Sunday, June 20, 2010

ASRI MASUK UMNO BUKAN TAMPARAN KEPADA PAS

Meneliti reaksi terhadap laporan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin akan menyerati UMNO Jumaat ini ternyata ada beberapa laman web dan blog menyatakan bahawa ia satu tamparan kepada Pas.

Pada saya jika benar Mohd Asri menyerati UMNO pada Jumaat ini bukan menjadi tamparan kepada Pas, tetapi ia menjadi tamparan kepada ulama UMNO dan kerajaan yang 99 peratus  menentang beliau.

Saya percaya selepas Jumaat ini jika benar Mohd Asri menyertai UMNO pasti ada ulama UMNO dan kerajaan membantah secara senyap-senyap. Tetapi ada ulama yang berjawatan dalam kerajaan yang berani menentang Mohd Asri secara terang-terang, iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Mungkin penentang ulama UMNO dan kerajaan terhadap Mohd Asri walaupun secara senyap-senyap boleh mencetuskan perpecahan yang serius dalam UMNO dan kerajaan, iaitu perpecahan di kalangan ulama dan cerdik pandai agamanya. Ini kerana ulama dan cerdik agama dalam UMNO dan kerajaan yang rata-rata berfikiran tradiosional konservatif tidak menerima Mohd Asri yang pemikirannya berkotak Salafi ala Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Kotak pemikiran sedemikian dikenali di Malaysia dan di tempat saya sebagai Wahhabi. Bagaimanapun, Mohd Asri tidak suka digelar Wahhabi, tetapi beliau mahu digelarnya sebagai Salafi.

Sebenarnya kedua-dua gelaran itu walaupun berbeza, tetapi sama-sama mempunyai pengertian yang buruk dan negatif belaka jika mahu mengambil kira pengertian sezaman yang digunakan sekarang. Cuma gelaran Wahhabi pada penilaian saya dalam konteks sekarang adalah lebih baik daripada gelaran Salafi. Ini kerana Wahhabi hanya nisbah kepada Syeikh Muhamamd Abdul Wahhab seperti kita kata kita ini Syafi'i kerana mengikut Mazhab Imam asy-Syafi'i. Tetapi bila sebut Salafi, banyak sekali konotasi yang buruk dan negatif dalam konteks yang digunakan dalam masyarakat kini seperti fundamentalist (dalam pengertian yang tidak betul), tekstual, radikal, pengganas dan sebagainya. Jika Mohd Asri halusi perkara ini, saya beliau tidak akan suka juga digelar Salafi.

Saya tidak pernah mengambil kira bermacam-macam gelaran jelik yang diberi kepada saya termasuk yang diberi oleh Mohd Asri sendiri kepada saya. Kerana jika kita tidak benar seperti digelar orang, gelaran yang dicampak kepada kita akan terkena terkena kepada penggelar sendiri.

Selain itu saya sendiri sangat terbuka dengan perkara ini. Oleh itu bila saya menyatakan sesuatu pandangan dan pendirian, saya terserah kepada pembaca untuk menilainya. Jika pelajar itu  berfikiran terbuka, tidak bersangka buruk dan tidak taksub kepada puak, mazhab dan parti, dia bisa menilai dengan sebaiknya. Sebaliknya jika pelajar jenis berfikir tertutup, bersangka jahat dan taksub kepada puak, mazhab dan parti, tidak ada apa yang saya boleh harap daripada mereka melainkan kecaman dan jemuhan.

Perpecahan dalam UMNO dan kerajaan akan berlaku dalam tiga peringkat sekurang-kurangnya. Pertama, perpecahan antara ulama UMNO dan kerajaan dengan Mond Asri dan 100 ulama yang bakal masuk UMNO. Saya bincang perkara pada waktu lain insya-Allah.

Kedua, perpecahan antara ulama UMNO dan kerajaan dengan orang politik yang menyokong Mohd Asri. Sebenarnya ulama UMNO dan kerajaan kini pun kecewa dengan kerajaan kerana mereka boleh dikatakan tiada lagi jawatan penting dalam kerajaan dan institusi-insitusinya. Selepas zaman Tun Mahathir Mohamad, beberapa jawatan penting pernah diberi kepada mereka terutama yang kelulusan al-Azhar seperti Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertangungjawab dalam bidang agama terlepas dari mereka. Malah di kalangan mereka yang pernah berjasa dalam menghadapi krisis politik besar pada tahun 1998-1999 tidak lagi disambung kontrak.

Kedua, perpecahan di kalangan ahli politik UMNO sendiri kerana dalam politik politik ada yang pro dan kontra Asri. Tun Mahathir pernah diingatkan oleh mereka ini supaya berjaga-jaga dengan Mohd Asri.

Punca ulama dan cerdik pandai agama dan ahli politik UMNO dan kerajaan menentang Mohd Asri adalah kerana mereka mengecap beliau dengan gelaran yang tidak disukai beliau itu.

Pada saya Mohd Asri bukan seperti digelar masyarakat kini sekurang-kurangnya dari segi ketulenan. Ini kerana walaupun beliau berijtihad berlandasaskan metodologi Salafi Syeikh Muhammad Abdul Wahhab dan ulama-ulama sepertinya, tetapi pada waktu yang ada beliau juga menganut fahaman terbuka dalam agama seperti dipegang saya serta ada mentaliti anti-establiment dan ulama konservatif dan inilah yang menyebabkan beliau diterima golongan muda waktu ini.

Bukankah in kontradiksi? Kontradiksi antara ajaran agama keras Salafi dan pemikiran terbuka. Bukankah ini menggambarkan beliau tidak tulen, tetapi .... amat banyak ketetapiannya dan anda ramallah sendiri.

Kontradiksi ini mengundang banyak masalah kepada Mohd Asri kerana terpaksa berperang di banyak barisan.

Namun kontradiksi ini tidak menjejaskan kemimatan golongan muda kepada Mohd Asri. Ini kerana golongan muda kini sangat menginginkan pandangan baru dalam agama atau pembahaguan pemikiran agama. Pada mereka tidak kira dari kalangan mana bisa datang pandangan baru agana atau pembaharuan agama itu, mereka akan menerimanya.

Menurut orang yang kenal Mohd Asri, beliau telah berada di atas beberapa flatform sebelum berada di atas flatform Salafi ala Syeikh Muhammad Abdul Wahhab kini. Ketika belajar Kolej Islam Klang, kata orang yang kenal beliau bahawa Mohd Asri bersama sebuah bergerakan. Bila dia di belajar Jordan, beliau dikenali sebagai orang Pas. Pada tahun 2000 beliau masih bergerak dengan massa Pas, tetapi beliau memberitahu saya bahawa beliau bukan orang Pas. Beliau memberitahu saya begitu ketika saya hadir dalam majlis dialog di kampung isteri beliau di Bukit Mertajam. Beberapa minit sebelum naik pentas beliau minta saya supaya jangan memberi tahu khalayah bahawa beliau bukan orang Pas.

Saya fikir pada ketika itu beliau belum ada nama besar dalam masyarakat, maka beliau masih perlu kepada sokongan orang Pas. Kini berbeza kerana sudah menjadi orang terkenal, maka mencari flatform lain untuk meneruskan perjuangan. Laluan ini digunakan ramai orang sebagai jalan rinkas untuk menuju ke kuasaan. Ini yang dilakukan oleh Datuk Anwar Ibrahim. Dengan itu tidak hairan kini banyak analisis mengenai kemasukan Mond Asri ke dalam UMNO dilihat sebagai mengulang sejarah Anwar. Sejarang Anwar bukan mudah berulang di Malaysia terutama di kalangan golongan berpendidikan agama.

Saya tidak fikir walaupun Mohd Asri ada bermacam-macam kepentingan dalam politik akan melakukan perbuatan-perbuatan bodoh dan membuat kenyataan-kenyataan paslu selepas menyertai UMNO dan dapat kedudukan dan jawatan tinggi nanti.

5 comments:

Anonymous said...

Wahabi itu sunnah yg pure megajar tentang sunnah nabi...menentang bidaah...zaman sekarang terlampau byk perubahan dilakaukan dlm ugama...

Astora Jabat said...

Ya, kalau mahu ditasirkan sunnah itu, maka Wahhabi pun sunnah kerana juga jalan.

Ahmad said...

lagi satu, jangan samakan anda dengan Dr Asri
ramai org suka Dr Asri walaupun ada ulama yg tak suka

tetapi lain dgn anda, bukan sahaja ditentang oleh ramai ulama', ramai org yang membenci anda

sebab itulah anda sekarang seperti kucing kurap yang tidak ada harganya

Astora Jabat said...

Salam Ahmad,

Saya tidak bandingkan diri saya dengan Asri. Tak usah bimbang. Cuma ada ramai yang bandingkan dia dengan saya kerana banyak persamaan isu-isu yang dibincangkan.

dunia said...

salam
betul ada banyak persamaan dengan asri dan astora..terutama dari segi keterbukaan pemikiran kedua dua nya..
tapi tak perlu lah dmpai nak menghina orang dengan panggilan begitu wahai cik ahmad... setelah saudara baca tulisan beliau apakah pATUT saudara berkata demikian..
kriktikan yang berhemah perlu ada garisannya..