghargai

ulama' kecuali ulama' sering menjadi bahan cercaan pemimpin - pemimpin mereka . Hanya sehari dua ini UMNO

berteriak mencari sokongan dan menggamit alim ulama' menyertai parti mereka. Jelas kelihatan mereka sangat

desprade untuk mengekalkan pengaruhi mereka dikalangan ummat Islam .

11. Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti -

mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat

mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman

sekular .

12. Isu ini menjadi menarik apabila sahabat saya Al Fadhil Dr Asri Zainal Abidin turut dikaitkan sebagai salah

seorang dari 100 ulama' yang akan menyertai UMNO . Saya berdoa agar Dr Asri dan para alim ulama' tidak menyertai

UMNO untuk meperkasakan dan memperkuatkan lagi perjuangan UMNO dan BN yang bathil . Bahkan hati kecil saya

merasakan bahawa Dr Asri tidak akan menyertai UMNO . Kerana menyertai UMNO dan BN akan mencemarkan kewibawaan

beliau sebagai seorang ulama' yang disegani dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat . Wallahua'lam bissowab

, hidayah dan petunjuk adalah milik Allah swt dan ia mengurniakannya kepada siapa yang ia kehendaki .

13. Platform yang paling sesuai dan terbuka sebagai ruang untuk mereka para alim ulama' berfungsi dan berperanan

mendaulatkan syariat dan memartabatkan syiar agama Allah swt ialah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

0 comments: