Wednesday, June 30, 2010
Hosni Mubarak Malaysia tentang kerajaan!?
Posted by
Astora Jabat
at
10:29 PM
Hosni Mubarak yang saya akan bincang di sini bukan Presiden Hosni Mubarak dari Mesir, tetapi Hosni Mubarak Malaysia yang mendakwa diri ditipu UMNO kerana menyenarainya sebagai antara 40 ulama muda yang menyertai UMNO minggu lalu. Beliau kini menjadi penceramah popular yang menaiki pentas Pas di merata tempat.
Kehebatan Pas dalam mengambil peluang dalam semua keadaan ini tidak ada dalam UMNO disebabkan parti pemerintah ini selesa dengan sokongan media perdana.
UMNO nafi bahawa Hosni berada dalam senarai 40 orang ulama muda yang menyertai UMNO itu. Bagaimana Hosni muncul dalam majlis penyertaan UMNO berkenaan masih menjadi tanda tanya UMNO sendiri.
Tetapi bukan itu yang saya mahu bincang di sini.
Sebaliknya yang saya mahu bincang adalah nama Hosni Mubarak dan kebarangkalian ada kaitan bapa beliau dengan pemilihan nama berkenaan.
Mungkin bapa Hosni Mubarak merupakan peminat Presiden Hosni Mubarak dan jika ini benar, bererti dia juga menyokong kerajaan di Malaysia pada masa lalu. Kerana jika dia menyokong Pas, sudah tentu dia akan memilih nama anaknya nama lain. Tetapi kini mungkin dia menyokong Pas seperti anaknya, Wallahu'alam.
Tidak kisah dia kini menjadi penyokong Pas atau tidak, tetapi anaknya sekarang, Hosni Mubarak patut tukar nama beliau itu kepada nama yang lebih sesuai seperti Hassan al-Banna, Abdul Qadir al-Audah, Sayed Qutb dan lain-lain.
Ini kerana nama Hosni Mubarak bukan saja nama pemimpin kerajaan, tetapi nama ini juga sangat buruk sekali imejnya di kalangan cerdik pandai Arab dan Muslim di negara-negara Arab, Islam dan dunia.
Saya rasa Hosni Mubarak yang pernah menuntut di Jordan itu pernah diusik dan dikacau oleh rakan-rakannya di kalangan orang Arab dan orang Muslim bukan Malaysia. Kerana nama itu sangat buruk pada mereka.
Mahu mengetahui lebih jelas tentang kedudukan nama Hosni Mubarak, cubalah baca akhbar-akhbar Arab dalam talian dan buka juga laporan pertubuhan-pertubuhan hak asas manusia tentang beliau yang boleh didapati dalam Internet.
Dengan itu Hosni Mubarak patutlah tukar nama beliau. Kerana Rasulullah s.a.w. menyuruh kita memilih nama yang baik. Ini pandangan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment