Sunday, June 20, 2010

ASRI PERLU SERTAI UMNO TAPI..

Penyertaan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam UMNO bukan pilihan, tetapi kepastian dalam keadaan sekarang, sama ada bagi pihak UMNO mahupun bagi pihak beliau sendiri.

Ini respond awal saya terhadap berita yang dibaca semalan dan hari ini.

UMNO Online semalam melaporkan Asri bersama 100 orang ulama akan menyerartai UMNO bagi memperkasakan parti itu untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti. Malaysiakini dan mStar hari ini pula memetik Asri berkata bahawa beliau masih belum membuat keputusan untuk menyertai UMNO.

Saya menganggap penyerataan Asri ke dalam bukan pilihan, tetapi kepastian kerana dua sebab sekurang-kurangnya.

Pertama, dalam UMNO tidak ulama yang mampu memain peranan menjawab pelbagai isu agama yang dibangkitkan oleh puak pembangkang, Pas dan PKR terutamanya. Seseorang dua ulama yang ada dalam UMNO sekarang belum kelihatan memain sebarang peranan yang sepatutnya untuk menjawab pelbagai isu yang sentiasa dibangkit puak pembangkang itu. Menteri yang bertanggungjawab dalam bidang agama sekarang pun dilantik oleh UMNO di kalangan pegawai agama tentera dan bukan ulama. Saya bukan menentang pelaktikan ini, tetapi saya menyentuh perkara ini kerana memikirkan kesesuaian dan kredibiliti keulamaan untuk jawatan itu dalam konteks buhbungan antarabangsa dengan negara-negara Arab dan Islam.

Saya mempunyai pengalaman dengan seorang menteri yang bertangungjawab dalam bidang agama pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau yang merupakan seorang ulama, bekas pegawai agama tentera dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah belajar setajun di Al-Azhar itu tidak menguasai bahasa Arab. Kelam-kabut bukan main dibuat beliau bila berhadapan dengan berhadapan delegasi dan tetamu dari negara-negara Arab dan Islam. Dalam perjumpaan dengan bekas Syeikh Al-Azhar, Al-Marhum Dr. Mohd Sayed Tantawi di mana saya mewawancara ulama besar Mesir itu, beliau tidak bercakap kecuali dengan kami.

Paling teruk adalah dalam sebuah persidangan Islam peringkat dunia di mana beliau kena beri ucapan. Untuk berucap, beliau boleh membaca teks yang disediakan oleh kawan saya, orang Arab Mesir. Tetapi bila sampai kepada sesi soal jawab dengan wartawan luar negara termasuk negara-negara Arab, beliau tutup majlis dengan wassalamualaikum warahmatullahi wabakatuh sahaja tanpa memberi peluang walaupun beberapa beberapa wartawan Arab berdiri mahu bertanya....

Saya percaya Asri boleh memain peranan itu dan sebelum menjadi menteri jika menang dalam pilihanraya umum ke 13 atau dilantik menjadi senator, beliau boleh memainkan peranan seperti saya pernah lakukan hampir sepuluh tahun pada zaman Tun Mahathir dan Pak Lah dulu. Banyak isu yang dibangkit oleh pembangkang kini perlu diberi penjelasan yang berterusan kepada masyarakat seperti isu fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak sekali terdapat kelemahan dan kepincangan, tetapi tidak pernah dibangkit oleh ulama-ulama UMNO yang ada. Isu judi bola walaupun Asri sudah memberi pandangan tentang perkara it, isu nama Allah juga Asri pernah memberi pandangan tentangnnya dan lain-lain.

Kalau boleh, Asri perlu benar-benar berani seperti saya dalam menyatakan pandangan. Saya menyokong kerajaan dan UMNO keraja Allah menyuruh kita berbuat demikian, tetapi saya bebas dalam menyatakan pandangan. Saya yakin tentang apa yang saya tulis dan bincang. Saya tahu ada seorang dua ulama UMNO tidak suka saya dan menteri yang disebut di atas tidak suka saya. Tetapi mereka tidak dapat membuat apa terhadap saya. Malah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu berhubung pemikiran dan isu agama, mereka juga terpaska meminta kepakran saya. 

Satu lagi ialah Asri juga perlu jangan sama sekali memikirkan kedudukan dan jawatan jika mahu terlepas dari serangan. Kerana jika beliau menenting kedudukan dan jawatan bila menulis dan menyatakan pandangan, orang akan melihat beliau seperti dengan orang atau ahli politik UMNO biasa yang tidak boleh atau tidak berani bercakap benar. Mengambil pendirian ini memang susah, tetapi jika dapat dilakukan beliau selamat dan tidak kena kutuk dan ditentang seteruk sekarang.

Ini yang saya lakukan ketika bertugas dengan Utusan dulu. Saya tidak fikir tentang kedudukan dan jawatan sama sekali. Saya bersedia dihalau atau dipecat oleh Utusan setiap masa jika terpaksa. Malah bila saya mendapati ada orang atasan dalam Utusan mahu buat masalah dan mahu memangsakan saya, selepas membuat bermacam-macam pertimbangan saya meninggalkan akhbar itu.

Ramai orang melihat saya menyokong kerajaan dan UMNO kerana ada kepentingan peribadi Macam-macam tuduh saya termasuk Asri sendiri, tetapi lihatlah di mana saya sekarang. Meninggalkan Utusan yang saya anggap sebagai universiti paling penting saya kerana malas mahu tunduk kepada kerenah orang besar Utusan, tetapi saya dapat kerja yang lebih baik dengan bergaji jauh lebih besar.

Kini sudah kembali ke Thailand kerana untuk menjaga bapa yang uzur, tetapi saya mendapat tawaran politik di sini dan kini aktif sebagai aktivis politik biasa dan belum membuat keputusan muktamad. Pada waktu yang sama saya masih membantu UMNO dan kerajaan di sebalik tabir.

Rezeki saya pula lebih baik daripada ketika bersama Utusan dulu walaupun tidak ada kedudukan dan jawatan. Selain itu hidup saya kini amat tenang kerana tidak lagi menjadi orang/wartawan terkenal seperti dulu. Hidup dengan cara ini lebih seronok bagi saya kerana ada lebih masa untuk membuat kajian dan menulis.

Kedua, Asri ditentang oleh 99 peratus ulama dan mufti kerajaan. Beliau menyedari perkara ini. Asri juga berperang dengan Jakim, Jais dan banyak pihak lain. Sebagai contoh Jais memainkan isu ceramah tanpa tauliah yang mendapat sokongan kuat sultan Selangor. Jakim pula memainkan isu Wahhabi. Perang ini akan melumpuhkan Asri jika tidak dapat mencari jalan keluar yang sesuai. Dengan itu saya percaya dengan penyertaan dalam UMNO dan sedikit lagi mendapat jawatan penting dalam kerajaan, Asri bukan saja selamat, tetapi juga boleh pergi lebih jauh dalam perjuangannya. Ulama dan mufti yang bermusuh dengan Asri akan mengubah sikap dan tidak lagi lantang menentang beliau seperti sekarang. Jakim dan Jais pula begitu.

0 comments: